Teruja mendapat tahu kertas dinding di Kaison murah, memang berhajat sangatlah nak sampai ke sana.Demi kertas dinding yang masih tidak cukup dan tiada di kedai dekorasi di Tesco,kami telah sampai ke Paradigm Mall di Kelana Jaya semalam.Macam tak percaya tapi sangat mengharap sebenarnya kepada suami untuk membawa saya ke sana.Kalau dah bawa saya ke sana,ketiga-tiga hero tu pun mestilah dibawa sekali.Dalam pukul 6 petang baru bertolak dari rumah.Nasib baiklah dapat google Kaison tu di tingkat 2.Kalau tidak,masalah juga nak mencari sebab pusat beli-belah tu besar.Bila sampai di ruang lif,nampak petunjuk ni pula.Lega,manalah tahu dapat salah maklumat.
Bila bawa Adib,mulalah dia buat perangai.Akmal ok saja berjalan sambil pimpin tangan.Dalam kereta,dia tak nak duduk diam,bila dah sampai dia turut saja tangannya diheret tapi si abangnya pula teruja nak cari mainan.Pening kepala membawa budak-budak ni berjalan-jalan.Nasib baiklah kami bukannya suka keluar jalan-jalan pada hujung minggu.
Tak lama saya di sini sebab dari jauh dah dengar Adib merengek.Cari-cari kertas dinding yang dikehendaki,alamak tiadalah pula.Kertas dinding yang ada hanya warna lain tetapi kualiti tak sama.Patutlah harganya murah.RM 19.90 atau RM22.90, dah lupa harganya tapi lebih murah berbanding harga yang selalu dibeli.Kertas dinding yang berharga RM55 cantik sikit kerana coraknya timbul tapi tak banyak pilihan.Jika baru nak mula menampal kertas dinding,bolehlah beli dengan kuantiti yang banyak terus supaya tidak kehabisan.Dengan cara tu,memang boleh jimat.Tak sempat nak ronda-ronda di bahagian lain kerana nak cepat.Di kaunter pembayaran,kena beraturlah pula.Sempat lagi Akmal ambil satu patung minious yang berharga RM 19.90.Sangkakan dia akan bermain-main dengan patung tu dalam kereta, tapi tak mahunya.Nasib baik dia tidur masa perjalanan balik.Kalau tidak,dialah nak jadi pemandu kedua.
![]() |
| sangat teruja lihat kertas dinding baru-bata dalam gambar ni.bila dah sampai semalam,tak banyak kertas dindidng yang ada.mungkin ahli NHR dah sambar,sebab tu dah habis.sumber internet |
![]() |
| bawa Ammar dan Adib main-main di sini sekejap sebelum balik |








seronoknya..sy blm pernah sampai lagi
BalasPadamgara-gara kertas dinding boleh sampai ke sana.rezekilah tu..anak tak meragam bolehlah berlama cuci2 mata.
PadamTAK PERNAH LG PI SANA..TERINGINYEEEE
BalasPadamkalau suka jalan2,tiada masalah, bila2 pun boleh.kalau macam akak ni,kena cari alasan untuk jalan2 sbb suami bukan suka jalan2..
BalasPadamKertas dinding kaison tu tahan lama tak melekat di dinding..nak juga membeli..huhu
BalasPadamAda yang tahan lama dan ada juga tak tahan lama...sehari tampal, dah jatuh.jalan selamat, letak gam untuk wpaper..corak yg saya guna utk ruang makan tak tahan lama, kena letak gam br ok...
Padam