Khamis, 4 Oktober 2018

Tip Melancong ke Sabah Mengikut Citarasa Sendiri


Disebabkan saya penggemar pasu,mana-mana tempat yang ada pasu pasti nak singgah.Kali ni teringin ke Sabah untuk meninjau pasu di Tamu Gaya dan kilang yang ada di Tuaran.Alang-alang dah sampai di Sabah,saya pun teringin untuk menjejaki Gunung Kinabalu di Kundasang.Saya sudah sampai di Kundasang pada tahun lepas tapi kurang berpuas hati kerana pada masa tersebut cuaca kurang baik.Harap-harapnya kali ini cuaca akan baik kerana teringin sangat nak melihat Gunung Kinabalu waktu senja dan matahari terbit.Makanya,bertungkus lumuslah saya mencari info di internet supaya mudah untuk saya membuat persediaan.

1.Menempah tiket kapal terbang seawal jam 7 pagi.Bila dah sampai di KK,hari masih pagi dan saya masih sempat melawat beberapa tempat menarik sebelum  melihat matahari terbenam di Kundasang. Menempah tiket kapal terbang juga perlu awal supaya tidak kelam kabut dan dapat harga yang murah.Dua bulan lagi tempoh perjalanan,tiket murah sudah kehabisan.Reda saja dengan tiket yang agak mahal disebabkan teringin sangat.

2.Menempah tempat penginapan dengan awal supaya dapat mencari tempat penginapan murah dan dekat dengan tempat yang ingin dikunjungi.Apabila saat-saat akhir,tempat penginapan akan penuh dan harganya akan menjadi mahal.

3.Mencari maklumat tentang waktu solat maghrib, terbit matahari dan subuh supaya dapat merancang perjalanan ke Kundasang dan KK tanpa terlepas waktu-waktu tersebut.Saya sangat teringin merakam waktu senja di Kundasang dan KK.

4.Mencari maklumat mengenai tempat yang cantik untuk melihat pemandangan waktu senja.Di Kundasang,pemandangan waktu senja di Gunung Kinabalu itu sendiri jangan dilepaskan.Di KK pula,Todak Waterfront dan Pantai Tanjung Aru menyajikan pemandangan yang indah waktu senja berdasarkan gambar yang ditemui dalam Google.Harap-harap saya juga dapat merakamkannya.




5.Mencari maklumat tentang tempat penginapan yang ditempah dari segi lokasinya dan kemudahannya.Di Kundasang,seboleh-bolehnya saya mahu mengelakkan tempat penginapan yang susah diakses dan tiada parkir.Seboleh-bolehnya tempat penginapan yang berlatar belakang pemandangan Gunung Kinabalu sangat diutamakan.Di KK pula,saya mencari tempat penginapan yang dekat dengan Jalan Gaya kerana senang untuk ke Pasar Gaya,lagi pun tempat tersebut banyak kedai makan.

6.Mencari maklumat tentang jarak dan masa perjalanan supaya mudah mengatur masa agar tidak ketinggalan sesuatu perkarayang ingin dilakukan disebabkan kesuntukan masa.Mengatur masa perjalanan juga penting untuk mengelakkan sampai ke KK pada waktu malam yang akan menyukarkan pemanduan.

7.Menyusun tempat yang ingin dilawati mengikut kesesuaiannya supaya tidak terlepas merakamkan gambar yang cantik.Misalnya, pemandangan Gunung Kinabalu sangat cantik sebelum jam 11 pagi.Makanya,Kinabalu Park dan Desa Cattle Dairy Farm perlu dilawati awal pagi agar tidak terlepas melihat Gunung Kinabalu yang cantik.

8.Mencari maklumat tentang kedai makan,pam minyak dan tempat-tempat menarik yang ingin dilawati supaya pergerakan jadi teratur kerana sudah mengetahui tempat untuk dituju bila hendak makan,isi minyak dan jalan-jalan.Di Nabalu,ada kedai makan halal.Masa ke sana tahun lepas,tidak perasan pun.

9.Mencari maklumat tentang kilang pasu di Tuaran.Puas mencari maklumat ini.Gambar pasu tidak kelihatan tetapi banyak pula gambar orang yang belajar membuat pasu.

10.Jangan lupa juga mencari maklumat tentang jalan yang nak dilalui nanti.Saya ingin singgah ke Tambunan,semestinya saya mesti mencari maklumat tentang jalan dari Ranau ke Tambunan supaya perjalanan kami akan lancar.Setakat ini,Alhamdulillah.


Jalan dari Tambunan ke Ranau

Setelah puas mencari maklumat.Jumpa satu video ni.Jalannya ok.Harap-harap perjalanan akan lancar nanti.Agak-agaknya nanti,saya pun kena merakam juga keadaan jalan di sana supaya makin bertambah info tentang Ranau-Tambunan.

Selasa, 2 Oktober 2018

Sukarnya Mencari Tentatif Jalan-jalan ke Tamu Gaya di KK

Tak ramai orang yang berminat untuk berkunjung ke Tamu Gaya semasa bercuti di KK.Nak mencari gambar pasu di Tamu Gaya pun susah.Nasib baik jumpa juga dua keping gambar pasu Sabah.Usaha saya mencari gambar pasu Sabah pun sukar.tiada tentatif program yang jalan-jalan ke kilang pasu di Sabah yang terletak di Tuaran.Makanya,lebih seronok dan menepati kehendak jika bercuti sendiri di Sabah berbanding dengan mengikut program yang dianjurkan oleh pihak agensi.Oleh itu,saya rancang untuk ke Tamu Gaya pada pagi Ahad dan petangnya ke Tuaran bagi meninjau pasu di sana pula.Mudah-mudahan berjalan lancar rancangan yang ada di minda.


Pasu yang suami beli di Tamu Gaya.Kononnya nak mencari ganti selepas dah pecah

Jumpa satu tentatif yang bawa jalan-jalan ke Tamu Gaya.. 

Pasu-pasu yang dijumpai dalam google..ada juga penawamr mata..




Ahad, 23 September 2018

Rindunya USM


Setahun sebelum konvo,saya sempat meninjau-ninjau di gerai yang ada.Antara yang menarik,pakai baju   Jepun dan Cina ni.Tahun saya konvo,masa agak singkat kerana masa tu saya sudah mengajar di pedalaman Sabah.Cuti pun tak lama.Tak sempat nak berseronok seperti ini.
Bila teringat kampung,datang sini,VC Rock ni dan lontarlah pandangan ke jambatan Pulau Pinang tu.Seakan-akan imaginasi berjalan melalui jambatan tu dan sampai ke rumah.Harapan orang tua memberikan semangat untu terus gigih belajar.Sepanjang di USM, saya belum memiliki teman istimewa.Makanya,datang ke sini bukan untuk berpacaran tapi melepaskan tekanan yang ada..
Gambar kenangan semasa menuntut di USM dulu.Ada hikmahnya saya seorang diri tercampak ke sini.Belum habis Latihan Mengajar(LM),saya sudah mendapat surat penempatan di Sabah.Tamat LM,tiga minggu berehat,saya terus ke Sabah.Selepas mendapat gaji,saya terus berpeluang berbakti kepada ibu bapa dengan menghulurkan wang belanja kepada mereka.Alhamdulillah.
Di USM juga saya berkenalan dengan suami.Berkawan di alam maya memang banyak dugaannya.Dia di Selangor, saya di Penang.

Khamis, 23 Ogos 2018

Blaus Raya Korban

Salam Aidiladha..
Agak lama menyepi.Kini sesi nak menambah catatan..
Sebelum raya,gigih saya  siapkan blaus ni.Konon-kononnya untuk raya.Alhamdulillah siap juga akhirnya


Blaus ni agak pendek.saya labuhkan guna kain yang dibeli atas talian.Idea untuk buat ropol seperti diperoleh setelah melihat video dalam fb.guna garpu untuk bentukkan jadi macam tu..
Blaus ni pula agak besar dan labuh.pada mulanya tak terfikir nak pendekkannya tapi bila dah siap kecilkan baru rasa nak pendekkan.agak bermasalah bila nak samakan bahagian penyambung empst penjuru tu setelah kedua-dua bahagian kiri kanan dah dijahit.rupa-rupanya kena pendekkan dulu baru kecilkan blaus tu.puas tetas dan tetas,akhirnya siap..
Nota kaki:Catatan raya puasa masih dalam proses.susahnya nak menulis sekarang..🤔🤔

Ahad, 10 Jun 2018

Nafas Baru di Ruang Tamu

Salam penghujung Ramadan
Berdikit-dikit kemas dan hias ruang tamu ni.Sarung bantal merah belum ditemui kerana belum sempat selongkar almari.Macam biasa,penghujung Ramadan macam ni sibuk dengan pelbagai aktiviti.

Sabtu, 10 Februari 2018

Hias Kelas Lagi



Malang sikit tahun ni kerana dapat anak-anak yang langsung tak kreatif dan tak peka.Mereka hanya tahu meminta tapi tak sudi memberi waima tenaga untuk menghias kelas.Makanya,berlapang dadalah saya sebagai guru kelasnya.

Nota kaki:Mungkin mereka tidak dididik di rumah untuk membantu ibu bapa,makanya berat sangatlah mulut mereka untuk menghulurkan bantuan semasa saya terkial-kial  untuk mengukur kertas dinding yang dipasang..

Blaus dan Sudut Klasik

Blaus yang dipadankan dengan kain sedia ada.Beli melalui butik Ayanna.Setahun ni banyak pula beli baju kurung moden.Apa nak buat,baju kurung berpesak tak banyak dijual atas talian.Kalau ada pun,harganya tak murah.Blaus ni hanyanya tak sampai RM 40 pun..Kenapa mesti beli yang mahal jika cepat bosan memakainya?

Mr Diy di Saujana Utama

Tak sabar menunggu Mr Diy ni buka.Nanti,bolehlah tilik-tilik kertas dinding berpelekat untuk ruang tamu.Projek cuti sekolah bulan 3 nanti tu.

Ahad, 7 Januari 2018

SPBT Berpisah Tiada

 Apa-apa jua kerja yang dilakukan mesti didokumentasikan,maka jadi gila berswafotolah tahun ni.Saya mula bekerja pada 14/12 lagi semasa keputusan PT3 dikeluarkan.Sesiapa yang berhutang buku teks,silalah berjumpa saya di Bilik BOSS ni untuk selesaikan hutang.Jika tidak,keputusan tidak boleh dibawa pulang,sekadar diberi lihat saja.Pihak sekolah tidaklah zalim sangat dengan tidak membenarkan murid melihat keputusannya,cuma tidak boleh diberi saja.

 


Sepanjang minggu pertama,saya dicari oleh pelajar untuk memulangkan buku teksnya.Dah diberi tarikh untuk pulang dan ambil buku tetapi tidak dipatuhi.Makanya, dua-dua pihk susah.Saya kehilangan masa senggang untuk mengurus hal-hal kelas kerana asyik berada di bilik ni saja.Beginilah keadaan Bilik BOSS sehingga selesai pengagihan buku teks t4 dan t5.Buku teks BM dan sejarah T2 hingga kini belum jua sampai.Alahai..Ingat cikgu tak banyak kerjakah awal tahun ni?




Nota kaki:Tahun kedua jadi SU SPBT dan tahun pertama jadi Naib SU Koperasi.Dua-dua tugas agak sibuk tu..Moga dipermudah urusan..

3 Hari 2 Malam di Sarawak

Misi nak mencari pasu di Sabah tidak berjaya menyebabkan saya bersungguh-sungguh nak ke Sarawak. Nak menyambung kerja sekolah untuk akhir tahun pun dah tak besemangat.Tidak berfikir panjang, pada 26hb November, saya berusaha untuk mengurus pecutian ke sana.Alhamdulillah,saya telah mendapat tarikh 15hb Disember.Tiket kapal terbang telah ditempah dengan kos RM 2210 untuk 5 beranak pergi dan balik.Timbul masalah untuk tempat penginapan.Pada mulanya saya telah berurusan dengan satu pihak yang mengurus pakej percutian dengan bajet yang murah tapi timbul kemusykilan apabila fbnya hanya memaparkan resipi makanan Sarawak sahaja dan tidak pula saya jumpai gambar tentang pelawat-pelawat yang telah diurus olehnya. Jika nak batalkan begitu saja urusan dengannya,rasa seperti kurang elok pula kerana kami telah banyak  berurusan dan tiba-tiba tidak jadi.Untuk itu, saya bertanyakannya untuk mendapatkan perkhidmatn pemandu pelancong dan kenderaan saja tapi dua perkhidmatan tersebut tidak disediakan.Saya sepatutnya mengambil pakej yang disediakan iaitu penginapan homestay, makanan dan kenderaan. Makanya,saya terpaksa menolak perkhidmatan tersebut disebabkan ragu-ragu kerana tiada bukti yang meyakinkan saya.Saya berusaha lagi mencari pemandu pelancong yang boleh membawa kami ke tempat-tempat yang menarik di Sarawak.Setelah gigih mencari,saya menjumpai Khaimal Car & Rental.Bayaran yang dikenakan pun agak ok,makanya saya pun bersetuju untuk menggunakan khidmatnya.rupa-rupanya Khaimal juga mempunyai syarikat pelancongan yang menguruskan pelancongan.Tak mengapa,segala jadual saya diaturkan oleh pihak Khaimal.Insurans pelancongan juga diuruskan olehnya.
  
Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba.Saya telah membawa banyak bekal roti memandangkan ketiga-tiga anak lelaki saya tu kuat makan dan di Sarawak tiada roti Gardenia,berbaloilah saya membawanya.

Jumaat/15.12
Penerbangan Air Asia jam 11.35 pagi.Rasanya masa tu dah ok,tak terlalu awal.Bila tiba di Sarawak,kami terus boleh ke tempat-tempat yang menarik.Apakan daya,jalan sesak dan kami agak terlewat keluar rumah,kami terlepas penerbangan.Mimpi ngeri rasanya.Nak tak nak terpaksa beli tiket lain.Terbang RM 2000 pula untuk penerbangan satu hala.Penerbangan jam 3.25 petang pula.Masa pemeriksaan kastam,saya lupa sama ada membawa atau tidak KP anak kedua yang istimewa.Yang ada di tangan saya ialah kad OKUnya tapi kad tersebut tidak diterima.Saya memang ingat tak membawanya kerana persediaan menyimpan KP anak-anak telah dibuat beberapa hari sebelum tu.Dalam mencari-cari KP anak dalam beg,Alhamdulillah jumpa juga dalam beg duit.Peringatan juga;KP saja yang diterima untuk ke Sabah dan Sarawak.Ke Semenanjung kad OKU boleh diterima tapi sebaik-baiknya bawalah KP supaya lebih selamat. Setelah melepas kastam,jangan lupa simpan slip pelancongan yang diberi kerana slip tersebut akan diambil apabila ingin balik ke Semenanjung nanti.Tiada slip tu,laporan polis perlu dibuat.
Dengan lega, kami masuk ke tempat menunggu.Kami tidak membawa pakaian yang banyak dan beg hanya 8 kg di bagasi.Masing-masing membawa beg sandang sendiri.Pertama kali saya belajar,penerbangan Air Asia memerlukan kita membeli berat bagasi dan makanan di kapal terbang jika ingin makan.Dua perkara ni saya terlepas pandang.
 








Akmal sangat teruja kerana pertama kali menaiki kapal terbang.


Tiket yang ada hanya di pintu kecemasan saja tetapi kanak-kanak yang berumur hingga 12 tahun tidak dibenarkan duduk di pintu kecemasan. Makanya,ketiga-tiga beralih ke belakang.Saya dan suami di pintu kecemasan.Ada seorang hamba Allah yang belanja kami makan.


Jam 5.20 petang kami sampai di Sarawak.Tempat pertama dibawa ialah Bandar Kuching.Jalan-jalan sehingga isyak.Kami menaiki bot penumpang tradisional meronda sekitarnya.Tambang untuk dewasa ialah RM 19 dan kanak-kanak pula RM 9.Bot mewah agak mahal.




















Selepas itu kami dibawa makan malam.Saya dan suami memilih nasi goreng terubuk masin.


Anak pula makan nasi putih ayam goreng penyet..


Kemudian barulah kami mendaftar di hotel Grand Supreme.Bilik hotel agak luas.Saya memilih bilik yang mempunyai dua katil  iaitu satu katil berkembar dan satu katil bujang.Memang taraf inilah hotel yang selalu saya kunjungi semasa bercuti.Hotel tak perlu mewah-mewah kerana untuk tidur saja.Pada mulanya saya nak juga merasa hotel di Pandai Damai kerana ada kolam dan pantai tapi pada masa itu dah penuh.Banyak hotel yang agak penuh.Jadi,saya memilih hotel yang menyediakan sarapan dan mempunyai wifi sebagai keutamaan.


 Sabtu/15.12
Kami bersarapan di hotel.Adib sangat berselera makan nasi goreng hingga menambah nasinya.Di rumah,dia memang tak suka makan nasi goreng.







 Kami Ke Pusat Pemuliharaan Orang Utan Semenggoh.Tiketnya RM 5(dewasa) dan RM 3(kanak-kanak)




25 minit kami menunggu kelibat orang utan namun tak juga muncul-muncul.Tak mengapa,tak ada rezeki nampaknya.










Tempat kedua yang kami tuju ialah Taman buaya Jong di Siburan.Seronok anak-anak datang ke sini kerana banyak hiwan lain yang ada.Sangat berbaloi.

















Tempat ketiga ni ialah tempat kegemaran saya iaitu ke Top Deco(kilang pasu).


Hari ni rasa macam cantik pula pasu ni.






















Sempat posing sini.Kalau dapat  ke kilang pasu yang lain lagi seronok


Tempat keempat pula ialah Perkampungan Budaya Sarawak.Tiketnya boleh tahan mahalnya.Dewasa RM 60 dan kanak-kanak RM30.


Pemandu pelancong kami di belakang tu.Sangat menepati masa.Sebelum 8.30 pagi,saya lihat dia telah sampai di hotel.Makanya keesokan paginya,jam 8.00 pagi kami telah siap bersarapan.Jam 8 pagi dia dah sampai sedangkan kami janji jam 8.30 pagi..










Ada pertunjukkan pada jam 4 petang.Tamat pertunjukkan,tempat ni ditutup untuk pelawat.









 
 Kilang kek lapis juga kami singgah.Macam-macam jenis kek lapis ada.Lipa nak ambil gambar kek lapis yang telah dipotong untuk dirasa.Di rumah,satu gulung kek lapis ni sekejap saja habis.


 Tempat terakhir pada hari kedua ialah Jambatan Darul Hana.






 


Menu makan malam.Saya dan anak sulung makan nasi goreng,anak bongsu makan sate manakala anak kedua makan nasi putih dan sup daging.Makanan di sini kurang ok.Kalau boleh,nak saja saya makan di tempat makan yang tengah hari tadi iaitu di Senapi Corner.Makanan di situ banyak pilihan dan sedap.



Ahad/17.12
Jam 8 pagi kami bertolak ke sini untuk sesi bergambar.Kereta diparkir di tepi jalan saja.Pelik juga saya lihat kerana saya takkan parkir kereta di tepi jalan macam tu tapi memandangkan hari masih pagi dan tiada tempat nak parkir kereta,mungkin masyarakat Sarawak sudah terbiasa dengan situasi macam tu.


Van yang selesa untuk kami.Dalam perjalanan ke Serikin














Kapal Ponyo kami panggil kerana kapalnya sama seperti dalam kartun Ponyo(Jepun)
























 

Sepanjang jalan ada gerai.Saya bukannya suka membeli-belah kecuali barangan hiasan rumah.Walupun kain murah tapi saya dah obses dengan belian baju online yang dah siap,makanya kain-kain yang murah tu taklah terliur sangat.








Tshirt Sarawak agak murah di sini.Untuk kanak-kanak RM 10 dan dewasa RM15.Jika di Sabah,di Kinabalu Park pun harganya RM12 untuk kanak-kanak.Di Pasar Filipin,lagilah mahal.Banyak juga gerai yang menjual tshirt Sarawak.




Beg Sarawak.Beg Sabah dah beli tapi belum digunakan lagi.Makanya, jangan membazir.




Ole-ole Sarawak saja yang dibeli.Itupun buat syarat saja.Ole-ole Sabah pun belum diagihkan kepada mereka yang berhak.


Tempat terakhir disinggahi kami ialah Tasik Biru untuk bergambar saja.






















Makan tengah hari kami di Bau.


Jumpa ikan keli,seronoklah tu.


Selalu anak-anak tertukar antara teh ais dan teh o.Mereka suka teh o.


Bagasi kami.20 kg.























Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk percutian ini  RM 200 lebih murah berbanding pakej murah yang ditawarkan oleh pihak Khaimal dengan mengambil kita tidak termasuk tiket kapal terbang.Namun,saya banyak belajar mengurus percutian.Nanti mudahlah untuk saya uruskan lawatan  sekolah dan percutian-percutian yang seterusnya.

Nota kaki:Anak-anak seronok bercuti di Sarawak.Kakak saya dan sepupu juga berminat untuk ke Sarawak selepas melihat gambar-gambar yang saya pos di fb.Untuk maklumat lanjut tentang Sarawak,boleh ke link ni. Hasrat nak menulis minit mesyuarat tapi tergendala kerana lama singgah di blog.Catatan ni tak boleh panjang walaupun banyak perkara yang nak diceritakan.