Masa nampak rak penyangkut baju ni,memang tak fikir panjang,terus ambil dua.Nak baca pun memang tak faham.Bila sampai rumah,cubalah susun penyangkut baju tu,tapi tak muatlah pula.Rupa-rupanya rak ni untuk penyangkut baju yang besar sedangkan penyangkut baju di rumah hanya bersaiz sederhana saja.Semua penyangkut baju yang ada tak muat.Alahai,ralatnya.RM 10 terbang kerana saya beli dua,satu untuk penyangkut baju saya dan suami serta satu lagi untuk baju anak-anak.Takkan tak digunakan,sayanglah kalau simpan saja.Mulalah saya cuba juga untuk susun penyangkut baju di rak tu kerana tak tak mahu membazir.
depan plastik..
sepatutnya penyangkut baju disusun begini
Terpaksa buat inovasi,jika tidak, memang akan simpan saja.Beginilah jadinya.Yang penting, dapat digunakan.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan