Ahad, 31 Julai 2016

Cabutan Bertuah Sempena Sambutan Raya

Tahun ni agak sepi dengan rumah terbuka sama ada antara rakan-rakan sekerja mahupun jiran tetangga.Malam tadi diadakan sambutan hari raya di kawasan perumahan namun saya menguzurkan diri.Siang tadi suami dah ajak jalan-jalan beraya di Kuala Selangor,makanya terpaksa tinggalkan urusan harian.Jika awal-awal diberitahu,bolehlah pecut sikit buat mana-mana kerja.Bila dah keluar rumah,kertas Sejarah PT3 pun terbengkalai sedangkan hari Ahad nanti kena kerja kerana Sukan Tahunan.Baju-baju banyak yang belum disimpan.Pendek kata banyak kerja terbengkalai.Malamnya,badan dah penat tapi tak terlena pula.Terpaksalah paksakan diri menghadap skrip PT3.Minggu depan dah bermula ujian Lisan BM,maknanya beban kerja akan bertambah.Sudah begitu rutinnya bila mengajar dua subjek PT3.
seronoknya mereka kerana jarang-jarang majan jajan...ini dah rezeki mereka bila suami dapat cabutan bertuah malam tadi

Nota kaki:tajuk lain tapi cerita lain...biasalah tu.takkan nak cerita pasal jajan pula...hi3

Selasa, 26 Julai 2016

LADAP KOKU 2016

Tiba-tiba ada catatan Ladap 2015 kerana nak dibandingkan dengan LADAP 2016 yang baru dijalankan pada 23 Julai lalu.Sekarang,Ladap 2016 paling mencabar kerana terpaksa mengharungi sungai yang laju airnya,membuat flying fox dan melalui kawasan hutan yang tiada treknya untuk jungle tracking sedangkan kecerunannya agak tinggi.Agak bertuah kumpulan kami terpaksa mengharungi sungai sebanyak 3 kali sedangkan dua kumpulan lagi sekali saja.
Sebelum aktiviti bermula,semestinya pokok rambutan yang sedang masak ranum tu menjadi rebutan.Bila selesai,kami dijamukan buah durian..Memang kenyang saja sepanjang berada di sini.













Sabtu, 23 Julai 2016

LADAP di FRIM Kepong 2015

LADAP yang sangat mencabar setakat ni.

















Ahad, 17 Julai 2016

Baju Raya 2016

Baju raya tahun ni mengalahkan anak-anak.Kebetulan buat baju baharu untuk ke sekolah,memang buat banyak helai sebab agak bosan bila pakai baju yang sama walaupun baju kurung yang 10 tahun dahulu pun memang boleh dipakai lagi.Bosan baju yang sama tu sebenarnya alasan saja,walhal memang suka buat baju baharu.
Baju kurung moden ni dibeli secara atas talian kerana nak ubah selera sikit pakai baju berfesyen kerana kebiasaannya hanya pakai baju kurung biasa saja,sebab itulah 10 tahun pun masih muat lagi...baju ni memang cantik.puas hati membelinya...


Khamis, 14 Julai 2016

Raya 2016-Pendeknya Raya tapi tetap Syukur Selalu

Bila tengok kalender ni,singkatnya cuti raya,macam tahun lepas juga.Memandangkan ibu mentua saya telah meninggal beberapa hari sebelum raya tahun lepas,sangkakan tahun ini saya akan terus balik ke Terengganu kerana di Kuala Selangor hanya ada adik-beradik suami sahaja.Rupa-rupanya suami nak beraya di Kuala Selangor dulu.Terkedu juga bila mendengarnya kerana saya masih ada mak,lagipun sambutan raya di Terengganu hanya meriah pada raya pertama sahaja tapi nak buat macam mana,reda sajalah.Dalam hati,tak seronoknya tapi pada masa yang sama cuba memujuk diri:lama sikit masa yang ada untuk kemas-kemas rumah.
Dalam sejarah,malam raya saya tak masak apa-apa sedangkan pada pagi raya saya akan beraya di rumah sendiri.Pada pagitulah baru masak sikit apa-apa yang ada.
Tengah harinya baru sempat ke Kuala Selangor,entah apa yang dibuat di rumah pun tak pasti.Sebelum ke Kuala Selangor,sempat bergambar dengan anak-anak dulu.Suami pula sibuk memanjang,bila balik dari Kuala Selangor baru nak bergambar tapi tak juga bergambarnya.Di Kuala Selangor,kami berkumpul di rumah mak.Masa sampai sana,tahlil sedang diadakan oleh anak menantu sahaja.Majlisnya ringkas saja.Lepas tu makan-makan dan borak-borak saja hingga asar.Sebelum asar kami sudah balik ke Saujana kerana nak bersiap ke Terengganu.
Jam 3 pagi baru kami bertolak ke Terengganu.Lambat pula bertolak kerana suami ambil masa yang lama untuk uruskan kucing-kucingnya.Bila sejam perjalanan,suami pun dah mengantuk.Kami tidur di stesen minyak Bentong dan lepas subuh baru bertolak.Perjalanan ok saja.Jalan tak sesak.
Tengah harinya baru sampai di Setiu.Kami singgah makan sotong goreng celup tepung sekejap sebelum sampai di rumah.Bila dah raya kedua,kemeriahannya dah tak ada.Duduk di rumah saja.Tak ada sesi ziarah-ziarah pun kerana badan masih penat terutamanya suami.Di rumah kakak sulung kami berkumpul.Semua adik-beradik memang datang ke rumah kakak.Seronok anak-anak main dengan sepupunya.Keesokannya dah nak balik Selangor.Alahai satu hari saja balik Terengganu.Nak buat macam mana,pagi Sabtunya sampai di Selangor,tengah harinya jalan raya dah mula sesak.Nasib baik sempat sampai awal tanpa alami kesesakan jalan raya.Jika tidak,lagi stress.Bila sampai di rumah, raya dah tak disambut.Rutin macam biasa.

Di rumah..guna tack it saja untuk lekatkan telefon,kemudian bergambar.






Raya kedua...di Setiu.seronok mereka main



Bila dah ramai,memang akan mengalami masalah tak ada air.kanak-kanak bolehlah mandi di luar rumah.seronok mereka main-main air

anak-anak dapat main bunga api.di rumah memang nak sangat main tapi saya tak benarkan.

Ahad, 3 Julai 2016

Meja Hiasan

Sekarang baru ada masa nak mengemas rumah selepas selesai PT3 Sejarah dan mula cuti untuk raya.Tapi,bila dah puasa,kudrat tak berapa nak mengizinkan untuk mengemas sepenuh hati tambahan pula saya ni jenis buat kerja sikit-sikit bukannya sekali harung boleh siap.Kerja-kerja mengemas di ruang tamu belum siap sepenuhnya lagi walaupun nampak macam dah siap.Sekarang dalam dilema nak menukar meja hiasan.Duit kutu dah dapat bulan Mei tempoh hari tapi barang yang dibeli belum nampak dek mata tapi duit tu dah susut sikit demi sikit.Itulah yang nak mencari barang yang boleh dibeli.Meja sisi yang digunakan sekarang agak kecil kerana ada lagi hiasan yang nak diletak.
Makanya,mulalah saya cuba bereksperimen untuk memilih rak yang sesuai.
Meja konsul tak sesuai kerana agak panjang.Yang sesuai hanyalah rak yang panjangnya dalam 2 kaki saja.Jadi,dah dapat jawapannya.