Memaparkan catatan dengan label Rumahku Syurgaku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rumahku Syurgaku. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2016

Tempat Hiasan

Saja nak mencari tempat hiasan yang lebih besar,troli dan meja kacang tu jadi pilihan.Tempat muat lagi,Ahad lalu sekali lagi saya memborong ke Kk Home Deco di Shah Alam tapi belum deko-deko lagi.Inilah terapi kala sibuk,taklah stress sangat.






Nota kaki:kalau dapat tukar kerusi yang ada dengan yang ini alangkah bahagianya...



Ahad, 12 April 2015

Minggu Sibuk...Belanja Deko Dinding Ni Lagi

 Minggu ni memang balik lambat hingga  blog pun tak sempat nak dikemaskini.
Isnin,balik lewat kerana menyiapkan jadual kelas ganti untuk Selasa.
Selasa pula bermesyuarat untuk Aku Janji T3.Walaupun tak memakan masa lama,masih tidak dapat balik seawal 1.30 petang.
Rabu pula tak ada apa-apa aktiviti tapi siapkan kerja sekolah walaupun tak siap sepenuhnya.Nak mengemas meja kerja biar nampak kurang sikit buku di atas meja tapi otak fikir nak balik awal sikit.
Khamis pula ada latihan sukan Rumah Nadim hingga 4.30 petang.
Jumaat,jengok-jengok sudut Kelab 1 Malaysia hingga 1.30 juga baliknya.Nasib baik dapat keluar dari sekolah sebelum orang keluar dari masjid menunaikan solat Jumaat.Jika tak,jalan memang sesak.

Waktu maghrib pada hari Sabtu minggu lepas lagi suami tebuk sikit dinding ni  untuk pasang lampu garam ni.Nasib baiklah jiran sebelah tak ada di rumah.



Ahad, 29 Mac 2015

Kertas Dinding Berpelekat di Rumah

Gara-gara kemaruk kertas dinding berpelekat,hampir setiap ruang rumah ditampal dengan kertas dinding berpelekat.Berlainan corak pula tu.Masih ada lagi yang masih tersimpan kerana belum sampai seru untuk menampalnya.
Nasib baiklah suami tak pula bersuara.Ok juga hobi menghias rumah kerana semua orang dapat manfaatnya walaupun seorang diri saja yang bertungkus-lumus mengerjakannya.


Nota kaki;Seronok juga dengan hobi menghijaukan dapur kerana hobi itu mendorong untuk kerap ke Mr Diy,Daiso,kedai-kedai berhampiran dan Kedai RM 2.Masa inilah peluang untuk jalan-jalan,kalau tidak memang tak suka jalan-jalan tanpa tujuan.

Jumaat, 20 Februari 2015

Percubaan Gunakan Tack-It untuk Gantung Gambar

Dari tahun lepas lagi benda ni popular di laman deko(fb).Ada juga cuba menggunakannya tapi tak lama kemudian,bingkai gambar tu dah jatuh.Mungkin tak betul cara penggunaannya.
Kali ini nak cuba lagi kerana terasa sayang bingkai gambar hanya disangkut di tingkat atas kerana paku dah ada di situ padahal dalam kepala memang nak gantung di ruang tangga.Saki-baki tack-it yang dah dibeli pada tahun lepas masih ada sedikit.Dalam mencari saki-baki yang lain,tiba-tiba satu bingkai yang baru digantung tapi belum sempurna tampalannya telah jatuh.Patah 3 bingkai tersebut tapi cerminnya masih elok.Terpaksalah beli bingkai yang lain untuk gantikannya.Tak adalah pula bingkai yang sama tapi terpaksa beli juga walaupun berbeza bentuknya.




 Pada mulanya hanya banyak ini yang saya gunakan untuk menggantung bingkai gambar.Bila balik dari kedai,bingkai dah nak jatuh...
 Tambah lagi bilangan pelekatnya.Harap-harap tak akan jatuh..kalau jatuh juga,kena fikir cara lain pula
Syok sangat nak menggantung,tak perasan pula kedudukannya.Bila dah siap,baru perasan,kalimah Allah di sebelah kiri.Dah tak boleh nak tarik lagi bingkai tu...Yang warna-warni tu beli di Kompleks PKNS,RM50...

Ahad, 26 Oktober 2014

Bilik Ammar dan Adib

Operasi menyempurnakan bilik kedua ni bermula jam 12 tengah hari.Dah lama nak menampal kertas dinding untuk menutup rekahan bucu dinding tapi tak terbuat.Rekahan tu dah ada sejak mula-mula tinggal di sini lagi memandangkan rumah saya rendah sikit berbanding rumah sebelah kanan.Dah minta pemaju baiki tapi macam tu juga.
Idea ni timbul bila lihat dalam fb juga.Walaupun sikit saja kertas dinding yang ditampal tapi makan masa hampir 3 jam juga.Percubaan pertama tak berjaya apabila kertas dinding yang digunting nampak pelik sangat.Rugi 5 kaki kertas dinding kerana terpaksa dibuang.Kali kedua nak gunting,barulah nampak bentuknya.Gunting dahulu barulah tampal,memang makan masa.

nak ambil gambar kedua-dua belah bucu tu pun tak boleh kerana bilik kecil,,,sekarang bilik ni jadi tempat menggosok baju kerama mereka belum tidur di sini lagi...pendingin hawa dah ada barulah boleh pujuk mereka tidur di sini...


langsir dibeli di Econ Save,RM59/69...lupa dah...


Yang biru ni dah lama tampal tapi bilik tidak diubah ke posisi asal kerna bucu belum disiapkan lagi.hari ni barulah ke posisi yang betul..bilik memang sempit,memang inilah tempat katil yang sesuai




Ambil gambar yang dah ada saja.tak sempat nak gantung lagi.sandar saja dulu.bahagian ni nampak kosong saja..pelekat banyak lagi yang tak ditampal,kena cari idea dulu...

macam ada yang tak  kena dengan awan di atas tu...kena tambah lagi agaknya biar seimbang...

memang macam nilah saja susun atur perabot dalam bilik ni kerana kehadiran dua lamari baju menyukarkan untuk mengubah posisinya


Khamis, 9 Oktober 2014

Susun Atur di Dapur

Tak pasti gambar ni untuk susun atur atau dekorasi tapi kedua-duanya boleh diterima.Dah lama gambar ni ada dalam draf.Rasa-rasanya gambar ni diambil setelah sesi mengemas dapur pada bulan Jun yang lalu.Sekarang dah berubah sikit susun atur barang-barangnya.






dapur ni dah rosak...tampal kertas dinding berpelekat sajalah untuk menutup kesan hitam di permukaan dapur tu...

Nota kaki:sangat kemas kerana baru selesai mengemas...jika tidak,bersepah juga.tak perlu nak pos gambar yang menyakitkan mata,nanti stress pula...

Ahad, 28 September 2014

Sudah Sempurna Sudut Kopi


Sempurnalah Sudut Kopi di sudut ni.Bersudut juga tempatnya.Pada mulanya nak gantung cawan di dinding tapi tak tahu bila pula boleg digantung penyangkut tu.Nak tebuk sendiri dinding tu tak berani pula kerana berjubin.Nanti pecah jubin,masalah lain pula timbul.Sepantas kilat,semasa sarapan pagi semalam sebelum ke sekolah,terpandang rak putih tu dan idea datang.Hari ni, mesti ni diusahakan.
Rak yang dibeli di Cosway ni memang dah tak digunakan  kerana rak rempah dah ada yang banyak tingkat.Mug yang berlebihan boleh disusun di situ

Ada cawan lagi di gantung di situ untuk kegunaan anak-anak.Saya hanya gunakan penyangkut S yang dibeli di Kedai NT saja untuk menggantungkan cawan tu..

Selesai bancuh air, minum di meja tu.Memang sesuai sangat kalau dapur memang dah sempit...

Rabu, 17 September 2014

Simpan Barang Dalam Laci Kabinet Dapur

Puas juga saya mencari idea dalam internet untuk menyimpan barang-barang dapur di dalam laci.Laci kabinet saya ada 8 semuanya.Empat bersebelahan kerusi dan dua lagi yang bersebelahan peti ais serta dua lagi atas meja kecil tu.Memandangkan idea di internet tak banyak,maka guna idea sendiri berdasarkan barang-barang yang ada untuk disimpan.Saya guna gambar lama dulu kerana proses mengemas belum selesai.Bab-bab mengemas ni manalah nak siap satu hari.Dalam kesibukan mengemas,boleh lagi pergi membeli-belah di Kedai Dua Ringgit.


Kedudukan laci bersebelahan kerusi:

laci yang kedua untuk simpan bekas plastik untuk bekal makanan dan tupperware kecil.bila berada di sini,baru perasan bahawa bekas kecil ni kurang digunakan...bekas plastik yang digunakan untuk simpan bahan basah saya letak di rak pantri.bekas tupperware lain juga diletakkan di rak yang lain...


laci yang ketiga digunakan untuk letak kain lap dapur dan bekas plastik untuk simpan bahan basah serta beg-beg plastik kecil yang comel.biasanya beg-beg plastik kecil yang comel ni diletakkan di stor atas tapi leceh juga macam tu.bekas hijau tu digunakan supaya kain yang dilipat boleh berada dalam keadaan tegak dan mudah dilihat serta diambil

laci yang akhir sekali untuk letak pinggan mangkuk plastik.banyak ruang lagi kerana dapur basah belum dikemas lagi.banyal lagi barang yang perlu dipindahkan  ke sini...rak yang pertama untuk simpan sudu dan senduk...


Susun atur laci yang bersebelahan peti ais pula:

laci sebelah kiri untuk simpan buku-buku resipi.susun di rak tak nampak pula tajuk buku resipi kerana bertindih.boleh tahan juga buku resipi yang ada tapi masak makanan yang sama juga..

sebelah kanan pula simpan piring.teko dan cawan piring bunga merah tu dah tak ada tapi piringnya masih disimpan.manalah tahu satu hari nanti nak guna piring..alas cawan tu dibeli di Daiso dan Mr Diy...


Nota kaki:dua laci lagi di atas meja kecil tu masih dalam pemerahan idea...mungkin boleh digunakan untuk simpan pengecas telefon yang selalu bersepah....

Sabtu, 26 Julai 2014

Biru,Merah dan Hijau di Ruang Tamu Raya 2014

Untuk raya tahun ni,saya memilih langsir warna merah  kerana ingin sesuaikan dengan warna sofa dan alasnya manakala hijau pula warna kegemaran.Malam tadi sempat tukar susun atur perabot dan deko-deko sikit ruang tamu ni.Lampu di ruang tamu sudah rosak dan ditambah pula telefon bimbit sahaja digunakan untuk merakam gambar ruang ni,maka hasilnya taklah sebaik manapun.
Sebenarnya,sangat ketandusan idea untuk serikan ruang tamu biru ni.Sejak Disember lalu lagi usaha untuk menyerikan ruang tamu ni dibuat dengan mencari alas kerusi tu.Akhirnya pencarian berakhir apabila alas tebal yang berwarna merah tu dijumpai di kedai perabot jati, Meru.Satu tempat duduk berharga RM70 manakala yang rendah dan warna-warni RM25 setiap satu dibeli di kedai deko Inggeris.
susah juga nak menjaga perabot jati ni terutamanya di bahagian kerawangnya.saya gunakan berus pencuci puting susu bayi untuk mencuci bahagian kerawangnya.berus tersebut dicelup dalam minyak zaiton,maka tanggallah habuk di bahagian tu...mesti rajin tapi saya tak berapa nak rajin sekarang...perabot jati pun yang biasa-biasa saja.saya tak berapa gemar gunakan sofa kerana ukurannya yang agak besar.dah mula bosan dengan perabot ni tapi masih ok,memang tak ada alasan nak tukar yang baharu...

Langsir untuk sliding 8 kaki yang sudah dijahit ni dibeli pasar raya yang ada dalam taman perumahan saja,berharga RM118.Kebetulan warna merah dan kainnya ok.Saya hanya beli kain yang jarang saja di Nagoya.Empat keping langsir ni berharga dalam dua ratus lebih sahaja,bolehlah tahan juga jimatnya..bila dipasang,langsir yang dibeli agak singkat...hati mula cuak.

basi kain di bahagian bawah dibuka jahitannya dan dikelim halus(jahitan tepi tudung),maka selesailah masalahnya.kelim halus tu mahal sikit berbanding kelim biasa tapi untuk kedua-dua langsir ni baru  RM3.60...

Kedua-dua jenis alas kerusi ni mempunyai bilangan yang terhad ,maka terpaksa beli kedua-dua jenis untuk cukupkan dengan bilangan kerusi.dah bercampur corak pula.Hanya ada satu saja alas tinggi yang berwarna merah.


dua suasana yang berbeza.karpet kain yang dibeli tu disimpan saja kerana karpet jenis ni tidak boleh digunakan di tempat yang lasak.kalau dah kotor,mesti basuh.bila dibasuh dengan kerap akan luntur warna sikit...itulah kelemahan karpet ni.memandangkan anak bongsu suka mengemas,maka alas kerusi yang berwarna hijau itu disimpan semula kerana bimbang ditariknya.sebagai ganti hijau,saya letak karpet hijau tu