Isnin, 24 September 2012

Maksimum Ruang

Tanpa bakat mendekorasi,saya cuba hias rumah dengan kudrat sendiri berbekalkan kesungguhan.Yang penting,setiap sudut ada peranannya seperti dekorasi rumah ini.

Cara Pastikan Rumah Kekal Rapi


1.Mengemas katil setiap kali bangun tidur
2.Cuci pakaian kotor dengan kerap
3.Kemas ruang dapur selepas makan
4.Susun dan kemas ruang tamu sebelum tidur
5.Letak label pada makanan
Dipetik daripada Majalah Anjung Seri September


Ahad, 23 September 2012

Sudut Tangga

Sesetengah orang tidak memandang kepada sudut tangga .Dengan itu,sudut tangga dibiarkan kosong.Namun,ada juga yang mengambil berat.Jom kita layan mata menjamu mata melihat dekorasi yang boleh dibuat di sudut tangga rumah kita.






Sabtu, 22 September 2012

Dua Ruang Tamu

Lagi perkongsian gambar dekorasi rumah yang saya ambil dalam majalah.Suka tengok rumah ni sebab ada dua ruang tamu.


Khamis, 20 September 2012

Ruang Menonton

Seronok menjamu mata melihat ruangan menonton di sisi tangga terutamanya bagi gambar yang berlatar kuning.Ceria sangat ruang tu.Boleh juga ambil idea ni untuk menjimatkan ruang yang ada.Gambar kurang jelas kerana menggunakan kamera telefon dalam majalah Mingguan Wanita..







Isnin, 3 September 2012

Hari Raya Lagi...

Cuti kemerdekaan dah habis.Harapkan dapat mengeas rumah dengan sepenuhnya tetapi tak juga berjaya sebab Akmal pantang duduk keseorangan.Nak saja umi atau ayahnya berada di sisi,maka kerja yang dibuat agak terbatas.Kebetulan raya masih berbaki,kesempatan diambil untuk berhari raya.

Teringatlah pula sesi terjah ke rumah-rumah jiran masa mula-mula dulu.Alahai...lucunya.Kali pertama diterjah,rumah saya tidak menerima tetamu secara mengejut,maka pintu tidak dibuka.Maklumlah,anak-anak semuanya lasak,bila mereka sudah tidur,itulah masanya ibu dan bapanya nak berehat.Tiba-tiba ada tetamu pula...Tahun kedua,sesi kunjung-mengunjung telah dimaklumkan awal tetapi tidak membuat apa-apa persediaan.tak pasti pula apa sebabnya...Tahun ketiga barulah betul-betul saya membuat persediaan hinggakan tidak menang tangan nak melayan apabila tetamu datang serentak.Tahun ini....tak pasti akan buat atau tidak kerana nampak banyak kekangannya....
salinan daripada jiran tetangga...