Sabtu, 29 April 2017

Lima Kali Untuk Deko 2016

Gigih saya mencari kesesuaian untuk ruang tamu ni.Mula-mula guna meja sisi dan meja kopi yang ada namun masih belum jumpa kesesuaian yang dicari.Makanya,saya membeli troli jati dan rak kacang.Namun,kedudukan bunga pula yang menjadi eksperimen.


Deko Troli

Deko-deko saja tak menjadi masalah tapi nak mengekalkannya agak susah kerana tahun ni makin sibuk.Nak sapu habuk pun makan masa..

Nota kaki:Nak beli almari antik untuk simpan semua barang antik tu pun kena fikir banyak kali kerana perabot dalam rumah dah penuh...

Deko dari Cermin Lazada

Salam bulan Syaaban.
Untuk deko Syawal,memadailah ini yang diubah.Asalnya cermin Lazada tapi dah jadi bingkai kerana susah nak mencari bingkai semata-mata.Kena korbankan cerminnya.


Guna paku untuk gantungkan bingkai tu.paku ni agak tebal,sebab itu saya memilih paku jenis macam ni di Mr Diy.harganya pun tak sampai RM 2.9



Khamis, 13 April 2017

Melabel Rak

Tahun ni agak sibuk bila dilantik penyelaras SPBT.Reda je dengan jawatan tu..