Memaparkan catatan dengan label Ruang Dapur. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ruang Dapur. Papar semua catatan

Khamis, 14 September 2017

Pakai Apron di Dapur?

Saya suka beli apron tapi sekali-sekala saja memakainya semasa memasak.Terbiasa macam tu walaupun kemudian lencun baju jadinya.Gambar ni saja-saja ambil,sesekali nak berposing masa di dapur dengan apron๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„.
Dah nak masuk dalam gambar,kenalah bertudung dan berlengan panjang..

Apron kalis air ni..semestinya hijau

Misi Mencari Rak Rempah

Rak besi hitam ni dah mula berkarat setelah 2 tahun digunakan.Punca berkarat disebabkan sentiasa kena tempias air apabila hujan,maklumlah jeriji tu merupakan sempadan bumbung yang sedia ada dengan yang baharu dipasang.Disebabkan tiada ruang untuk meletakkan rak,makanya memang kena sangkut saja. Sebelum ni rak berkarat juga.Makanya,digantikan dengan yang ini.Dalam masa yang sama berkenan pula dengan bekas yang comel tapi agak lebar juga berbanding sekarang ni.Dalam dilema:
1.nak cari rak macam mana pula kali ni.rak plastik,adakah yang boleh digantung?
2.bekas rempah tu patut ditukar atau tak?jika tukar,bekas-bekas yang ada ni dibuat apa pula?membazirlah pula..hish..
Apa-apapun misi mencari rak plastik dulu..



Sabtu, 19 Ogos 2017

Cara Gantung Periuk

Dulu gantung semua periuk dan perkakasan dapur macam ni juga.Kemudian cuba pula kurangkan barang yang digantung terutamanya periuk belanga.Tak lama kemudian,biarlah bergantung macam tu sebab memang dah dapur.Senang dicapai,lagipun tu di dapur basah.Tak larat dah nak susun elok-elok bawah singki sebab tempat sangat terhad.Perkakas dapur pula makin bertambah..
Suami yang pasangkan besi tu.
Saya guna penyangkut s untuk
gantungkan perkakas tu..
Lama-lama besi tu berhabuk juga 
dan perlu dilap sekali-sekala.

Sabtu, 12 Ogos 2017

Semangat Merdeka

Memang beli kain pasang ni untuk dipakai semasa sambutan kemerdekaan di sekolah.Tiap-tiap tahun,saya bersemangat nak pakai baju mengikut warna bendera,setakat ni memang 4 warna.Saja bersemangat kerana ada peluang untuk jalan-jalan dan membeli-belah.


Peti ais ni sampai masa buat makan2 tempih hari.memang tak ada tempat dah nak letak,itu sajalah ruang yang ada.sabar jelah..di bahagian dapur belakang dah ada almari dapur,kalau boleh buang dan ganti dengan almari yang tak makan ruang,ok sikit rasanya..


Sabtu, 13 Ogos 2016

Dapur...Dulu & Sekarang

Sekarang...banyak gajet di atas meja kaunter


Dulu..lapang sikit




Ahad, 27 Disember 2015

Karpet di Dapur

Bermula dengan pertanyaan daripada rakan deko yang hendak meletakkan karpet di dapur dan gambar-gambar yang dipos,saya juga terpengaruh.Mana tidaknya,sebelum ini saya menggunakan karpet kain tu.Walaupun dah ada biji-biji di belakangnya namun tetap berganjak dari lantai dan selalu kena betulkan.Agak rimas juga begitu.
Mulalah saya mencari.Menurut maklumat daripada rakan-rakan deko,karpet ni ada jual di pasar raya Sakan dengan harga yang agak murah.Jauhlah pula nak ke Kuala selangor.Masa ke sana hujung minggu lepas tak sempatlah pula nak singgah sebab dah lewat petang.Malamnya ke rumah adik ipar.Barulah teringat di kawasan perumahan ada kedai jual karpet.Ada juga jumpa di satu kedai tu tapi karpetnya agak tebal.sayang juga nak letak di dapur.Berat juga.Kononnya nak cari dulu.Kalau dah tak jumpa sangat,memang terpaksalah pergi semula ke kedai tu.
Sebenarnya memang tak puas hati kalau tak mencari banyak tempat.Nasib baik jumpa juga di kedai karpet di Sungai Buloh.Kedainya tepi jalan sahaja.Dua kedai yang ada di ditepi jalan tu hanya seorang tuan sahaja.Yang besar berharga RM 35 dan yang kecil tu RM 10 setiap satu.Dah minta dikurangkan lagi tapi tidak dapat harga yang lebih murah.Reda sajalah sebab nak sangat.Bila diletakkan di dapur basah,tak cukuplah pula untuk dapur kering. 






Selasa, 8 Disember 2015

Kemaskan Sudip dan Senduk

Inilah susun atur di rumah saya.Pada awal tahun lepas,saya cuba minimumkan peralatan yang digantung tapi perkakas yang digantung itulah penyeri untuk dapur.Baru nampak jiwa dapur.Makanya,perkakas dapur dibiarkan bergantungan.Lagipun,tiada tempat juga nak menyimpannya bila kerap membeli peralatan baru.

Jika lihat gambar ni dan bandingkan dengan susun atur di rumah,alahai serabutnya hingga nak ambil barang pun susah sebab bertindan.Tak pernah pula nampak penyangkut seperti ini bertahan lama.Hampur setahun dah dia guna penyangkut yang dibeli di Lazada ni.Kebiasaan penyangkut seumpama ini yang saya beli memang tak tahan langsung.Nak lekat di dinding pun tak berapa nak sudi,inikan pula nak menanggung beban.Krefit untuk sumber fb.

Pada mulanya nak gunakan penyangkut yang ada skru tu tapi kena gerudi dinding pula.Sebagai alternatif lain,saya gunakan ni tapi tak boleh untuk barang yang berat.

Yang ini pun tahan tapi dah tak jumpa penyangkut besi seperti daun tu di kedai RM 2.Yang ini hanya buka plastik di bahagian bawahnya dan akan melekat elok di dinding.Tak pernah jatuh pun sejak saya gunakan ni.

Untuk sudip dan senduk yang berat boleh digantung di sini.Tiga penjuru jadinya tempat gantung peralatan sudip ni bila ruang yang ada digunakan sepenuhnya.

Ini hasilnya.Harap-harap mood nak mengemas ni sentiasa ada.Kebiasaannya sukar nak bertahan lama kerana mood sentiasa ada pasang dan surutnya macam air juga.



Khamis, 26 November 2015

Doa Masuk ke Dapur

Saja nak menambah koleksi hiasan di dapur.Kali ni buat syok sendiri dengan meletak gambar dapur sendiri.



Ahad, 11 Oktober 2015

Meja Yang Berjasa


Meja ni memang banyak sumbangannya kepada kami.Saya menjahit,makan nasi,anak buat kerja sekolah,suami 'buka ofis' pun di sini.Saya menanda kertas peperiksaan pun di sini juga kerana senang nak memantau anak-anak yang bermain di ruang menonton.Malah,barang-barang dapur yang baru dibeli pun diletakkan di sini dulu sebelum disimpan.
Tak sia-sia saya berkeras nak kabinet dapur seperti ini.Pada mulanya suami cadangkan cari kabinet yang biasa-biasa saja.Ada satu kedai kabinet dapur yang jual kabinet secara asing.Setiap kabinet ada harganya,kita hanya cantumkan saja mengikut reka bentuk yang dikehendaki saja.Harganya murah sikit tapi saya tak suka kerana tidak ada meja kecil dan ruang pameran seperti yang saya inginkan.Lagipun dah penat fikir,tiba-tiba ambil yang lain.
Sekarang masih dalam proses menghabiskan penandaan Sejarah K3.Minggu depan PT3 sudah bermula.Makanya,akan bertambah pula penandaan BM PT3.Kemudian,Sejarah K2 pula menyusul sebelum cuti sekolah.Rutin menanda kertas peperiksaan bersambung-sambung sejak dari Julai lagi yang dimulakan dengan PT3 Sejarah hingga sekarang belum habis-habis sedangkan pada masa yang sama rutin-rutin biasa :masuk kelas,menanda latihan pelajar,buat kerja-kerja atas talian pun perlu dilakukan juga.Menanda kertas di meja ni taklah stres sangat kerana pemandangan jadi luas bila duduk di sini.

Jumaat, 6 Mac 2015

2 Mart di Seksyen 8 Kota Damansara

Dah lama saya mencari kedai RM2 di Kota Damansara ni.Selama ni hanya tahu di Seksyen 8 ada tapi tak tau tempatnya.Alhamdulillah,hari ni jumpa juga.Semuanya secara kebetulan.Lepas waktu sekolah,saya ke Pejabat Pendaftaran Negara Cawangan Kota Damansara untuk menukar kad pengenalan baharu.Setelah selesai urusannya,jam baru 3.20 petang.Masih awal lagi dan bolehlah jalan-jalan dulu di sekitar kawasan tu.Bila keluar dari pejabat pendaftaran tu barulah saya perasan bahawasanya tempat tu ialah Seksyen 8.Masa pergi ke sana,saya hanya menggunakan wave saja kerana tak tahu nak tuju tapi tak pula lihat alamat penuhnya.
Bila lihat bola tergantung dari seberang jalan,terasa tempat itulah kedai RM2.Alhamdulillah,ditulis 2 Mart,memang kedai RM 2 lah tu.Rupa-rupanya berdekatan dengan Pejabat Pendaftaran Negara Cawangan Kota Damansara.
Bila masuk,nampak ada mangkuk hijau,dua warna pula tu.Tak pasti nak pilih yang dah dibeli atau nak samakan warna kole yang ada.Tapi akhirnya pilih yang sama warna kole.





Kalau rajin nak deko jam,bolehlah beli sudu plastik ni tapi sekarang ni tak berapa nak rajin lagi...


bila disusun,kelihatannya mangkuk yang baru dibeli tu agak besar dan sesuai untuk panaskan Maggi.




Nota kaki:Nak cari kedai RM 2 di Subang Perdana pula...entah bilalah nak sampai sana...

Sabtu, 28 Februari 2015

Deko Doa Cuci Beras

Petang semalam saya singgah di Kedai RM 2 di kawasan perumahan untuk beli biskut untuk anak-anak kerana di situ biasanya biskut hanya berharga RM 2 berbanding di kedai lain yang lebih mahal daripada tu.Bila dah masuk,memang cuci mata sekali.Intai-intai mangkuk hijau yang dalam tapi tak ada.Intailah pula bahagian bingkai gambar.Nampak bingkai gambar warna hijau yang kecil.Elok sangatlah tu.
Dah lama projek ni terbengkalai kerana tak jumpa bingkai gambar yang sesuai hingga gambar yang disimpan dalam telefon dah tak tahu tempatnya.Maka bermulalah projek ni.Gambarnya memang tak pandai nak edit.Guna warna asal saja dan dicetak mengikut kesesuaian bingkai gambar.


terpaksa potong gambar bahagian atas kerana tak muat...

Harapan untuk gantung penggantung cawan hijau masih ada di antara dua bingkai tu

Selasa, 24 Februari 2015

Kemas Lagi Dapur Hijau

Tak sabar nak menukar alas renda ni sebenarnya.Lagipun,kalau ditangguh-tangguh memang akan lupa tempat letaknya.Daripada lupa,lebih baik tukar cepat-cepat.Tengah malam Sabtu hari tu baru berkesempatan kemas-kemas hingga siap.Masa ni,si Akmal dah tidur baru boleh buat kerja.Jika tak,dia pun nak mengemas juga.
Beberapa hari sebelum tu,alas renda tu dah ditukar kerana sekejap saja untuk menukarkannya,cuma masih mencari idea untuk nampakkan hijau.Inilah hasilnya.Jika nak tukar semua perkakas yang nampak di mata hanya berwarna hijau,agak ambil masa juga.Buat masa ni,inilah yang termampu.
Dua bekas bertutup tu untuk simpan ubat.Banyak sangat ubat hingga dua bekas.Malas nak buang ubat yang lama;nanti suami bising.Bekas yang atas bertutup di atas tu untuk simpan sudu.Sebelum ni simpan dalam kabinet tapi disebabkan nak menonjolkan elemen hijau dan bukan hiasan semata-mata,bekas bertutup tu digunakan.
Hajatnya nak letak alas tu seperti yang di tengah-tengah tapi kain tak cukup.Alas tu pun kecil sikit berbanding yang sebelum ni.Kena alas dua lapis untuk bahagian tengah tu.


Buat masa ni,pinggan yang tak digunakan ni dipamer saja di sini.

Sesak sikit bahagian cawan-cawan tu.Kalau dapat gantung cawan-cawan  di ruang atas paip tu barulah nampak lengang sikit.Bilalah nak buat ni...

Dah alihkan kole yang bercorak supaya nampak hijau sekata di ruang ni... 







Selasa, 17 Februari 2015

Bekas dan Berus Cuci Pinggan

berus yang dah lama digunakan untuk cuci singki manakala yang kuning tu untuk pinggan...

Sekarang ni bekas pencuci pinggan yang mempunyai dua lubang lebih memudahkan kerana berus untuk cuci singki dan pinggan boleh diasingkan.Saya tak suka menggunakan berus yang sama untuk cuci singki kerana  singki lebih kotor berbanding pinggan.Tak tergamak sebenarnya nak guna berus mencuci pinggan untuk menyental singki.
inilah berus yang saya guna.benda ni keras sikit tapi yang belum digunakan.biasanya warna hijau saja.saya tak suka guna span kerana terasa berlendir bila basah..

Nota kaki:entah betul atau tidak istilah berus tu tapi itulah yang mudahnya...

Selasa, 27 Januari 2015

Lain Yang Dicari,Lain Yang Pula Yang Dapat...

Aktiviti selepas balik sekolah semalam
agak  menyeronokkan walaupun hanya menerjah kedai menjual peralatan rumah saja.Semuanya gara-gara kerja menghias kelas yang belum selesai lagi.Memandangkan semalam saya berada di kelas sendiri masa terakhir dan pelajar sesi petang pula mengikuti perhimpunan rasmi di dewan,makanya saya meminta beberapa orang pelajar untuk menyiapkan papan kenyataan kelas.Dapatlah mengemas kain yang dipasang di papan kenyataan dan memasang 'border' untuk pembahagi mata pelajaran.
Memandangkan kain jc yang saya beli untuk dipasang di papang kenyataan kelas,keadaan kain menjadi memeri apabila ditarik dan menyebabkan kain tidak tegang dan berlipat.Nak dibuka dan dipasang semula,bimbang pula situasi akan menjadi lebih teruk.Maka,terdapatlah bahagian yang tidak sedap dipandang mata.Pertama kali beli kain jc ni dan rasanya sudah serik kerana agak sukar nak melekatkannya di dinding.
Pelajar cadangkan supaya menampal pelekat bunga.Sebab itulah yang cuba mencari bunga tu di kedai yang berhampiran perumahan.Masa ke Diy tempoh hari,tak terfikir pula nak membeli pelekat bunga ni.Nasib tak menyebelahi,tak adalah pula pelekat bunga tu sedangkan sebelum ni banyak sangat di kedai tu.
Terpaksalah saya menapak ke kedai lain dan terjumpalah kain renda hijau ni.Satu-satunya saja yang ada dengan harga RM 3.90.Ukurannya lebih kurang sama juga seperti yang ada di Kedai RM 2.Dah elok sangatlah ni,tak perlu beli di Jakel yang agak mahal tu.
Dah jumpa kain renda,jadi makin semangat nak menambah kole hijau yang pernah dibeli sebelum ini di kedai sebelahnya.Makanya,kedua-dua bahagian tempat gantung cawan dah penuh dengan kole hijau.
Tak dapat nak selesaikan masalah untuk menghias kelas pun tak mengapalah,sekurang-kurangnya bahagian untuk deko rumah yang menjadi terapi diri dapat dilaksanakan.

Kole tak cukup satu,tumpang kole yang dibeli di Daiso dulu..
Jika dapat seragamkan warna hijau untuk cawan-cawan yang lain tu akan nampak lebih menarik

Antara dua kole hijau yang dibeli di Daiso ni pun memang dalam kepala untuk dijadikan koleksi tapi bila dah jumpa yang lebih murah,memang perlu berjimatlah

yang ni antara yang disukai tapi ada Bone China pula..

Nota kaki:Banyak kole yang disimpan kerana ada tulisan 'Bone China'.Terfikir juga,bolehkah disimpan tu?