Bila bekerja dari rumah, sempatlah saya meneroka alam YouTube untuk mencari panduan menghasilkan video ini. Walaupun saya masih amatur dalam hal-
hal menghasilkan video, namun saya perlu mencuba. Beberapa panduan video yang ada di YouTube diteliti untuk mencari konsep yang saya minati.Yang saya minati, bukannya cikgu tersebut minati.☺
Proses yang dilakukan untuk menghasilkan video:
1.Saya memilih templat yang dikehendaki di YouTube. Salin templat tersebut dengan cara:
a)Buka aplikasi YouTube dan cari templat yang akan dimuat turun.
b)Klik share.
c)Pilih copy link.
d)Di Google,
tulis MP4Juices. Klik menu tersebut dan paste copy link di ruangan. Klik search.
e)Tekan download. Cari video yang disimpan
di menu video dalam telefon.
2.Saya tetapkan templat untuk setiap bahagian.
3.Saya buat video mengikut tajuk yang ada.
4.Setiap tajuk digabungkan dan dimasukkan muzik yang sesuai.Cara memuat turun lagu lebih kurang sama dengan memuat turun templat, cuma tukar pada MP3.
Bila dah siap, baru perasan ada kesilapan, video mesti dibaiki.
Baiki pada bahagiannya saja.
Bila diduga video untuk bahagian yang lain pula mengalami kerosakan, video mesti dibuat baru. Tidak pastilah apa masalahnya aplikasi KineMaster. Terjadi lagi bila video sudah siap, bila ditunjukkan kepada empunya diri, ada gambar sekolah yang salah. Ini mesti gara-gara sekolah tersebut telah bertukar nama menyebabkan gambar sukar dijejak oleh
Mr Google. Bahagian tersebut perlu dibaiki semula.Kerap terjadi pula bahagian pula rosak bila hendak digabungkan semula. Bila dah siap leganya,
Alhamdulillah. Ilmu baru sempena PKPB.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan