Sabtu, 14 Februari 2015

Jadi Blogger Suka-suka Saja

Dah lama gambar ni dalam draf tapi tak tertulis pula ceritanya.Masa mengisi permohonan ke U memang minta kursus penulisan tapi pilihan pertama isi kursus guru untuk memenuhi permintaan arwah ayah.Masa ditawarkan ke USM,saya dapat kursus pendidikan.
Terfikir juga untuk menukar kursus tapi bila mengingat semula kata-kata pensyarah,"awak nak jadi wartawan?"... rasa-rasanya tak perlulah berbuat begitu.
Semasa sesi tutorial,pensyarah pendidikan ada bertanya, "ada atau tidak pelajar yang di dalam kelasnya tu tidak berminat menjadi guru."
Makanya,saya dengan jujur hati mengangkat tangan berserta beberapa pelajar yang lain.Pensyarah pun bertanya lagi sebabnya dan jawapan saya,saya nak menjadi wartawan.Jawapan pensyarah tu pun agak jujur kerana kerana masa tu saya masih nampak kekampungan tulen dan berbaju kurung.Secara luaran,memang tak sesuai dengan tugas wartawan yang perlu aktif,agresif dan lasak.
Makanya,saya hanya simpan minat menulis tu.Ada masa,saya akan menulis tapi simpan sendiri saja.Ada juga hantar tapi tak pula diterbitkan.Alang-alang dah mengambil subjek kesusasteraan,saya cuba untuk menulis novel.Memang sukar sebenarnya.Tak semestinya orang yang mempelajari sastera boleh menghasilkan novel.Novel yang cuba disiapkan tu belum 100% siap lagi sebenarnya.Dah lama tinggal,saya dah lupa jalan ceritanya.Nak menyudahkannya,kena baca semula dan agak ambil masa.
Apabila dah mendiami rumah sendiri,minat beralih untuk mendeko rumah pula.Minat ini memang menjadi kerana saya sendiri puas hati melihat hasilnya.
Blog yang ada ni pun sebenarnya sisa-sisa daripada minat menulis yang belum padam.

tak kenal pun penulis ni ...



Blog saya ni tak popular sangat pun tak mengapa tapi sekurang-kurangnya ada juga yang mengambil manfaat daripadanya

Nota kaki:Suka dengan dua minat ni yang sudah menjadi hobi sekarang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan