Memaparkan catatan dengan label Penyusuan susu ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyusuan susu ibu. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2012

Gagal Menyusu Kerana Tiada Ilmu!

Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :

1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil

2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.

3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu

4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan. Dapatkan rehat yang secukupnya

5.Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.

6. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:

Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
Mengambil suplemen seperti alfalfa,multivitamin,vitamin c dan juga kalsium
Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.

7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.

Anda Akan Berjaya Bila Anda Inginkan Yang Terbaik
Anda Akan Menjadi Ibu Yang Cukup Hebat
Anda Boleh! dan Modalnya hanya Semangat,Istiqamah&Doa.InsyaAllah!

Sumber:alinalan.blogspot.com


Nampaknya ilmu baru diperoleh hari ini iaitu catatan nombor 4 dan 7.Rasanya betullah tu,gagal menyusu kerana tiada ilmu.

Doa untuk Menambah Susu

Kecewanya bila susu hampir kering padahal baru 17 hari bersalin.Moga-moga usaha yang dilakukan ini tidak akan mengecewakan.Perkongsian yang menarik apabila terjumpa artikel ini.Mudah-mudahan ini jalan untuk memecah kekecewaan.

Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."

Lagi satu amalan yg bagus untuk ibu yg BF anak, amalkanlah membaca surah al-Baqarah ayat 60. Sambil baca ayat tu letakkan tangan pada breast, usap2, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu menghasilkan susu yg cukup pd anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah
YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh
. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah...insyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Sumber:alinalan.blogspot.com

Isnin, 16 Januari 2012

Cara Sendawakan Bayi

Sudah seminggu Akmal tidak menyusu badan.Dahlah dia masih belum pandai lagi menyusu badan,kena berhentikan seketika kerana saya perlu makan ubat antibiotik supaya luka pembedahan cepat baik.Bila tidak diberhentikan susu badan,badannya pula panas dan kerap berak hingga merah punggungnya.Kasihan juga.Berhentikan susu badan pun kasihan juga,tapi disebabkan nak cepat baik terpaksalah berkorban.Hingga kini,nampaknya luka tersebut kian baik.Dengan susu yang tak banyak mana,harap-harap dia dapat menyusu badan lagi selepas ni.

Selepas menyusu,memang saya tak lupa sendawan Akmal.Gerun juga bila mengingatkan ada bayi yang tercekik susu.Catatan ini untuk mengingatkan saya supaya sentiasa menyusukan Akmal dalam posisi yang betul dan menyendawakannya selepas menyusu biarpun kadangkala angin tidak keluar daripada mulutnya.


Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:

* Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.

* Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.

* Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.

Ahad, 15 Januari 2012

Kaedah Memerah Susu Badan

Bila terpaksa berhentikan susu badan,sakit pula b.Adakah ini tanda akan banyak susu selepas mengambil set bersalin Shaklee,Insya Allah mudah-mudahan.Dengan susu yang tak seberapa dan selalu kecewa bila mengingatkan sejarah penyusuan susu ibu,tak beranilah pula nak membeli pam susu yang mahal.Dengan pam Pureen,Ya Allah,kecewanya nak mengepam kerana hasilnya tak seberapa.Bukanlah permasalahan ini yang nak dikongsi tapi beberapa perkara tentang penyusuan ibu:

Sebenarnya,memerah susu ibu adalah bertujuan untuk
@membekalkan susu ibu ketika ibu tiada bersama dengan bayi, terutamanya bagi ibu-ibu yang bekerja.
@memerah susu ibu boleh merangsang pengeluaran serta meningkatkan pengeluaran susu ibu.
@bagi bayi pra-matang yang belum bersedia menghisap susu secara terus dari ibunya, susu diperah dan disalurkan kepada bayi melalui saluran tiub atau pun menggunakan shringe.
@ibu-ibu jugak memerah susu ibu untuk mengelakkan pembengkakan buah dada yang boleh menyebabkan kesakitan kepada ibu.

Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, lakukan urutan lembut pada buah dada. Selain dari itu, penggunaan tuala suam juga membantu melancarkan pengaliran susu ketika memerah.

Antara kaedah memerah yang boleh dilakukan ialah menggunakan tangan:
Selain daripada mudah, ia juga murah dan bagi ibu yang sudah mahir, mereka dapat memerah susu yang lebih banyak berbanding menggunakan pam.
>Kaedah<
(A) Basuh tangan dan bekas yang akan anda gunakan untuk menadah susu badan. Duduk dalam keadaan yang anda selesa. Letakkan bekas tadi di bawah puting anda. Letakkan tuala basah yang suam untuk merangsang pengaliran susu. Urut payudara dan puting untuk mendapatkan refleks ejeksi susu. Tekan perlahan-lahan sambil membuat bulatan di sekeliling payudara.
(B) Tekan payudara dengan lembut, gerakkan jari-jari anda dari bahagian dada ke arah puting.
(C) Posisikan ibu jari dan 4 jari lain 2-3 cm di belakang puting dan tekan payudara anda.
(D) Tekan jari-jari anda sambil menggolekkannya ke arah puting. Lepaskan dan tekan semula untuk mengeluarkan susu. Anda sepatutnya tidak merasa sakit semasa proses ini.
(E) Tukar posisi jari-jari anda ke bahagian lain pula untuk memerah duktus-duktus susu yang lain pula. Selepas 3-5 minit, aliran susu akan semakin perlahan. Tukar Payudara sebelah pula. Lakukan proses yang sama dan selepas itu anda boleh beralih semula ke payudara pertama tadi. Ulang semampu anda. Kebiasaannya, sesi-sesi awal mengambil masa 20-30 minit. Setelah anda menguasai teknik ini, masa yang diambil akan semakin pendek.

Jumaat, 16 Disember 2011

Menyusu Badan



Terdapat berbagai posisi untuk menyusui namun posisi yang baik ialah posisi kepala dan badan bayi berada pada garis yang lurus sehingga bayi dapat menyusui dengan nyaman. Selain itu posisi ibu pun harus betul. Cara menyusui yang betul ialah:
1 Cubalah untuk menyangga punggung, bahu, dan leher bayi. Bayi sebaiknya dapat menggerakkan kepalanya ke depan dan ke belakang dengan mudah
2 Letakkan bayi dengan posisi hidungnya setara dengan puting sehingga bayi akan melekat sempurna dengan payudara
3 Tunggu sampai bayi membuka mulut lebar dengan lidah di bawah, ibu dapat membuat bayi dalam posisi ini dengan merangsang bibir bahagian atas bayi dengan jari ibu
4 Bayi anda akan mendekatkan kepalanya ke payudara dengan dahi terlebih dahulu
5 Bayi akan membuka mulutnya lebar untuk mencakup puting dan lingkaran gelap di sekitar puting, puting ibu sebaiknya berada pada langit-langit mulut bayi
6 Untuk merangsang bayi melepaskan mulutnya dari puting, dengan lembut letakkan hujung jari ibu pada sudut mulut bayi dan bayi akan secara automatik membuka mulutnya. Jangan menarik secara paksa karena akan menimbulkan luka pada puting

Pagi ni mata susah juga nak lelap dengan lenanya.Nasib baiklah tak kerja.Siang nanti boleh sambung tidur.Bila dah tak boleh tidur,apa lagi yang nak dibuat selain menghadap laptop.

Seronoknya jika dapat menyusu bayi bagi tempoh yang lama.Pengalaman menyusukan anak selama ini hanya lapan bulan saja paling lama.Susu badan memang tak ada,tak tahu apa sebabnya.Sekarang ni pun B tak bertukar,pakai yang masa tak mengandung.Memang itu tanda susu tak banyak.HArapnya biarlah kali ini lama sikit dapat menyusukan bayi,tapi dengan tanda-tanda yang ada sekarang sukar nak buat jangkaan.Harap-harap dapat lama.