Apabila ruang dapur dah dipagarkan,perkara pertama yang nak dibuat ialah meletakkan kerusi di meja kecil ni.Bila dah dialihkan, barulah lapang laluan di dapur belakang.Meja ni pelbagai guna, sekarang dah jadi meja ofis suami di rumah pula.Suami bekerja di bahagian telekomunikasi, di rumahpun masih boleh bekerja asalkan ada internet.
Setakat ni saya hanya mampu mengemas bahagian rak pantri sahaja.Kononnya nak mengemas lagi bahagian laci dan dapur di belakang tapi tak mampu nak buat kerana sibuk pula nak menanda kertas percubaan PT3 dan ujian PISA.Kerja-kerja mengemas terpaksalah ditunda pada cuti sekolah ni.Kerja-kerja rumah tak ada orang nak gesa-gesa dan dibuat betul-betul apabila mata dah jadi serabut melihatnya tapi kerja sekolah ramai pula yang mengejarnya jika lambat siap.
 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan