Sabtu, 27 Februari 2010

Kelebihan Berselawat

(Dipetik daripada Berita Harian,22.2.2009)
Antara hadis-hadis yang menyatakan tentang kelebihan selawat ke atas Rasulullah ialah:
1. “Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).
2. “Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).
3. “Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).
4. Dari Ubai bin Ka ‘ab: “Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyakkan selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. la berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? ” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” la bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya.” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi dan Al Hakam).
5.”Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.” (Riwayat Ibnu Murdawaih).
6. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tigapuluh untuk dunianya. ” (Riwayat Ibnu Majar dan Jabir).
7. “Barang siapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.” (Riwayat Abus Syaikh dari Anas).
8.”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:
#Memperolehi selawat dari Allah.
#Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.
#Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.
#Menghapuskan dosa.
#Mendapat pertolongan
#Tercapai keperluan hidup.
#Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.
#Memperolehi nur zahir dan batin.
#Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.
#Memperolehi ucap selamat dari Allah.
#Menurut para ulama yang didasarkan keterangan-keterangan hadis, membaca selawat kepada Nabi Muhammad akan memperolehi 30 faedah yang amat besar. Antaranya ialah memperolehi limpah rahmat dari Allah, ditulis sepuluh kebajikan, dihapuskan sepuluh kesalahan, diangkat sepuluh darjat, memperolehi kesempurnaan iman, memperolehi syafaat Nabi Muhammad dan lain-lain lagi.

Justeru, marilah kita sebagai umat Islam sentiasa berselawat kepada Rasulullah. Itu tandanya kita sangat mencintai Rasulullah yang menjadi kekasih Allah.

Selasa, 23 Februari 2010

Apa Ada Dengan Nama

Bukan ramalan, sekadar suka-suka..

Marzuki
Suka menolong adalah sikapmu. Jangan bersedih jika kamu tidak dapat menolong temanmu sekali sekala kerana dia faham kamu akan mencuba di lain masa.

Hanita Drani
Kamu berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang lain.

Ammar Fathi
Kamu berbakat besar dan disenangi oleh teman-temanmu. Kamu kuat dan tabah menghadapi segala dugaan. Sikap ini amat dihormati oleh orang lain.

Adib Fathi
Rileks! Jangan terburu-buru membuat keputusan. Semuanya akan berakhir dengan baik. Dan jangan kamu bersikap terlalu sensitif terhadap apa jua keadaan pun.

Isnin, 22 Februari 2010

Ruang Dapur Minimalis


Rencana asal yang dihantar melalui emel pada bulan jun 2009:
Majalah Anjung Seri keluaran Jun 2006 merupakan koleksi pertama saya. Walaupun agak terlewat mengenali Anjung Seri, namun saya tetap berpuas hati kerana koleksi yang dimiliki amat besar peranannya. Bermula daripada keluaran tersebut, saya mula menjadi pembaca setia apatah lagi apabila mempunyai perancangan untuk membeli rumah sendiri pada tahun 2007. Majalah Anjung Seri merupakan salah satu panduan untuk menghias kediaman baharu yang akan didiami nanti.

Semasa menyewa, saya mengalami masalah untuk mewujudkan ruang dapur yang kemas dan menarik disebabkan tiada ruang penyimpanan yang khusus sedangkan peralatan dapur agak banyak. Saya berazam untuk mengubah keadaan tersebut apabila memiliki rumah sendiri kerana ruang dapur sering digunakan dan menjadi syurga bagi wanita. Dengan demikian, ruang dapur merupakan ruang pertama yang menjadi medan eksperimen saya. Saya cuba menzahirkan ruang dapur idaman dengan merujuk majalah Anjung Seri termasuklah majalah keluaran khas untuk dapur dan majalah Dapur Anjung Seri.

Memandangkan saya seorang ibu yang berkerja, tugas di dapur masih menjadi kemestian. Bagi memberi motivasi agar rajin turun ke dapur dan sentiasa berasa selesa serta tenang melakukan rutin-rutin harian walaupun agak kepenatan, saya cuba untuk menghidupkan ruang dapur. Dengan bajet yang sederhana disebabkan ruang dapur yang agak terhad, saya berjaya menjadikan ruang dapur saya berfungsi lebih daripada sebuah tempat untuk memasak dan menjamu makanan. Meja sarapan yang diwujudkan bersama kabinet pasang siap menjadi tempat untuk saya mengisi masa lapang dengan membaca dan menulis. Kini, Anjung Seri masih lagi menjadi tatapan untuk menjana idea bagi ruang-ruang yang lain

Sabtu, 20 Februari 2010

Tak Siap-siap Lagi...


Hari ni sesi memujuk anak sulung menghabiskan kerja rumahnya belum lagi habis. Sudah seminggu lebih cuti,namun kerja rumahnya belum juga siap. Buat sikit dah malas.Bila ditegur sikit,mulalah dia menarik muka.Alat tulisnya hanya ayahnya saja yang beli.Beli sekali dah hilang kerana letak merata-rata.Sebagai ibu,manalah saya mampu untuk mengambil tahu semua perkara dalam rumah ni.Dalam satu-satu hal saya biarkan saja ayahnya yang buat.Sebagai bapa,dia pun mesti bertannggungjawab juga.

Khamis, 18 Februari 2010

Cuti-cutiku

Sepanjang cuti, saya hanya sempat ke KLCC sahaja pada hari Isnin yang lalu.Hari-hari yang lain saya hanya berada di rumah menghadap komputer note book untuk menyiapkan kerja-kerja yang patut disiapkan. Alhamdulillah, yang keenam bercuti sempena Tahun Baharu Cina saya telah berjaya menyiapkan
@cerpen untuk pertandingan menulis cerpen sempena Hari Guru,
@kajian tindakan
@projek untuk pertandingan Dapur Impiana...pantang ada pertandingan,mesti nak cuba.Gambar dah diambil,cuma tak pasti sama ada nak cuci atau simpan dalam cd

Soalan ujian masih dalam proses. Nak tak nak menjelang hari Isnin mesti disiapkan kerana soalan tersebut perlu dihantar kepada KP

Isnin, 15 Februari 2010

KLCC...PENAT YANG DAPAT


Siang tadi saya telah ke KLCC.Andaiannya dapatlah kami anak-beranak menghabiskan masa dengan melakukan sesuatu yang luar biasa kerana kali ini kami keluar berjalan-jalan.Biasanya kami di rumah sahaja kerana itu lebih senang,tidak berperangkap dengan kesesakan lalu lintas dan tidak bermasalah untuk mengawasi anak-anak.

Tiba sahaja di KLCC,gambaran awal yang terbayang di fikiran saya tidak menjadi kenyataan.KLCC penuh sesak.Untuk masuk ke Aquaria,pengunjung terpaksa beratur panjang.Ternyata kedatangan kami tidak kena pada tarikhnya. Cuti perayaan Tahun Baharu Cina mendorong warga KL bercuti dan bukannya balik ke kampung.Disebabkan KLCC penuh sesak, kami mengubah haluan ke taman di sekitar KLCC sahaja. Di situ,anak-anak dapat melihat air pancut dan bermain di taman permainan.

Nampak saja kolam yang penuh dengan pengunjung di dalamnya, anak-anak mula menjerit mahu ikut serta namun permintaan itu tidak diendahkan kami.Di baeah terik matahari,badan sudah penat,tekak mula dahaga namun mereka masih belum diam.Setelah makan tengah hari,kami mula beransur pulang.Tiba di tempat letak kereta, kami gagal mencari kereta.Mana silapnya,saya sendiri tidak pasti.Dua jam kami mengelilingi sekitar tempat letak kereta,namun kereta tidak juga dijumpai.Akhirnya,kami meinta bantuan daripada petugas yang berada di situ.Yang menjadi tanda tanya saya hingga sekarang,mengapa kami tidak menjumpai walaupun agak lama mencarinya?Mungkin bila mata hati telah ditutupkan oleh-Nya,kita mungkin akan hilang arah dan kelu untuk bertindak.Itulah andaian yang saya buat...Apa-apapun,komunikasi amat penting.Malu bertanya,sesat jalan.

Untuk hari-hari yang berikutnya,saya mula serik untuk keluar seperti hari ini.Seharian keluar rumah,kerja terbengkalai tapi badan penat...

Sabtu, 13 Februari 2010

Haram Meraikan Hari Kekasih

Apabila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine, maka kita akan dapati terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya. Satu daripadanya ialah

Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.
Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: ” Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik”. – al-Hijr (15) : 39-40

Oleh hal yang demikian, para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam.

Dipetik dan diubahsuai daripada rencana Mohd Yaakub bin Mohd Yunus (dari blog Cina Islam,Detikdaily)

Jumaat, 12 Februari 2010

Cuti...Nak Buat Apa?

Mulai esok saya akan bercuti selama 9 hari.Jangka masa yang agak panjang.Saat ini belum lagi kedengaran saya akan balik ke kampung atau bercuti ke tempat lain.Maklumlah perancangan hanya dibuat saat-saat akhir sahaja.Dalam kepala saya hanya terfikir untuk
@menyiapkan sepenuhnya soalan ujian
@mencari bahan-bahan yang sesuai untuk p&p
@menulis cerpen untuk pertandingan sempena hari guru yang telah tertangguh pada tahun lepas
@mengemas rumah.Sudah bulan kedua untuk tahun 2010,saya mula bosan dengan susun atur perabot yang sedia ada
@mengulang kaji buku teks supaya duit dapat dijimatkan kerana tidak perlu membuat bahan edaran
@menyambung novel yang dah lama tak dijengok...kasihannya,selalu dilupakan

Sabtu, 6 Februari 2010

Jiran Oh Jiran

Hari ni saya berkesempatan bersembang-sembang dengan beberapa orang jiran.Sebulan lalu,saya agak sibuk dengan rutin harian yang tak terkejar rasanya.Apa tidaknya,semua perkara perlu selesai pada masa yang sama.Sudah sebulan sesi persekolahan berlalu,tapi baru hari ini saya mengetahui seorang jiran telah bekerja sebagai guru ganti.Patutlah pada petang Khamis lalu saya melihat bajunya di ampaian basah kena hujan.Bila asyik dengan aktiviti sendiri dan tidak ambil tahu hal-hal sekeliling,apa-apa pun boleh berlaku.Itu yang bahayanya.

Apabila saya keluar untuk menyidai pakaian,saya dapati ada dua khemah didirikan di rumah corner lot.Mungkin mereka akan mengadakan kenduri sempena mendiami rumah baru.Bila petang sahaja,khemah itu sudah tiada.Cepatnya berakhir kenduri sedangkan kami tidakpun dijemput.Apa maknanya kenduri diadakan jika jiran tetangga tidak dijemput?Bukankah kenduri yang diadakan itu juga bertujuan untuk mengenali dengan lebih dekat siapa jiran tetangga?Bukanlah saya hendak menyibuk,tetapi zaman sekarang kita perlu berbaik-baik dengan jiran kerana apa-apa masalah yang timbul,kita tidak akan segan untuk meminta tolong.Apatah lagi sekarang ni kejadian menceroboh masuk ke rumah apabila ketiadaan tuan rumah masih berleluasa.Sekurang-kurangnya jiran boleh memasang telinga dan membuka mata jika ada sesuatu tak kena.Macam-macam ragam orang.

Isnin, 1 Februari 2010

Permulaan Februari

Hari yang paling awal sampai ke sekolah.Seawal jam 7 pagi saya sudah sampai ke sekolah kerana jalan yang biasanya sesak di awal pagi sebaliknya pula pagi ini. Patutlah sepanjang perjalanan tiada pula kesesakan lalu lintas kerana hari ini merupakan cuti umum bagi Kuala Lumpur.Alangkah bagusnya jika begini selalu.

Bermula dari minggu ini,kelas sastera saya juga akan diambil alih oleh guru praktikum sehingga bulan Mei nanti.Memang jadual waktu akan berkurang, tetapi pada masa yang sama saya juga akan memantaunya dan membimbingnya.Itulah yang leceh sebenarnya.Teringatlah pula semasa praktikum dulu,semuanya dilakukan dengan inisiatif sendiri.Apa2pun,terpaksalah terima tanggungjawab yang baharu seadanya.