Khamis, 26 Disember 2013

Pertama Kali Ke Tesco Setia Alam

Catatan ini khas untuk orang yang takut nak memandu kerana saya juga sangat takut nak memandu.Apabila kereta seakan bergesel dengan kereta di sebelah,saya dah tekan brek kaki.Padahal suami yang memandu,makanya hanya brek kaki saja.Tapi apabila melihat keadaan sekarang dah berubah,pandai kereta
dan ada kereta tu sangat penting terutamanya  jika bekerja.Makanya,saya mulalah korek cerita daripada rakan-rakan untuk ambil semangat mereka.Majoritinya memang penakut juga rupa-rupanya tapi berjaya melepasi perasaan takut tu apabila dah pandai memandu.
Semasa di Shah Alam,terasanya hati ini apabila jiran sebelah yang tak bekerjapun pandai memandu.Apabila jumpa dengan kakak,mereka pun tanya,tak pandai memandu lagi ke?Terasa sangat malunya walaupun ada banyak kelebihan lain.Kelebihan lain orang tak nampak,tapi kelemahan itu satulah yang orang sangat nampak.Apabila terasa tercabarnya diri ini,saya nekad belajar memandu tanpa pengetahuan suamipun.Perlukah minta izin,sedangkah itu sudah menjadi keperluan apabila bekerja.Nak tunggu suami bersuara,dia tak pernah bersuara,maka saya buat keputusan sendiri.Sekarang,dia senang lenang kerana saya selalu membawa anak-anak keluar jalan-jalan.Hujung minggu lepas saya bawa naka-anak ke Tesco lagi.
Masa mula-mula pandai bawa kereta dulu,saya hanya pandai bawa kereta ke sekolah saja.Penghujung tahun baru yakin untuk memandu di jalan yang agak sesak.Apabila dah lulus di jalan yang sesak,barulah saya yakin memandu ke Shah Alam.Kemudian,jalan-jalan ke Tesco Setia Alam.Kalau ada GPS,makin yakin nak ke mana-mana yang tidak pernah sampai.
Saja nak kongsikan gambar masa ke Tesco Setia Alam kali pertama dulu.Kali kedua,ketiga dan keempat dah tak ambil gambar.
novel yang berharga RM10 setiap satu 


beg tangan tersadung pada salah satu bunga tu,makanya dah kena beli bunga yang dah pecah tu

kedai dekorasi yang jual kertas dinding.dua beradik ni leka belek komik,maka mereka tak bising di kedai ni.

Nota kaki:apabila kaki tak kejang setelah memegang stereng,maka kita memang boleh memandu kerana tak semua orang boleh memandu.bersyukurlah jika kita boleh memandu

4 ulasan:

  1. wow..bestnya dpt novel murah

    BalasPadam
    Balasan
    1. masa tu ada jualan dari SInar.dua kali pergi ada lagi novel tu,tapi kali ketiga dah tak ada.beli sbb nak penuhkan rak novel tapi kalau cerita tak best,tak ada maknanya juga,kan?makanya beli 4 saja

      Padam
  2. hehe...mmm mcm saya..dpt lesen dh lama.dlm thn 2007 kot.start thn ni oct baru belajar bwk sendiri..sbb rasa mcm menyusahkan suami plak..pil pun selalu je asik ckp bila nk bwk..bila masa dia org rasa saya ni menyusahkan anak dia org..tp skrg bwk ke tpt keje umah pengasuh aje..hehe.. tu pun sbb auto (kancil)..sblm ni kete manual suami rasa mcm susah plak..bila auto ni sng plak rasa nya.x yah pening pening kepala..

    BalasPadam
  3. sy bawa kereta auto juga.manual memang tak pandai.itupun kereta kecil juga.kereta Gen 2 pun tak lepas sbb cermin sisinya tak jelas.kita pakai kereta ikut keselesaan kita.yg penting,kita tak menyusahkan orang..

    BalasPadam