Memaparkan catatan dengan label Ruang Makan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ruang Makan. Papar semua catatan

Isnin, 29 Jun 2015

Rak Hiasan Dinding

Minggu lepas,rak ni dah sampai.Besar juga tapi ringan.Memang mudah dibawa.Memang tak sabar nak gantungkannya.Sampai di rumah memang terus dioperasikan.Tak sesuai pula salah satu skru yang ada di dinding.Kena gerudi pula satu lubang tapi tak ada masa yang sesuai.Terpaksa sorokkan rak ni di bawah katil dulu sebelum mempunyai masa yang sesuai.Petang semalam baru berkesempatan.Berkesempatan kerana suami take ada di rumah dan jiran sebelah pun tak ada.Memang masa itulah yang ditunggu-tunggu.Leceh nak minta suami buatkan kerana ada-ada saja suaranya.Dalam pukul 6 petang,sekejap saja gerudi satu lubang sebelah kiri tu.
barang-barang hiasan yang sedia ada saja digunakan di rak ni

bila gantung bingkai gambar tu,kelas sekali skru sebelum ini tidak sama tinggi.sebelum ni tak nampak dan perasan pula..


tiba-tiba datang idea.guna semula bingkai lama ni.sesuai pula dan selesai masalah skru tak sama tinggi apabila tali bingkai sebelah kiri tu dipanjangkan.

Sabtu, 6 September 2014

Meja Kecil dah Berkerusi

Apabila ruang dapur dah dipagarkan,perkara pertama yang nak dibuat ialah meletakkan kerusi di meja kecil ni.Bila dah dialihkan, barulah lapang laluan di dapur belakang.Meja ni pelbagai guna, sekarang dah jadi meja ofis suami di rumah  pula.Suami bekerja di bahagian telekomunikasi, di rumahpun masih boleh bekerja asalkan ada internet.

Setakat ni saya hanya mampu mengemas bahagian rak pantri sahaja.Kononnya nak mengemas lagi bahagian laci dan dapur di belakang tapi tak mampu nak buat kerana sibuk pula nak menanda kertas percubaan PT3 dan ujian PISA.Kerja-kerja mengemas terpaksalah ditunda pada cuti sekolah ni.Kerja-kerja rumah tak ada orang nak gesa-gesa dan dibuat betul-betul apabila mata dah jadi serabut melihatnya tapi kerja sekolah ramai pula yang mengejarnya jika lambat siap.

sebelum ni kerusi ni digunakan untuk meletakkan bakul pakaian kotor di dapur belakang.memandangkan penggunaan kerusi ni menyempitkan laluan,memang kena alihkan.Sebelum ni juga saya gunakan kerusi bulat.Apabila nak guna meja,kerusi bulat tu diangkut,kemudian diletak semula di dapur belakang apabila selesai.Rimasnya macam tu tapi terpaksa juga. Memang tak boleh biarkan kerusi ada di situ kerana Akmal akan memanjatnya dan mengemas kabinet atas pula.

suami yang pasang pengunci ni.tiba-tiba teringat yang dia dah beli banyak pengunci tapi tak digunakan pun..sekarang baru dikeluarkan daripada stor ...saya sendiripun tak pandai buka kunci ni pada mulanya.Akmal dan Adib apa lagi,memang mereka tak pandai nak buka pun..nak pasang kunci di pagarpun kena fikir sendiri,memang tak boleh nak harapkan orang yang buat pagar ni untuk selesaikan masalah kita...punat bulat tu kena tarik dulu baru boleh tolak ke kiri untuk menyelak

Selasa, 1 Oktober 2013

Ruang Makan Terkini

Hari Jumaat terbeli dua bingkai gambar batik yang bercorak ikan ni kerana niat nak hias ala tradisional di ruang makan.Pagi-pagi Sabtu,sebelum ke sekolah kerana ada Mesyuatar Guru,sempatlah saya kemas rumah,basuh baju dan hias sikit ruang makan ni.Paku dah ada,cuma gantikan barang-barang hiasan saja.Bangun saja si Akmal,antik...antik,katanya.Cantik maksudnya.Perasan pula ruang makan dah berubah dan pandai pula dia ambil hati umminya.
RM 60 sekeping..tapi disebabkan duit tak cukup RM 120,minta harga RM 100...alhamdulillah dapat





@@@Berkenan dengan saji mengkuang apabila tengok cantik saja tudung saji tu dihias di rumah Sapok Biki(tengok dalam rancangan tv.)Dapatlah pujuk suami pergi ke Pusat Kraf tahun lepas, tapi disebabkan dinding di rumah sudah penuh dengan pelbagai hiasan,agak lama juga tudung saji tu disimpan.

Ahad, 3 April 2011

Jamu Mata di KK Home deko



Jualan murah untuk ahlinya di Kk Home Deko membawa saya ke Sacc Mall di Shah Alam untuk membeli para-para kecil semata-mata nak merialisasikan ruang makan yang belum sempurna.Ramainya orang memang tak terkata.Hajatnya nak meletakkan pasu kecil di atas para tersebut. Sekecil-kecil para tersebut pun harganya boleh tahan, RM 45.90 setiap satu. Kecewanya apabila para yang dikehendaki telah kehabisan. Yang ada cuma dua,itupun dah rosak sedikit penyangkutnya. Nak tak nak terpaksalah jua membelinya kerana alang-alang sudah sampai. Jika nak tunggu hari lain, rasanya belum pasti lagi bila.Banyak rak sangkut yang ada, cuma ruangan dalam rumah sudah penuh dengan barang perhiasan.Ada juga saya mengintai rak sangkut yang berbentuk rumah, memang ada tapi besar sangat. warna putih pula tu.Kalau kecil molek,mahu dirembatnya juga. Ada juga rak sangkut yang berbentuk moden(berpetak) tapi besar sangatlah pula.Berkenan juga dengan rak seperti itu, tapi buat masa sekarang tiada idea lagi untuk meletakkan rak tersebut.

Tahun lepas, saya berkesempatan berkunjung ke rumah rakan yang telah berpindah sekolah sempena sambutan hari raya yang lepas.Walaupun rumahnya jauh nun Bandar Tasik Puteri, namun seorang daripada rakan saya memang seronok ke rumahnya kerana rumahnya lain daripada lain. Nak tahu juga, apa yang lain daripada lain tu kerana saya baru sahaja mengenalinya. Belumpun kenal lama, dia dah berpindah sekolah. Perasaan nak tahu itulah yang meyebabkan saya pun teruja nak ke rumahnya. Masuk sahaja ke rumahnya, Ya Allah,setiap ceruk dinding ada-ada saja hiasan yang digantung.Memang boleh mencuci matalah bila berada di rumahnya yang berkonsepkan Inggeris tu.Masa itulah saya pun terfikir juga nak menjadikan ruang di rumah saya sebagai galeri untuk mencuci mata. Disebabkan konsep rumah saya lebih terarah ke arah mix and match,maka banyaklah barang perhiasan yang ada di rumah.Mula-mula suami bersuara juga apabila dinding kerap diketuk untuk menggantungkan barang perhiasan, tapi saya buat pekakkan telinga sahaja.Sekarang, dia sudah tidak mampu berkata apa-apa kerana kini kebanyakan sudut dinding sudah penuh dengan barang perhiasan.Semasa nak ke Sacc Mall Ahad lalu pun dia tak bertanya apa nak dibuat dengan rak kecil tu.Minggu ini agak sibuk kerana minggu depan pertandingan pantun sudah bermula.Sesi latihan perlu diperbanyak.Bila dah petang baru balik dari sekolah, tak sempatlah saya nak mengetuk dinding.