Selasa, 24 Februari 2015

Kemas Lagi Dapur Hijau

Tak sabar nak menukar alas renda ni sebenarnya.Lagipun,kalau ditangguh-tangguh memang akan lupa tempat letaknya.Daripada lupa,lebih baik tukar cepat-cepat.Tengah malam Sabtu hari tu baru berkesempatan kemas-kemas hingga siap.Masa ni,si Akmal dah tidur baru boleh buat kerja.Jika tak,dia pun nak mengemas juga.
Beberapa hari sebelum tu,alas renda tu dah ditukar kerana sekejap saja untuk menukarkannya,cuma masih mencari idea untuk nampakkan hijau.Inilah hasilnya.Jika nak tukar semua perkakas yang nampak di mata hanya berwarna hijau,agak ambil masa juga.Buat masa ni,inilah yang termampu.
Dua bekas bertutup tu untuk simpan ubat.Banyak sangat ubat hingga dua bekas.Malas nak buang ubat yang lama;nanti suami bising.Bekas yang atas bertutup di atas tu untuk simpan sudu.Sebelum ni simpan dalam kabinet tapi disebabkan nak menonjolkan elemen hijau dan bukan hiasan semata-mata,bekas bertutup tu digunakan.
Hajatnya nak letak alas tu seperti yang di tengah-tengah tapi kain tak cukup.Alas tu pun kecil sikit berbanding yang sebelum ni.Kena alas dua lapis untuk bahagian tengah tu.


Buat masa ni,pinggan yang tak digunakan ni dipamer saja di sini.

Sesak sikit bahagian cawan-cawan tu.Kalau dapat gantung cawan-cawan  di ruang atas paip tu barulah nampak lengang sikit.Bilalah nak buat ni...

Dah alihkan kole yang bercorak supaya nampak hijau sekata di ruang ni... 







2 ulasan:

  1. Bersinar dapur ni dgn kaler hijau..
    Kaki3 yg buat letak pinggang pamer tu, beli kat ne ek? Sy ada beli kt happy home, nk letak jam,frame pun xleh, xstabil. Salah beli kot..

    Gambar last skali tu, dapur ye? Guna dapur elektrik eh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kaki-kaki tu beli di the store yang tak bersambung antara kedua-dua kakinya.ada juga yang bersambung,ok saja stabilnya.ye,dapur elektrik tapi dah rosak...sebab tu tampal wallpaper...

      Padam