Ahad, 26 Januari 2014

Cara simpan Telur

Salam hujung minggu.Menarik juga apabila nampak banyak cara untuk simpan telur.Saya hanya ambil daripada GOOGLE dan FB untuk dikongsikan di sini.Saya tidak mendapat apa-apa keuntungan pun atas perkongsian ini.Jadi,jangan marah jika salah satu daripada gambar ni kepunyaan anda.
Cara saya simpan telur macam biasa saja:letak dalam peti ais bersekali dengan bekas telurnya supaya si kecil Akmal tak main-main dengan telur tersebut.Tapi,sekali-sekala terlepas juga ke tangannya..







@@Nota Kaki:Pernah anak-anak tanam dua biji telur(ibarat telur dinasur yang baru bertelur kerana terbawa-bawa dengan cerita Jurassic Park) semasa balik beraya di kampung.

Ahad, 19 Januari 2014

Cara Jahit Lencana Mudah

Memang malas nak menjahit lencana sekolah untuk anak-anak.Di sekolah,sempat pula saya perhati lencana pelajar.Macam-macam cara dijahit.Maka,timbullah idea malas ni.Cubit kain sekali, terus matikan benang.Kalau dua kali,akan nampak pula dua benang.Mudah pun tak sampai lima minit.

Kemaruk Deko Hijau Lagi

Hajatnya hari ni nak ke tesco Setia Alam atau Setia City Mall tapi bila dah sampai harinya,tiba-tiba tak jadi.Banyak kerja yang belum diselesaikan.Hari ni baru cuci baju sekolah anak-anak,cuci kasut Adib dan urusan rumah tangga yang lain.Begitulah rutin hari minggu hingga nak keluar jalan-jalan selalu tergendala.Bila keluar,sempat pula saya singgah di kedai peralatan rumah untuk cuci mata.
Beli perkakas yang hijau lagi untuk menghijaukan ruang dapur.Tak dapat cuci mata di tesco, di kedai biasa pun jadilah...Dekat RM 50 juga berbelanja.Itu di kedai biasa,kalau di pusat beli-belah yang besar dan barang-barang main masuk troli saja,memang harus bawa duit banyak.


lepas ni hajat nak kumpul mug warna hijau pula.penyangkut ada dua,makanya kena beli 20 buah mug...

Sabtu, 18 Januari 2014

Kemas dan Hijaukan Dapur

Cuti tiga hari sempena Thaipusam dan cuti hujung minggu mengumpul banyak kerja sekolah  yang nak dilakukan:tanda buku,siapkan APDM,siapkan BMM,dan siapkan bahan pdp sej t4 dan BM t3.Sempat atau tidak,tengoklah nanti.
Belum satupun kerja tersebut dibuat kerana kerja kemas-mengemas juga yang akan menghilangkan tekanan.Belum sempurnapun kerja mengemas dapur ni tapi badan dah tak larat.








inilah  gambar yang dibeli di Romantika hingga rambang mata nak memilihnya..

barang yang dibeli di Romantika.RM 5 saja kecuali pinggan tu.


Ahad, 12 Januari 2014

Plaza Alam Sentral dan S.19

Dah lama berhajat nak ke Plaza Alam Sentral di Shah Alam untuk meninjau-ninjau di Mr Diy dan Romantika, baru semalam dapta pergi.Jalan selamat pergi sendiri sebab taklah stress dengan kerenah anak-anak.Nak membeli memang ambil masa yang lama.Kebetulan kena cari baju putih untuk Puteri Islam kerana tahun ni menjadi guru penasihat PI,maka kenalah pakai baju seragamnya pada hari Rabu.
Masa cakap dengan suami nak ke PAS untuk beli kain,suami mula bersuara:"kain apa lagi?"Ingat saya nak deko rumahlah tu.
Bila dah sampai di Mr Diy,memang sahlah saya beli juga barang-barang untuk deko.Kali ni,semua barang deko warna hijau.Cadangnya sebelum ni nak membeli-belah untuk kasut dan beg tangan baru tapi bajet dah lari ke barang-barang hiasan rumah pula.Sanggup begitu.Tak apalah,pakailah kasut dan beg tangan yang lama dulu.Dah rosak,barulah beli yang baharu.
Tak pernah lagi ke PAS sendiri.Sebelum pergi,kenalah tau tempat nak parkir kereta dan cara nak membayarnya supaya taklah gabra semacam nak lalui situasi tu.
Tempat pertama yang dituju ialah Mr Diy.Boleh tahan besarnya tempat tu tapi kertas dinding yang ditinjau masih tak banyak.Ada juga dua kertas dinding yang corak cantik sikit.Kertas dinding biasa sja yang ada tapi tak banyak.Nak beli untuk lekat di pintupun tak cukup kerana setiapnya ada satu gulung sahaja.Sejam juga berada dalam kedai ni.Walaupun barang-barangnya murah,habis dalam seratus lebih juga berbelanja.
barang-barang yang dibeli.rak rempah tu tak tahu nak letak apa sebab rak rempah ratus dah ada.beli sebab warna hijau.gaun tu sebagaipengubat hati sebab tak ada nak perempuan.buat hiasan juga tu sbb sayang kain tu nak dibuat lap.penyangkut hijaupun tak tahu tempat nak digantung
Barulah nak ke Romantika.Tangan dah penuh dengan barang,turun bawah dulu simpan barang.Kebetulan parkir bahagian bawah sekali dan dekat dengan tempat pembayaran.Rambang mata apabila masuk ke Romantika.Sekarang sedang diadakan jualan murah untuk semua pembeli.Tak jadi ahlipun boleh dapat harga murah.Di KK Home Deco,harga murah hanya untuk ahli saja.Jadi,untungka kalau ke Romantika.
Di sinipun lebih kurang satu jam juga.Setiap kali nak ambil barang,terfikir pula:berguna ke?tak membazir ke?Maklumlah sebelum ni ada barang-barang yang dibeli masih disimpan baik.Barang hiasan memang tak guna,sekadar hiasan saja tapi praktikalkah hiasan tu?Saya beli apa?Tungguuu.Bila dah deko nanti baru saya tunjuk..
Jam hampir pukul 3 masa saya keluar dari bangunan PAS.Masa ni belum makan lagi.Pagi tadi hanya sarapan roti saja.Kebiasaannya dah kenyang masa ni tapi disebabkan teruja nak membeli-belah,perut pun boleh tahan.

Satu lagi tempat yang nak sangat sampai iaitu di My Diy di Seksyen 19.Tempat tinggal masa di Shah Alam dulu.Bila dah sampai di sini,dah berubah tempat ni.Masa tinggal di S 19 ni dulu,bangunan-bangunan ni selalu saya pergi.Jalan kaki saja sebab tak tahu pandu kereta masa ni,lagipun dekat saja.


Ada 3 ruang niaga di My Diy ni.Satu ruang untuk barang-barang hantaran kahwin seperti reben,bunga dan sebagainya.Kedua dan ketiga seperti sama saja iaitu ruang untuk pertukangan rumah  dan  barang-barang diy.Apabila masuk ke My Diy,tak pula barang-barang yang menarik.Pasu ni saja yang menarik tapi harganya mahal.Bongkah warna-warnipun yang berharga RM 19.90 tu pun tak tergoda kerana semua ruang di rumah dah ada hiasan.Tak nampak tempat dan cara nak deko lagi untuk bongkah tu,jadi tak perlulah nak membazir.Lagipun hanya satu bentuk itu saja yang ada.


Jumaat, 10 Januari 2014

Rak Rempah Terkini

Sebelum ini,tak terfikir langsung untuk memudahkan kerja kerana terbiasa melihat begitu.Tapi bila dah lihat gambar ni,Ya Allah,mengapalah menyusahkan diri?Setelah melihat gambar ni,botol-botol yang diperlukan  semasa memasak diletakkan satu tempat.

alang-alang dah beli rak yang besar,nasib baik muat untuk letak botol..

Sabtu, 4 Januari 2014

Umur Makin Meningkat

Apa istimewanya hari ini?Hari lahir saya berdasarkan surat beranak.Menurut mak,saya dilahirkan pada penghujung tahun 1976, tapi  didaftarkan pada awal tahun 1977.Maknanya,umur saya makin tua berbanding yang tercatat dalam surat kelahiran.Itu kisahnya.Apa-apapun satu perkongsian yang menarik  tentang cara meraikan hari lahir  yang dibaca dalam blog.Saya hanya ambil sebahagiannya saja kerana itulah yang penting untuk peringatan diri sendiri.

sumber:

Khamis, 2 Januari 2014

Hari Pertama Sekolah

Hari pertama persekolahan anak-anak,penat mengalahkan hari pertama saya ke sekolah.Hampir jam 7 pagi,semua dah keluar rumah dengan dua buah kereta.Saya hantar anak yang sulung ke sekolah agama,suami pula hantar anak yang kecil  ke taska dan kemudian ke sekolah.7.40 pagi baru saya sampai di sekolah rendah untuk melihat anak yang kedua masuk Tahun 1.Disebabkan Adib ada masalah pertuturan,maka kami menghantarnya ke kelas khas,di sekolah yang sama.Jika dah melepasi tahap yang dikehendaki,barulah boleh masuk kelas biasa.Pada mulanya,juru terapi percakapannya memang kurang bersetuju Adib ditempatkan di kelas khas kerana dia memang pandai cuma bermasalah untuk bercakap.Buat masa sekarang,biarlah dia menyesuaikan diri dulu di alam persekolahan tu.
Di kelas khas,mereka dibahagikan kepada tahap 1,2,3,dan 4.Di dalam kelas yang menempatkan 8 orang(paling ramai) murid,Adib diam sahaja.Nampak ok saja.Perangainya di rumah dan di sekolah agak berbeza.Alhamdulillah,pandai pula dia kawal diri apabila berada di sekolah.Di rumah,dia memnag tak boleh duduk diam.
Apabila waktu rehat,dia diberi makan kerana semua murid kelas khas disediakan makanan percuma.Hari ni,menunya nasi lemak.Memang dia makan tapi telur tak dimakannya,maka kakak di sebelahnya yang tolong habiskan.Oklah tu,tak membazir.Bab makan,dia cerewet sedikit.Pandai dia letak pinggan dan cawan ditempatnya setelah habis makan.Adib memang makan cepat,nasib baiklah dia tak merayau-rayau apabila dah habis makan kerana orang lain masih makan,dia dah tak ada apa-apa nak buat.Duduk termenunglah dia di bangkunya tu.
Selepas habis rehat,saya pun balik dan masa cepat sangat berlalu,habis makan saya ke sekolah agama lagi untuk ambil Ammar.Urusan van dan taska belum selesai kerana ayahnya yang uruskan.Dah masuk tahun ketiga Ammar bersekolah,tak pernah lagi urusan van dan taska selesai awal tahun.Taska sebelum ni dah ditutup,jadi kena cari taska baharu yang ada kelas mengaji dan membaca untuk Adib.Jika di rumah,Adib langsung tak mahu belajar,jadi alternatifnya mesti cari taska yang boleh mengajar sekali.
Tak sampai 1 jam di rumah,kena keluar lagi untuk ambil Adib.Sangkakan keluar jam 12 tengah hari dapatlah letak kereta di tempat yang dekat.Apabila sampai di sekolah,banyaknya ibu bapa yang dah sampai di sekolah.Parkir yang dekat semua dah penuh.Sementara menunggu Adib balik,sempatlah meninjau-ninjau kelas Ammar,3 Fitrah.Kelasnya terpisah dengan kelas-kelas lain,terpaksalah meninjau-ninjau banyak blok bangunan.Itu yang buat badan sangat kepenatan.
Itu episod hari ini,esok episod saya pula yang masuk ke kelas.















Rabu, 1 Januari 2014

Selamat Kembali Ke Sekolah

Malam ni jadual masuk kamar dah berubah dan kembali seperti biasa.Sepanjang cuti,anak-anak bebas tidur pukul berapa pun tapi apabila esok dah mula bersekolah,mereka pun tahu jam 9.30 malam dah kena masuk bilik.Sepatutnya ibunya pun dah masuk kamar tapi disebabkan masih terbiasa dengan rutin tidur lambat,tambahan pula saya masih menyambung cuti lagi,maka hal ke sekolah ditolak ke tepi.Dua tahun lepas,saya tak berpeluang melihat gelagat anak sulung masuk Tahun 1 kerana baru berpantang.Tahun ni,memang tak boleh nak lepaskan peluang tu.Alang-alang 3 kali mengisi borang cuti,esok mesti raikan hari pertama persekolahan anak yang kedua.Memang teruja Adib nak masuk Tahun 1.Macam manalah gelagatnya esok,tak sabarnya.

Selamat Datang 2014..

Impian tahun ini moga lebih baik daripada tahun lepas.Walaupun cabaran tahun ini tak sama dengan tahun lepas,moga dipermudahkan semuanya...