Khamis, 14 Julai 2016

Raya 2016-Pendeknya Raya tapi tetap Syukur Selalu

Bila tengok kalender ni,singkatnya cuti raya,macam tahun lepas juga.Memandangkan ibu mentua saya telah meninggal beberapa hari sebelum raya tahun lepas,sangkakan tahun ini saya akan terus balik ke Terengganu kerana di Kuala Selangor hanya ada adik-beradik suami sahaja.Rupa-rupanya suami nak beraya di Kuala Selangor dulu.Terkedu juga bila mendengarnya kerana saya masih ada mak,lagipun sambutan raya di Terengganu hanya meriah pada raya pertama sahaja tapi nak buat macam mana,reda sajalah.Dalam hati,tak seronoknya tapi pada masa yang sama cuba memujuk diri:lama sikit masa yang ada untuk kemas-kemas rumah.
Dalam sejarah,malam raya saya tak masak apa-apa sedangkan pada pagi raya saya akan beraya di rumah sendiri.Pada pagitulah baru masak sikit apa-apa yang ada.
Tengah harinya baru sempat ke Kuala Selangor,entah apa yang dibuat di rumah pun tak pasti.Sebelum ke Kuala Selangor,sempat bergambar dengan anak-anak dulu.Suami pula sibuk memanjang,bila balik dari Kuala Selangor baru nak bergambar tapi tak juga bergambarnya.Di Kuala Selangor,kami berkumpul di rumah mak.Masa sampai sana,tahlil sedang diadakan oleh anak menantu sahaja.Majlisnya ringkas saja.Lepas tu makan-makan dan borak-borak saja hingga asar.Sebelum asar kami sudah balik ke Saujana kerana nak bersiap ke Terengganu.
Jam 3 pagi baru kami bertolak ke Terengganu.Lambat pula bertolak kerana suami ambil masa yang lama untuk uruskan kucing-kucingnya.Bila sejam perjalanan,suami pun dah mengantuk.Kami tidur di stesen minyak Bentong dan lepas subuh baru bertolak.Perjalanan ok saja.Jalan tak sesak.
Tengah harinya baru sampai di Setiu.Kami singgah makan sotong goreng celup tepung sekejap sebelum sampai di rumah.Bila dah raya kedua,kemeriahannya dah tak ada.Duduk di rumah saja.Tak ada sesi ziarah-ziarah pun kerana badan masih penat terutamanya suami.Di rumah kakak sulung kami berkumpul.Semua adik-beradik memang datang ke rumah kakak.Seronok anak-anak main dengan sepupunya.Keesokannya dah nak balik Selangor.Alahai satu hari saja balik Terengganu.Nak buat macam mana,pagi Sabtunya sampai di Selangor,tengah harinya jalan raya dah mula sesak.Nasib baik sempat sampai awal tanpa alami kesesakan jalan raya.Jika tidak,lagi stress.Bila sampai di rumah, raya dah tak disambut.Rutin macam biasa.

Di rumah..guna tack it saja untuk lekatkan telefon,kemudian bergambar.






Raya kedua...di Setiu.seronok mereka main



Bila dah ramai,memang akan mengalami masalah tak ada air.kanak-kanak bolehlah mandi di luar rumah.seronok mereka main-main air

anak-anak dapat main bunga api.di rumah memang nak sangat main tapi saya tak benarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan