Isnin, 30 Disember 2013

Projek Kertas Dinding

Alhamdulillah,hari ni makin sihat setelah hampir seminggu kurang sihat.Masa mesyuarat guru yang pertama pada 26 Disember hari tu,kawan ada tanya,:"Kenapa mata merah.Menangis ke?"Sebenarnya kurang sihat tapi disebabkan mesyuarat pertama dan tugasan menulis minit pula tu,memag mesti hadir walaupun saya  tak boleh fokus untuk menulis minit,tapi masih mengurus bahagian itu.
Cepatnya masa berlalu.Tahun-tahun lepas pun begitu juga tapi tahun ni agak terasa kerana projek kertas dinding belum siap sempurna,dah nak mula sekolah.Persiapan untuk ke sekolah pun belum buat lagi sebab sibuk nak mendeko.Masih ada 6 gulung kertas dinding yang tak sempat nak tampal kerana kurang sihat hampir seminggu lalu.Duduk di rumah nak baring saja.Buat kerja sikit dah penat.Masak pun ala kadar saja.Mengemas rumahpun ala kadar juga.Esok nak teruskan misi membuat persiapan ke sekolah untuk diri sendiri.Cikgu pun mesti bersiap juga.Persiapan untuk anak-anak pun belum juga dibuat tapi biarlah ayahnya yang uruskan.Biarlah si ayah ada tanggungjawab juga.Jika ibu saja yang uruskan,memang si ayah akan lepas tanganlah.

Ahad, 29 Disember 2013

Sambutan Tahun Baharu

Betul sangat-sangat.Makanya,kita janganlah duduk di depan tv,baru betul.

Khamis, 26 Disember 2013

Pertama Kali Ke Tesco Setia Alam

Catatan ini khas untuk orang yang takut nak memandu kerana saya juga sangat takut nak memandu.Apabila kereta seakan bergesel dengan kereta di sebelah,saya dah tekan brek kaki.Padahal suami yang memandu,makanya hanya brek kaki saja.Tapi apabila melihat keadaan sekarang dah berubah,pandai kereta
dan ada kereta tu sangat penting terutamanya  jika bekerja.Makanya,saya mulalah korek cerita daripada rakan-rakan untuk ambil semangat mereka.Majoritinya memang penakut juga rupa-rupanya tapi berjaya melepasi perasaan takut tu apabila dah pandai memandu.
Semasa di Shah Alam,terasanya hati ini apabila jiran sebelah yang tak bekerjapun pandai memandu.Apabila jumpa dengan kakak,mereka pun tanya,tak pandai memandu lagi ke?Terasa sangat malunya walaupun ada banyak kelebihan lain.Kelebihan lain orang tak nampak,tapi kelemahan itu satulah yang orang sangat nampak.Apabila terasa tercabarnya diri ini,saya nekad belajar memandu tanpa pengetahuan suamipun.Perlukah minta izin,sedangkah itu sudah menjadi keperluan apabila bekerja.Nak tunggu suami bersuara,dia tak pernah bersuara,maka saya buat keputusan sendiri.Sekarang,dia senang lenang kerana saya selalu membawa anak-anak keluar jalan-jalan.Hujung minggu lepas saya bawa naka-anak ke Tesco lagi.
Masa mula-mula pandai bawa kereta dulu,saya hanya pandai bawa kereta ke sekolah saja.Penghujung tahun baru yakin untuk memandu di jalan yang agak sesak.Apabila dah lulus di jalan yang sesak,barulah saya yakin memandu ke Shah Alam.Kemudian,jalan-jalan ke Tesco Setia Alam.Kalau ada GPS,makin yakin nak ke mana-mana yang tidak pernah sampai.
Saja nak kongsikan gambar masa ke Tesco Setia Alam kali pertama dulu.Kali kedua,ketiga dan keempat dah tak ambil gambar.
novel yang berharga RM10 setiap satu 


beg tangan tersadung pada salah satu bunga tu,makanya dah kena beli bunga yang dah pecah tu

kedai dekorasi yang jual kertas dinding.dua beradik ni leka belek komik,maka mereka tak bising di kedai ni.

Nota kaki:apabila kaki tak kejang setelah memegang stereng,maka kita memang boleh memandu kerana tak semua orang boleh memandu.bersyukurlah jika kita boleh memandu

Sabtu, 21 Disember 2013

Mengemas Rumah

Saja nak kongsikan tips untuk mengemas rumah yang dipetik daripada fb laman deko.Catatan ini untuk memudahkan saya nak merujuk kemudian nanti sambil berkongsi dengan orang lain.
Kebiasaannya pada hujung minggu saya sibuk dengan urusan cuci baju dan hantar baju seragam sekolah untuk diseterika.Nak mengemas rumah pada hujung minggu pun kadang-kadang tak sempat.Kalau keluar ke mana-mana,lagilah urusan rumah tak sempat dihabiskan.Teruknya rutin hujung minggu saya jika musim persekolahan. Sekarang barulah boleh mengemas sepenuhnya tapi badanlah pula tak berapa nak larat habiskan sekaligus dalam satu masa.
Cara 1:
 Cara 2:
saya pernah praktikkan yang ini tapi dalam beberapa hari saja kerana waktu pagi selalu sibuk dengan persiapan nak ke tempat kerja walaupun bangun seawal 4.30 pagi.kena pandai urus masa ni...

Ada juga saya singgah di blog mengemas rumah tapi tak semua saya boleh praktikkan.Nampaknya tahun 2014 mesti pandai urus masa.Antara mengemas dan menghias,yang mana satu patut diutamakan?Deko-deko untuk cuci mata,mengemas untuk keselesaan.dua-dua penting bagi saya 

Nota kaki:dah deko-deko baru bersemangat nak mengemas supaya boleh cuci mata dengan selesanya... 



Peti Kecemasan

Perlukah ada peti kecemasan  seperti ini?Tepuk dada,tanyalah keperluan masing-masing.Rasa-rasanya macam nak adakan peti itu,kebetulan harganya pun tak sampai RM 20.Buat yang biasa-biasa seperti gambar ni supaya mudah nak mencari kapas dan pembalut luka.
peti kecemasan

Fesyen Sekarang


Ingatan untuk diri sendiri.
Rasa-rasanya lebih selamat pakai skirt kembang supaya tak nampak punggung tu.Mentang-mentanglah suka pakai skirt sekarang...

Nota kaki:disebabkan sikap tegur-menegur  amat sensitif,perkongsian begini juga menjadi teguran dan ingatan untuk diri.

Jumaat, 20 Disember 2013

Anak-anak Mengemas Rumah


Catatan untuk Umie Sue 1st giveaway.
Kebetulan mereka berdua rajin menyapu pula kali ni.Biasanya,kalau bab menyapu,Akmal si kecil tu memang suka hinggakan saya terpaksa cari idea supaya dia tidak buat kacau apabila saya menyapu.Aktiviti mereka sepanjang cuti sekolah ni ialah main-main.Baru lepas main-main dengan blok perkataan,mereka buat sepah.Biasalah macam tu.Mereka akan mengemas semula mainan mengikut mood mereka.Yang ini memang mood baik,mereka kemas semula setelah menyepahkannya.Blok-blok tu disapu bukannya nak dibuang tetapi cara mudah untuk mengutipnya kerana Adib dan Akmal dah malas nak kutip satu-persatu.Lepas tu mudah saja mereka simpan dalam plastik untuk disimpan dalam stor mainan mereka.

Terkial-kial Adib masukkan blok tu dalam penyodok...Akmal pula pegang penyodok,satu kerjasama yang baik...itupun yang Akmal tahu dalam usianya baru nak masuk dua tahun 31 haribulan ni...

Cara Simpan Beg Plastik

Semasa ke kedai menjual perlatan rumah tempoh hari,saya ternampak tempat simpan beg plastik ni.Masa mula-mula nampak di kedai,benda ni ditenung-tenung kerana tak pasti kegunaannya.Bila bertanya dengan jurujual,dia pun tak boleh beri jawapan yang betul tapi disebabkan harganya murah (RM 4.90) saja untuk dua helai , saya membelinya kerana pasti inilah yang dikatakan oleh seorang ahli NHR tentang tempat penyimpanan beg plastik# walaupun dah agak lusuh kerana orang tidak tahu penggunaannya.Kebetulan memang nak cari tempat simpan plastik kerana yang sedia ada dah penuh.
#bentuknya macam bantal dan ambil plastik dari bawah

satu diletakkan di dapur kering supaya senang nak bungkus pampes Akmal dan satu lagi diletakkan di dapur basah untuk plastik sampah

Ceriakan Ruang Tamu



Inilah wajah ruang tamu yang dah dua tahun tak berubah.Baru-baru ini baru dapat cari alas kerusi tu.Alas kerusi tu untuk mengelakkan habuk melekat di kerusi di samping memberi keceriaan di ruang tu.Nampak macam tak ceria lagi.Bunga,bantal-bantal kecil dan alas meja tu hanya sementara saja.Anak-anak suka mengemas dan saya pula suka menghias sepanjang cuti ni hingga suamipun perasan.Tiba-tiba dia bersuara apabila saya asyik menilik gambar rumah di laman deko fb:"nak hias apa lagi,anak masih kecil lagi".Hahaha,ummi dah terkena tapi kerja menghias tak habis lagi.
Anak masih kecil tiada alasan untuk tidak menghias rumah,cuma saya akan pastikan tiada hiasan kecil diletakkan atas meja dan almari.Setakat ini hanya dinding yang menjadi mangsa,setiap sudut,ada-ada saja hiasannya.Hiasan-hiasan yang tidak perlu pun patut dielakkan.

Nota kaki:Seronoknya apabila modul BM t3 tidak perlu buat lagi kerana RPT tiada lagi.Bolehlah deko-deko lagi sehingga sekolah buka.Alhamdulillah,keputusan PMR meningkat,semua pelajar lulus walaupun tak dapat capai target bilangan A.

Hias Rumah

Pengisian sepanjang cuti ni masa dihabiskan dengan menghias rumah untuk mencari keselesaan dalam melalui rutin-rutin harian.
Dari kiri:rak rempah diubahsuai untuk memudahkan kerja-kerja mengelap bahagian atas kaunter dapur dan ruang untuk meletak botol di samping rak jeriji untuk letak cawan yang tidak digunakan sebagai hiasan dinding.2:Penggunaan kertas dinding di ruang depan pintu masuk.3:Kesan contengan di pintu ditutup dengan penggunaan kertas dinding murah yang sama warna dengan pintu.4:Pelekat dinding dapur yang hanya berharga RM 3.99 untuk memberi keceriaan ruang dapur.5:Cara menyimpan plastik yang murah dan mudah


Nota kaki:cepatnya masa berlalu,hari Khamis ni sudah mesyuarat pertama.Tidak sampai dua minggu lagi cuti sekolah akan habis.

Rabu, 18 Disember 2013

Pintu Bertukar Wajah

Hari Khamis lepas,saya ada beli kertas dinding di Mr Diy yang berharga RM 8.50 satu gulung.Kertas dinding yang ada tak banyak.Saja beli untuk lihat kualitinya sebab murah sangat.Kononnya nak guna untuk bilik anak tapi projek tertangguh saja kerana kertas dinding tak cukup.
Tiba-tiba dapat idea ni apabila terbaca komen dalam fb:kertas dinding digunakan untuk ubah wajah pintu.
Taklah susah nak tampal di pintu kerana pintu taklah tinggi seperti dinding tapi masalah juga bila sampai bahagian tombolnya.
yang suka menconteng,bukannya anak yang 2 tahun tapi abangnya yang dah nak masuk darjah 3..conteng tulis nama sendiri pula tu.kalau di sekolah,sah-sah senang ditangkap.. 

walaupun agak nipis sikit kertasnya hingga boleh nampak kesan contengan dari dekat tapi masih nampak cantik.pintu tu nampak macam pintu baru.hanya sebelah saja yang boleh dibuat kerana tak cukup kertas dinding
Nota kaki:dah tak perlu nak fikir cara untuk tanggalkan kotoran di pintu tu..

Selasa, 17 Disember 2013

Kertas Dinding Murah Berpelekat(Wallpaper Murah)

Sebenarnya saya tak tahu macam mana tiba-tiba  boleh terjebak dalam penggunaan kertas dinding di rumah.Pada asalnya hanya disebabkan bosan dengan kesan contengan mural anak-anak ribena di dinding terutamanya di bawah cermin.Tapi yang peliknya,saya mula menampal kertas dinding di bahagian depan pintu.Tak tahu nak fikir macam mana boleh jadi begitu,mungkin juga disebabkan kertas dinding yang mula-mula saya beli berwarna cerah,maka kena cari tempat yang selamat untuk menampalnya.
Hingga sekarang,sudah 4 corak saya gunakan.Ada cerita di sebaliknya tu.Akibat beli secara 'on line',warna yang ditunjukkan dalam internet sebenarnya tidak dapat menceritakan wajah sebenar.Apabila sampai di tangan,lain pula warnanya.Di bahagian tangga memang pilih yang itu tapi disebabkan kertas yang bercorak batu-bata sangat berbeza dengan yang biasa(mengembang apabila ditarik berulang kali) dan sangat susah untuk menampalnya ,maka saya memilih batu-bata biasa pula untuk ruang bawah cermin sedangkan sebelum ini saya tidak suka kepada batu-bata biasa kerana beranggapan seperti rumah tidak siap.

Kertas dinding untuk ruang makan dipilih kerana kononnya warna hitam itu nampak seperti blue black tetapi apabila sampai di tangan dan nak menampalnya,baru perasan itu warna hitam dan bukannya biru.Ya Allah,bukan salah gambar tapi salah penglihatan sendiri.Tak salahkan sesiapapun dalam hal ini.Apabila dah tampal,suami tanya kenapa warna lain pula?Ada orang buatkah macam tu,tampal separuh saja tu?Dia pun serabut tapi dia diam saja.Nasib baik.Orang lain tak buat,biar kita buat.Hahaha,jawapan untuk selamatkan diri.Sebenarnya saya tak berani nak menampal kertas dinding hitam & kuning hingga ke bawah kerana kawasan tu kawasan hitam.Kawasan yang paling kotor kerana anak-anak suka mengecap tangan di situ.Laratkah saya nak mengelapnya selalu kalau kotor?Sebab itu dibuat separuh batu-bata.

Cadangnya nak buat sama jenis di ruang menuju ke bahagian dapur tu supaya selari saja mata memandang dan nak sambung lagi untuk ruangan menonton.Itulah yang pujuk suami pergi ke Paradigm Mall.Nampaknya kena pujuk suami ke GM Klang pula kali ni.Dalam kepala sebelum ni nak buat bingkai untuk ruang makan tu tapi tak beranilah pula.Bimbang nampak pelik semacam.
Apabila dah terjebak dengan penggunaan kertas dinding murah ni,saya mula tahu tempat yang ada menjual kertas dinding dan harganya.Kaison,Mr Diy dan GM Klang & Kedai dekorasi di Tesco Setia Alam menjual kertas dinding yang berbeza.Kertas dinding di Mr Diy merupakan kertas dinding yang paling murah dan kualitinya sudah tentu tidak setanding di GM Klang.Kertas dinding yang dibeli secara atas talian sama kualitinya di GM Klang dan kedai dekorasi,cuma harganya saja yang berbeza.
GM Klang ~RM 50 satu gulung
Kedai dekorasi Setia Alam~RM 75 tapi sekarang diskaun RM 50 segulung
MR Diy~RM 3.50(2 meter)8.50 (5 meter) segulung
Kaison~RM 19.90-10 meter
Apabila dah tampal,barulah terfikir:
kalau dah bosan dengan kertas dinding tu macam mana?Boleh ditanggalkan kerana ia hanya tahan 2-3 tahun saja menurut tauke yang menjualnya.

Nota kaki:Semua kertas dinding berpelekat di rumah saya seorang saja yang mengerjakannya.Semuanya untuk memuaskan hati di samping memenuhi masa cuti serta nak menguji diri.Semua kerja dibuat semasa ketiadaan suami di rumah.Saja ambil kesempatan untuk membuat kejutan kepadanya...Suami pula tak melarang,banyak lagi projek deko akan dilakukan...tunggu cuti sekolah lain kali pula....Semuanya dapat inspirasi daripada kawan-kawan fb deko yang boleh mengecat rumah sendiri...

Isnin, 16 Disember 2013

Terapi Percakapan


Semasa Adib mengikuti terapi percakapan,saya sempat rakamkan.Sebelum ini,ayahnya yang hantar kerana saya tak boleh nak keluar sesuka hati,nanti kena ganti kelas,leceh juga tu.Bila dah cuti sekolah yang lepas,saya berkesempatanlah menghantar Adib untuk terapi percakapan ni memandangkan encik suami tak dapat hantar.Terkial-kial juga membawanya ke Hospital Sungai Buloh,maklumlah lesen kereta hanya lulus ke sekolah saja.Nak bergerak jauh kurang keberanian terutamanya nak ke hospital yang selalu mengalami masalah nak parir kereta.Apabila dah terpaksa,boleh pun.Kemudian,barulah minggu berikutnya berani ke Tesco Setia Alam,Setia City Mall.Masih ke tempat yang berdekatan lagi.
Berbalik kepada terapi percakapan ni,nampak mudah saja cara tetapi nak praktikkan di rumah jadi masalah juga kerana Adib hanya akan tumpukan perhatian di tadika,dengan kata lain dia akan buat jika orang lain suruh.Itu yang masalahnya.

Karpet Kuilt

Catatan ni merupakan catatan tertunda kerana gambar yang ada dalam simpana telefon bimbit akan dipadam.Sebelum ppadam,buat catatan dulu.

Masa saya beli cadar untuk rumah baru dulu,saya memilih kedua-dua cadar tu warna hijau kerana warna hijau merupakan warna kegemaran. Seorang rakan sekerja yang berpangkat kakak telah menasihati saya supaya jangan beli warna sama.Alasannya,apabila warna sama,cadar nampak tidak berganti.Betul juga nasihatnya tu.Maka, saya beli satu lagi berwarna biru.
Apabila saya teringin nak membuat koleksi karpet kuilt,saya dah lupa pesanan tu.Karpet yang saya beli kesemuanya warna hijau tetapi di tempat yang berlainan.Beli pula secara atas talian,manalah kita boleh membelek-belek,hanya dapat gambar sajalah.Itupun dalam gambar nampak ceria,apabila dah sampai di tangan kita tidaklah sebegitu.Selalu saja terkena seperti itu tetapi disebabkan semangat nak membeli tu sangat menebal,dah terkena berkali-kali pun tetap suka membeli 'on line'.
Begitulah yang terjadi dengan dua karpet ni.Sama saja coraknya,cuma corak kain saja yang berlainan sedikit.Memang sesuai dihampar berdekatan supaya nampak selari tetapi yang lain-lain dismpan dulu kerana tiga hero ni sangat lasak dan susah nak disiplinkan.Jika orang lain cuci karpet tu sebulan sekali,nampak gayanya saya memang tak boleh buat begitu.Sebula dua kali  agak-agaknya kena cuci.
dihampar di ruang menonton

dihampar di tepi tangga





Buat masa sekarang hanya dua saja yang digunakan,satu di ruang menonton yang menjadi tempat baring-baring.Satu lagi di ruang menonton di tingkat atas.

@@Nota kaki:Jangan beli warna yang sama.Beli on line dengan Qaseh Shafini Salleh paling murah tapi tak boleh beli banyak sebab dah beli dengan orang lain.
beli dengannya hanya RM180 tetapi bila beli di kedai di Sungai Buloh, harganya mencecah RM280..

Paradigm Mall

Teruja mendapat tahu kertas dinding di Kaison murah, memang berhajat sangatlah nak sampai ke sana.Demi kertas dinding yang masih tidak cukup dan tiada di kedai dekorasi di Tesco,kami telah sampai ke Paradigm Mall di Kelana Jaya semalam.Macam tak percaya tapi sangat mengharap sebenarnya kepada suami untuk membawa saya ke sana.Kalau dah bawa saya ke sana,ketiga-tiga hero tu pun mestilah dibawa sekali.Dalam pukul 6 petang baru bertolak dari rumah.Nasib baiklah dapat google Kaison tu di tingkat 2.Kalau tidak,masalah juga nak mencari sebab pusat beli-belah tu besar.Bila sampai di ruang lif,nampak petunjuk ni pula.Lega,manalah tahu dapat salah maklumat.
Bila bawa Adib,mulalah dia buat perangai.Akmal ok saja berjalan sambil pimpin tangan.Dalam kereta,dia tak nak duduk diam,bila dah sampai dia turut saja tangannya diheret tapi si abangnya pula teruja nak cari mainan.Pening kepala membawa budak-budak ni berjalan-jalan.Nasib baiklah kami bukannya suka keluar jalan-jalan pada hujung minggu.
Tak lama saya di sini sebab dari jauh dah dengar Adib merengek.Cari-cari kertas dinding yang dikehendaki,alamak tiadalah pula.Kertas dinding yang ada hanya warna lain tetapi kualiti tak sama.Patutlah harganya murah.RM 19.90 atau RM22.90, dah lupa harganya tapi lebih murah berbanding harga yang selalu dibeli.Kertas dinding yang berharga RM55 cantik sikit kerana coraknya timbul tapi tak banyak pilihan.Jika baru nak mula menampal kertas dinding,bolehlah beli dengan kuantiti yang banyak terus supaya tidak kehabisan.Dengan cara tu,memang boleh jimat.Tak sempat nak ronda-ronda di bahagian lain kerana nak cepat.Di kaunter pembayaran,kena beraturlah pula.Sempat lagi Akmal ambil satu patung minious yang berharga RM 19.90.Sangkakan dia akan bermain-main dengan patung tu dalam kereta, tapi tak mahunya.Nasib baik dia tidur masa perjalanan balik.Kalau tidak,dialah nak jadi pemandu kedua.

sangat teruja lihat kertas dinding baru-bata dalam gambar ni.bila dah sampai semalam,tak banyak kertas dindidng yang ada.mungkin ahli NHR dah sambar,sebab tu dah habis.sumber internet



bawa Ammar dan Adib main-main di sini sekejap sebelum balik




Ahad, 15 Disember 2013

Rak Rempah Ratus

Selepas balik dari Setia City Mall dan Tesco pada hari Khamis lalu,saya singgah ke kedai yang menjual peralatan dapur pula untuk membeli rak rempah ratus.Setelah selesai mengemas tempoh hari,saya sukar untuk mengelap bahagian bawah rak tersebut kerana terletak di atas kaunter dapur.Nak lap kena alih pula rak tu,lecehlah pula.Maka,di bawahnya tak pernah lap pun.
rak ni dibeli di Cosway.sangkakan tak banyak rempah ratus,rupa-rupanya banyak juga.
dah dapat rumah 3 tingkat.sebelum ni tak terfikir nak beli rak ni untuk letak rempah ratus kerana sangkakan dikit saja rempah ratus yang ada.tetapi rupa-rupanya banyak juga apabila diletakkan satu tempat.Bahagian bawah:garam,kunit,asam keping,serbuk lada hitam.Kedua:perasa,gula,ketumbar(biasa guna untuk singgang daging),minyak masak(guna apabila masak roti salut telur),rencah untuk masak ikan.Bahagaian atas:rempah ratus sup,


Sekarang dah tukar,tiada lagi mood malas untuk mengelap bahagian bawah tu.




Almari Penghadang

Mati akal juga memikirkan perihal almari yang menjadi penghadang antara ruang tamu dengan ruang menonton ni.Baru saja kemas,dah bersepah semula.Almari ni sebenarnya almari buku tapi disebabkan rasa kayunya tak kukuh sangat,maka tak berani nak jadikannya sebagai almari buku.Sebelum ni ruang bahagian bawah digunakan untuk letak pampes dan baju-baju dua beradik tu.Apabila dah tak muat sebab baju banyak sangat,belilah almari.
Sekarang memang tak boleh letak apa-apa di bahagian bawahnya kerana Akmal pula suka mengemas.Ruang bawah tu juga dah jadi tempatnya menyorok.Hanya 2 bahagian atas saja yang digunakan untuk letak alat tulis,ubat-ubat,minyak angin.Bahagian ketiga digunakan untuk meletakkan buku Ammar kerana malas nak naik ke atas.Ruangan yang berlaci dan berkunci tu lagi bersepah.Disebabkan banyak sentuhan,maka cepatlah berselerak almari ni.Sekarang,saya sedang memikirkan cara yang paling mudah untuk meletakkan barang-barang tersebut supaya mudah diambil dan tidak mudah berselerak.
Dalam internet,tak banyak idea yang dapat dikongsikan.
masukkan 'benda-benda' yang disimpan dalam bekas.dah buat,tapi bersepah juga...

'benda-benda' yang disimpan diletakkan dalam laci yang bawah.bahagian atas dijadikan ruang pameran barang hiasan.dah buat juga dengan meletakkan pinggan hiasan tapi bersepah juga kerana ada ruang untuk meletakkan barang-barang di situ
sama seperti di atas.dijadikan ruang pameran barang-barang hiasa.

Bila nak mulakan operasi,tak pasti juga ni sebab tak tahu cara lagi.Sekolah dah nak mula.Cuti ni hanya untuk mengemas dan menghias rumah sajalah kerjanya.

Nota kaki:apa-apapun,disiplin sangat penting...nak mendisiplin orang lain itulah yang susah..

Khamis, 12 Disember 2013

Jalan-jalan di Setia City Mall

Hari ni dah sampai ke Setia City Mall.Berpandukan peta daripada en Google,perjalanan pergi berjalan lancar.Nampak saja perkataan Parkson tu dari jauh,saya yakin jalan yang dilalui tapi terpaksa tawaf juga sekali kawasan tersebut kerana nak mencari parkir yang selesa untuk meletakkan kereta.
Bab-bab parkir kereta ni saya kurang arif,jadi kenalah cari parkir senang dimasuki.Parkir ada dua,parkir di kawasan lapang dan dikenakan RM 2 dan parkir dalam bangunan.Parkir dalam bangunan, tak pasti pula cajnya.
Bila masuk saja bangunan tu,mata mesti melilau mencari kedai yang hendak disinggah tetapi sayangnya kedai yang ada tidak menepati kehendak saya.Tak sempatpun nak masuk dan menjengah ke Parkson kerana Adib dah buat hal.Meragam kerana tak belikan lego yang berharga ratusan ringgit.Nak dibelikan yang murah,dia tak mahu.Akhirnya tak dapat apa-apa.Dalam satu jam saja meronda-ronda,saya balik dengan hanya beli coklat untuk mereka berdua.Lain kali boleh datang lagi kerana jalan masuk dan balik hanya sama saja dan sejalan juga untuk ke Tesco.
Jam baru pukul 11 pagi,saya singgah pula ke Tesco kerana nak mencari kertas dinding.Kertas dinding batu-bata masih tak cukup sedikit lagi.



tempat kanak-kanak buat kraf di sini..gambar dari jauh




berkenan dengan rak putih/hijau ni tapi tiada harga


Nota kaki:tempat paling dekat untuk menonton wayang.

Selasa, 10 Disember 2013

Setia City Mall...Tunggu

Dah lama berhajat nak ke Setia City Mall di Setia Alam hinggakan dah lupa namanya disebabkan lama sangat memendam perasaan.Beberapa hari lepas,ahli NHR ada menyebut nama tempat tu dalam komen untuk mencari barang-barang hiasan menyebabkan keinginan untuk ke sana mula ditarik-tarik semula.Mulalah saya mencari peta di internet.Bila dah rasa yakin,tiba-tiba terperasanlah peta ni.
berkali-kali google peta di internet supaya yakin dengan jalan yang akan dilalui, maklumlah gps tidak ada.bila dah berkali-kali cari peta, baru perasan peta ni dekat sikit berbanding peta yang digoogle sebelum ini.rupa-rupanya perkataan Setia City Mall Shah Alam Selangor dengan Setia City Mall berbeza..alkisahnya.nasib baik tersedar..

inilah peta yang digoogle.saja ambil dari Klang Sentral 

inilah rupa bangunan yang gah itu.sumber internet
Bila nak ke sana tak pasti lagi kerana masih sibuk mengemas rumah dan menampal kertas dinding tapi biarlah dalam minggu ini supaya minggu depan boleh ditumpukan untuk menyiapkan modul PBS BM tingkatan 3 pula.Moga-moga urusan akan dipermudahkan nanti.

@@Nota kaki:seronoknya jika lepas ni boleh sampai ke GM Klang...