Rabu, 29 Februari 2012

Kembali ke Dapur

Salam penghujung bulan Februari yang hadir empat tahun sekali.Sudah masanya saya kembali ke dapur meneruskan rutin2 di dapur setelah agak lama berehat,iaitu hampir dua bulan.Agak lama juga suami mengambil alih kerja-kerja memasak di dapur.Itulah tolak ansur dalam perkahwinan.Terima kasih..
Tiada lagi masa untuk berinternet masa waktu puncak bagi melakukan kerja-kerja memasak tetapi saya kian rancak membuat catatan.Maklumlah sedang tak ada kerja nak dibuat walhal habuk di cermin,pinggan hiasan,almari dan kerusi menunggu masa untuk dibuang.Jadual sudah berubah kerana banyak kerja rumah yang sedang menunggu tetapi selalu ditangguh-tangguhkan.

Selasa, 28 Februari 2012

Berakhirnya Drama TBM

Catatan ini sebenarnya untuk peringatan diri sendiri kerana selalu lupa kesudahan cerita walaupun dah berkali-kali tengok ceritanya.Hari Jumaat yang lalu berakhirnya drama TBM.Macam tu ker?Pinjam dialog ini yang dituturkan oleh jurujual setelah saya tidak mahu membeli barang yang dipromosikan.Berbuih-buih dia bercerita,akhirnya saya tidak mahu membeli juga.Kecewalah dia.

Macamlah saya juga,hampir 10 episod saya berjaya jam 4 pagi untuk melihat kesudahan cerita ni,tiba-tiba akhirnya tidak seperti yang dijangkakan.Minat menguasai segalanya.Sebab itulah saya bangun jam 4 pagi menonton drama tersebut.Saya juga pernah bangun jam 3 pagi untuk melihat kesudahan cerita Korea pada tahun 2007 dulu.Masa tu baru habis berpantang.Sebenarnya saya sudah biasa bangun jam 4 pagi untuk membuat persiapan ke tempat kerja,jadi taklah janggal sangat.

Berbalik kepada drama TBM,persoalan-persoalan yang muncul dalam fikiran:
@apa kesudahan dengan Cindy atas kejahatannya yang menyeleweng wang syarikat,cubaan membunuh Amira dan bermacam-macam lagi.bagaimana dia boleh ditangkap
@@@dia terlepas begitu sahaja selepas berjaya menyeleweng duit syarikat lagi sebanyak RM 500 ribu.dengan duit sebanyak itu,dia telah melarikan diri ke London
@apa kesudahan cinta Amira dengan Razlan
@@@cinta mereka tidak kesampaian malah Amira telah dimarahi oleh Pn. Badariah(ibu Razlan) kerana sukar menerima cinta Razlan hingga bertahun-tahun Razlan menunggu.akhirnya Razlan kecewa dan tidak mengharapkan cinta daripada Amira lagi.maka, amanat Bogatt(Razlan mengahwini Amira) tidak kesampaian

Sebenarnya,banyak kelainan dalam drama ini berbanding dengan novel.Tak puas hati pula bila drama lain,novel lain.

Isnin, 27 Februari 2012

Cintamu Senipis Kulit Bawang


Cerpen kedua tulisan saya.Cerpen ini sebenarnya kisah benar yang berlaku semasa saya mengajar di pedalaman Sabah.Semasa saya mula-mula kahwin,rakan-rakan tidak berani nak menceritakan kisah ini memandangkan suami saya juga tinggal di Semenanjung sedangkan saya pula di Sabah.Apabila saya mendapat surat pertukaran ke Selangor,barulah ada rakan yang berani buka mulut dan menceritakan hal ini.Penamat cerita ini hanyalah rekaan mengikut pandangan saya saja sebagai wanita kerana saya tidak tahu cerita selanjutnya.Setahun kemudian,barulah cerpen ini disiarkan.Itupun rezeki saya kerana melanggan Majalah Keluarga,jika tidak melanggan majalah tersebut mungkin saya tidak tahu.Dilarang menyalin cerpen ini kerana ini hanya ialah karya kreatif saya yang perlu saya pertahankan.


Selepas loceng kedengaran menandakan tamat masa keempat, Aiza cepat-cepat berlalu meninggalkan kelas 4 Hamka. Tekaknya terasa semacam. Cuba ditahannya supaya tidak memuntahkan sesuatu.
Dia mempercepat langkah menuju ke bilik guru.
“Kenapa pucat sangat kau hari ni?” Tegur Kak Noraini yang berada di mejanya berhadapan dengan meja Aiza.
“Tak taulah. Tekak ni semacam je.” Jawab Aiza sambil menarik kerusinya. Kemudian laci meja ditarik dan mengeluarkan satu plastik yang berisi asam.
“Nak?” soal Aiza kepada Kak Noraini sambil menghulurkan plastik tersebut.
“Tak apalah. Akak rasa Aiza mengandung ni,” teka Kak Noraini guru siswazah dari USM yang serumah dengannya itu.
“Tak tahulah…tapi bulan ni dah lambat dah…”
“Tak nak ke kantin?” soal Kak Noraini lagi sambil bangun dan menolak kerusinya ke bawah meja.
“Tak apalah, lepas ni ada kelas.” Asam yang berada di tangannya ligat sahaja menjadi sarapannya.
“Nak kirim?”
“Tak apalah kak. Tak ada seleralah nak makan. Lagipun di kantin tu tak banyak pilihan makanan.”
“Tak elok biarkan perut tu masuk angin. Makan asam tu bukannya boleh kenyang.”
“Lepas kelas nanti Za pergilah kantin. Tengok ada lagi tak bihun sup.”
“Akak bungkus jelah untuk Za.”
“Macam mana nak makan bihun sup tu, Za bukannya ada mangkuk.”
“Akak ada kat dalam laci tu. Tak ada masalahlah kalau setakat nak makan bihun sup tu.”
“Kalau begitu, bolehlah. Terima kasih ye kak.”
Aiza menumpang kereta Kak Noraini balik dari sekolah. Kak Noraini yang sudah tiga tahun mengajar di sekolah itu memang pemurah dan peramah orangnya. Aiza memang menyenangi sikap Kak Noraini. Selepas balik dari sekolah, mereka singgah ke kedai makan Faizah satu-satunya restoran milik orang Pantai Timur yang dapat memenuhi seleranya sebagai orang Pantai Timur terlebih dahulu untuk membeli makanan tengah hari. Kadang kala sahaja mereka masak di rumah. Sambal mempelam dan masak asam pedas ikan pari memang memenuhi selera Aiza yang sejak dari pagi lagi terasa loya.
Aiza cepat-cepat berlari ke tandas semasa sedang menghadap makan tengah harinya. Kak Noraini yang tua dua tahun daripadanya itu memandang dengan tanda tanya.
“Muntah lagi?” soal Kak Noraini sekembalinya Aiza dari tandas.
Aiza menganggukkan kepala.
“Kita pergi hospitallah lepas ni.” Cadang Kak Noraini.
Sekembalinya dari hospital, Aiza menyandar di atas kerusi. Fikirannya melayang.
“Apa yang difikirkan tu Za?” pertanyaan itu melenyapkan lamunannya. Serta merta dia bingkas bangun dan membetulkan letak duduknya.
“Dah beritahu suami?” soal Kak Noraini lagi sambil melabuhkan punggung di sofa bersebelahannya. Remote televisyen ditekan.
“Belum lagi. Nak buat supriselah, beritahu bila balik cuti sekolah bulan lapan nantilah…” jawab Aiza selamba.
“Akak nampak Aiza macam risau je ni, kenapa? “soal Kak Noraini. Aiza yang menyandar di sofa bersebelahannya itu direnung.
“Macam tak bersedia lagi nak jadi ibu, kak,” ucap Aiza perlahan.
“Jangan kata macam tu. Dah rezeki, kan,” nasihat Kak Noraini. Aiza diam.
Bukan itu sebenarnya yang bersarang di hatinya, tetapi ada pekara lain yang menyebabkan hatinya dirundung kerisauan. Manakan mungkin dia bercerita perihal rumah tangganya kepada teman serumahnya yang belum berkahwin itu. Bukan sahaja membuka pekung di dada tetapi akan mengguris perasaan teman serumahnya itu.
Masa berlalu begitu cepat. Cuti persekolahan bagi pertengahan penggal kedua telah berlalu. Seminggu Aiza di Terengganu. Esok dia akan mula bertugas. Pagi itu dia berlepas ke Sabah dan telah tiba di daerah tempatnya bertugas selepas asar. Kak Noraini yang tidak balik bercuti menyambut kepulangannya dengan gembira. Selepas solat asar, dia terlena sehingga lewat menunaikan solat maghrib setelah penat seharian dalam perjalanan.
“Kenapa termenung tu? Teringat kat suami ke?” pertanyaan Kak Noraini segera mematikan lamunan Aiza. Aiza tersenyum kelat apabila nama suami disebut Kak Noraini.
“Ehh akak. Terkejut Aiza,” ucap Aiza perlahan. Dia tersenyum sipu kerana telah tertangkap oleh Kak Noraini. Aiza sedar, sejak dia kahwin, dia sering termenung dan mengelamun.
“Sedang mengelamun, macam mana tak terkejut.” Sinis Kak Noraini bersahaja.
“Akak ada berita nak beritahu Aiza. Nak dengar tak?” soal Kak Noraini sambil melabuhkan punggung di sisi Aiza di sofa panjang.
“Apa dia?’ Soal Aiza dengan tanda tanya sambil merenung tajam ke arah teman serumahnya itu.
“Kamal melamar akak tiga hari lepas.”
“Ye ke? Tahniahlah. Bila pulak nak makan nasi minyak? Patutlah akak nampak berseri je sekarang ni. Orang tengah dilamun cinta.” Segera terbayang di fikiran Aiza, guru yang agak berusia berbandingnya yang sama-sama mendaftar diri mengajar di daerah ini awal tahun lalu. Guru itu belum berpunya rupa-rupanya.
“Hujung tahun ni. Lama lagilah akak kat Sabah ni,” ucap Kak Noraini seakan mengeluh.
“Lama pun tak apa asalkan berada di sisi orang yang tersayang. Tak bertunang dulu ke?”
“Macam mana nak bertunang? Dua-dua kat sini.”
“Ye tak ye jugak. Tak bertunang tak apa. Dua-dua kat sini, tak ada masalah nak kenal hati budi masing-masing. Jangan jadi macam Aiza dahlah. Dahlah masa bertunang tiga bulan tu pun tak sempat nak kenal hati budi masing-masing, bila dah kahwin buat hal pulak.” Tukas Aiza seakan mengeluh.
“Kenapa dengan Aiza?” Soal Kak Noraini penuh tanda tanya.
“Entahlah kak. Suami Aiza tak mengaku anak dalam kandungan ni anak dia.” Meluncur kata-kata itu. Melopong seketika Kak Noraini mendengarnya.
“Kenapa jadi macam tu? Habis tu, sekarang ni macam mana?” soal Kak Noraini penuh berminat.
“Tunggu anak ni lahir dulu, baru uruskan penceraian kami.” ucap Aiza sambil meraba perutnya yang masih belum nampak kerana dia baru mengandung dua bulan lebih.
“Astaghafirullah..” Kak Noraini beristigfar panjang. Tak menyangka begitu sekali jadinya. Patutlah dilihatnya Aiza termenung panjang semasa menonton drama Sukma Rindu di kaca televisyen tadi. Rupa-rupanya sedih mengenangkan perkahwinannya yang tak seindah seperti yang diharapkan.
“Aiza bersabar jelah ye. Allah duga Aiza seperti ni, maksudnya Aiza boleh menghadapinya. Sabar ye.” Nasihat Kak Noraini setelah melihat ada genangan air mata di kelopak mata bundar Aiza.
Hari-hari yang berlalu dilaluinya dengan penuh kesabaran. Perkhabaran daripada suaminya tidak pernah sampai ke telinganya. Ibunya sering memujuk dirinya supaya bersabar kerana kita hanya boleh merancang tetapi hanya Allah jua yang menentukannya. Mengingatkan kata-kata itu, Aiza pasrah dan bersabar sahaja. Lewat sesi persekolahan akhir tahun, Aiza mendapat berita gembira kerana permohonannya untuk bertukar ke negeri kelahirannya telah diluluskan. Biarpun nanti dia akan sekampung dengan lelaki yang tidak mengakui janin dalam perutnya itu ialah anaknya, dia akan pastikan hidupnya nanti akan bahagia di samping anak yang bakal menjengah dunia kelak.
Biarpun sedih apabila mengenangkan perpisahannya dengan Kak Noraini yang banyak membantunya, tetapi demi anaknya yang bakal lahir kelak, dia perlukan keluarganya. Sakit pening mereka nanti biarlah ada tempat yang boleh bergantung harap meskipun suami sendiri tidak boleh diharap.
Aiza memandang kosong ke luar jendela. Diperhatikannya sekumpulan kanak-kanak yang sedang seronok bermain di tepi jambatan. Alangkah bahagianya mereka.
“Apa yang dimenungkan tu Za?” soal ibunya dari belakang. Aiza mengalih pandangan.
“Tengok budak-budak kat padang tu bermain. Seronok,kan jadi budak kecil. Tak ada apa-apa yang perlu difikirkan.”
“Budak-budak macam tulah. Apa yang Za sedang fikirkan tadi?” soal ibunya lagi.
Aiza mengusap-ngusap perutnya yang kian memboyot. Sesekali bayi dalam kandungannya itu menendang perutnya. Baru dirasainya nikmat seorang ibu. Soalan daripada ibunya itu dibiarkan tak berjawab kerana sukar untuk mencari kata-kata setelah banyak perkara yang difikirkan tadi.
“Tak usahlah dilayan perasaan tu, Za. Nanti tak elok untuk anak dalam kandungan tu. Perkara yang dah berlaku, biarlah. Nak buat macam mana, kita bukannya tahu apa yang akan berlaku pada masa depan.”
“Kalau mak tahu macam ni jadinya, tak ingin mak bermenantukan Roslan tu.” Ibunya bersuara lagi sambil berlalu meninggalkan yang masih tercegat di tepi jendela hujan yang masih gerimis di luar.
Tiba-tiba kenangan silam datang menerjah di mindanya tatkala mendengar lagu Kuintai Cinta dalam Rahsia berkumandang di radio. Sayu pilu hatinya tiada siapa yang tahu.
“Macam mana? Kau dah fikirkan pasal tu? Mak rasa kau terima sajalah Roslan tu. Dia tupun cikgu, nanti senanglah sikit bila sama-sama cikgu. Tinggal dekat pulak tu,” nasihat mak kepada Aiza. Aiza mengeluh.
“Masalahnya mak, Aiza tak kenal dengan Roslan tu.”
“Dah kahwin nanti kau akan kenal dengan Roslan tu. Mak dulupun tak bercinta dengan ayah kau tu. Kami bertunang sebulan, lepas tu terus kahwin. Tak sempat pun nak kenal-kenal. Bahagia juga.”
“Dulu dengan sekarang tak sama, mak.”
“Kalau kali ni tak jadi jugak, dah lima kali kau tolak. Umur kau pun makin meningkat. Kalau kau tolak jugak kali ni, mak tak taulah bila pulak orang akan datang merisik kau lagi.”
“Umur saya baru 25 mak. Belum jadi anak dara tua lagi.”
“Disebabkan tak nak kau membujang lama-lamalah mak suruh kau cepat-cepat kahwin.”
“Kau fikirlah masak-masak. Mak rasa tak rugi kau terima lelaki tu.”
“Kalau mak dah setuju, saya setujulah. Malaslah saya nak fikir perkara ni lagi.” Aiza memberi kata putus. Yang pasti kata putus itu bukanlah datang dari hatinya, tetapi jawapan dari mulutnya yang penat bersoal jawab mengenai perkahwinannya.
Ibunya tersenyum mendengar jawapan itu. Gembira kerana anak gadisnya akan menamatkan zaman bujangnya setelah dua tahun si ibu tidak senang duduk apabila memikirkan pasal jodoh satu-satunya anak gadisnya itu.
Setelah tiga bulan mengikat tali pertunangan, mereka disatukan semasa cuti persekolahan. Namun, disebabkan tugas Aiza jauh nun di Sabah, setelah dua minggu bercuti, hujung minggu itu dia telah terbang ke Sabah semula bagi menjalankan tanggungjawab mendidik anak bangsa di sana. Hidup berjauhan dengan suaminya memang satu penyiksaan tambahan pula sikap suaminya yang semacam endah tidak endah kepadanya. Tiga hari sekali barulah dia menerima panggilan daripada suaminya yang sekadar menanyakan khabar. Geram jika difikirkan perangai suaminya yang pendiam dan berkira itu. Tiba-tiba air mata membasahi pipinya apabila mengenangkan nasib anaknya kelak.
Semasa hari pertama Aiza memulakan tugas di sekolah baharu yang kebetulan berdekatan dengan rumahnya, dia dapati ada mulut yang berbisik sesama sendiri apabila memandangnya. Dia tidak pasti mengapa mereka perlu berbisik dan apa yang dibisikkan mereka. Yang penting dia mesti pandai membawa diri.
Rutin harian yang begitu sibuk menyebabkan Aiza jarang berpeluang bersembang dengan rakan sekerja yang lain. Apatah lagi apabila dia akan mula bercuti pertengahan bulan Mac menyebabkan dia tidak menang tangan menyiapkan kerja yang dipegangnya supaya tidak timbul masalah sepanjang ketiadaannya nanti. Tugasan untuk murid-muridnya juga perlu dibuat supaya murid-murid tidak akan ketinggalan sekiranya tiada guru ganti yang akan menggantikannya kelak.
“Cikgu Shamsul sibuk ke sekarang ni?” Soal Aiza.
“Taklah. Kenapa?” Cikgu Shamsul yang sedang tekun menulis rancangan mengajar itu mendongak memandang Aiza.
“Cikgu yang akan ambil alih kelas 2 Juara bila saya bersalin nanti?”
“Aahh..”
“Ini ialah murid-murid yang belum lagi menjelaskan yuran sekolah. Surat peringatan kedua dah saya buat. Nama murid untuk bulan April dan Mei dah saya tampalkan,” ucap Aiza sambil menunjukkan buku rekod kedatangan kepada guru Geografi itu.
“Bila masanya tu?” soal Cikgu Shamsul lagi sambil menunjukkan ke perut Aiza yang kian sedang sarat.
“Bila-bila masa ni.”
Dua hari kemudian, semasa Aiza sedang asyik menonton Cerekarama, tiba-tiba perutnya memulas. Pada malam iu juga dia bergegas ke hospital. Dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Tatkala mendengar berita kelahiran yang mengemparkan itulah, tengah hari itu suaminya bersama ibu mentua datang melawatnya di hospital.
“Bila boleh keluar wad?” soal Roslan yang berada di tepi katil sambil memandang ke arah Aiza. Aiza berpura-pura tidak nampak renungan itu. Geram betul hatinya bila mengingatkan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu terhadapnya sebelum ini.
“Petang ni.”
“Nanti abang datang jemput ye. Kita balik ke rumah.”
“Tak payahlah datang jemput. Aiza balik dengan ayah nanti. Apa mimpi abang nak jemput Za. Abang dah tak ingat apa yang telah abang katakan kepada Za dulu?” Aiza bersuara keras.
“Aiza, perkara yang dah sudah tu, tak usahlah nak diungkitkan lagi. Kasihan kat anak ni, nanti tak berayah pula dia bila kamu berdua masih tak berbaik-baik.” Ibu mentuanya yang sedang asyik memerhatikan bayinya yang masih lena itu tiba-tiba bersuara memujuk.Geram Aiza mendengar kata-kata itu keluar daripada mulut ibu mentuanya yang seakan tidak sedar terhadap kesilapan anaknya sendiri.
“Sepatutnya itu yang abang fikirkan sebelum menuduh saya dahulu. Apa yang abang katakan kepada saya dulu tu memang saya tidak boleh lupakan. Apa gunanya hidup bersama sedangkan hati saya sudah tawar untuk menerima abang kembali. Biarlah kita hidup dengan cara masing-masing.” Aiza bersuara sayu.
“Sudah tidak ada peluang lagikah untuk abang menebus semula kesalahan abang?” soal Roslan sambil memegang erat tangan Aiza.
“Abang sudah tidak ada tempat di hati saya. Saya betul-betul serik dengan sikap abang sebelum ni,” jawab Aiza sambil merungkai genggaman Roslan.
“Sampai hati Aiza tak beri peluang kepada abang. Abang memang bersalah kerana menuduh Aiza yang bukan-bukan dulu. Tapi, demi anak kita, maafkanlah abang,” rayu Roslan.
“Aiza bukannya tidak maafkan abang, cuma untuk menerima abang kembali… itu tidak mungkin.”
Pengalaman dipandang serong masyarakat dan disisihkan oleh rakan sekerja memang perit baginya. Apa tidaknya, dia yang dituduh suami sendiri mengandungkan anak orang lain telah sampai ke pengetahuan masyarakat. Mulut manusia bukan seperti mulut tempayan yang mudah ditutup. Maka, tersebarlah berbagai-bagai cerita yang dibawa oleh masyarakat kampungnya. Dia hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Sesungguhnya Dia itu Maha Kaya. Doa hamba-Nya yang teraniaya dimakbulkan. Mulut masyarakat kampung yang suka mengata dan mengumpat itu seakan terkunci apabila dia telah melahirkan bayi lelaki yang seiras Roslan. Bayi itu akan menjadi bukti kesucian ibunya biarpun selama ini Aiza tidak berkata apa-apa untuk membela dirinya.




Adat Orang Besut



Sesetengah rakan sekerja menganggap saya berasal dari Kelantan kerana mereka pernah bertanya,Kelantan di mana tinggal?Mungkin percakapan saya menggunakan loghat Kelantan,mereka mengandaikan saya berasal dari Kelantan padahal saya berasal dari Besut,Terengganu yang bersempadan dengan Kelantan.Sememangnya orang-orang Besut bercakap sama dengan orang Kelantan kerana Besut suatu ketika dulu pernah berada di bawah Kelantan tapi daerah tersebut telah dihadiahkan kepada Terengganu.Sebabnya?Setahu saya ada kaitan dengan laga ayam,sumber daripada mana saya dapat info ni,tak pasti pula tetapi ada juga mengatakan ia tiada kaitan dengan laga ayam.Apa-apapun yang pasti saya suka menjadi anak Besut.

Disebabkan sejarah Besut agak kabur,orang Besut seolah-olah tidak mendapat tempat antara negeri Kelantan dan Terengganu.Itu andaian saya semasa belajar dulu.Semasa di u dulu,saya ada mengikuti PERMATA(Perkumpulan Anak-anak Terengganu) tetapi rasa tiada keserasian dalam anak negeri ini sehingga saya masuk pula HAAK(Himpunan Anak-anak Kelantan)tetapi tiada juga kesesuaian.Mahasiswa lain saya tidak pasti.Namun ia bukanlah masalah besar.Keadaan ini menyebabkan ada kata-kata jenaka untuk menubuhkan Anak Besut bagi mahasiswa dari Besut.Sebagai ahli tak tidak aktif,saya hanya menggunakan khidmat PERMATA apabila ingin balik ke kampung semasa perayaan.

Apa-apapun saya seronok menjadi anak Besut.Di sini saya ingin berkongsi dua adat dalam perkahwinan yang pada pandangan saya lain daripada yang lain kerana pengalaman 9 tahun saya berkahwin dengan suami yang merupakan orang Selangor,tidak pula saya nampak ia diamalkan.Antaranya ialah adat yang diamalkan oleh masyarakat Kelantan iaitu adat 'mengenal'.Semasa majlis perkahwinan,pengantin perempuan akan duduk berhadapan dengan bekas besar spt mangkuk,kemudian rombongan daripada pihak lelaki(wanita) akan bersalam dengan pengantin perempuan dan menghulurkan wang.Duit itu diletakkan dalam mangkuk tersebut.Biasanya wang yang diberikan dalam jumlah yang besar.Pengantin perempuan akan memberi sesuatu sebagai balasan kepada orang yang bersalam tadi.Saya lihat adat ini dilakukan semasa perkahwinan abang sulong saya dulu-dulu.Adat ini hanya segelintir sahaja yang mengamalnya dan ia sesuai jika kedua-dua pengantin orang Kelantan/Terengganu.Jika berkahwin dengan orang luar,tidak sesuailah adat ini kerana rasanya cara ini tidak diamalkan di negeri lain. Bagi saya,adat ini wajar diamalkan jika tidak membebankan pihak rombongan pengantin lelaki kerana inilah cara untuk mengenali pengantin perempuan dengan lebih dekat.Kebiasaannya,masyarakat pantai timur akan lakukan sesuatu adat sekiranya ia telah dilakukan sebelum ini kerana mereka seakan-akan terikat dengan kata-kata orang memberi,kita membalas.


Satu lagi adat yang diamalkan ialah bertandang ke rumah saudara-mara atau jiran terdekat dalam tempoh mula-mula berkahwin.Tak tau pula apa nama adat ini.Dalam tempoh seminggu saya berkahwin,saya menerima banyak undangan ke rumah sanak-saudara dan jiran.Jika undangan yang diterima ialah undangan untuk sarapan pagi atau makan tengah hari,maka juadah yang akan dihidangkan agak istimewa berbanding dengan undangan sahaja.Maksudnya,undangan perlu dipenuhi mengikut masa tuan rumah menjemput kerana mereka telah menyediakan makanan istimewa untuk undangan tersebut.Jika undangan sahaja,pihak pengantin boleh ke rumah orang yang menjemput bila-bila masa sahaja tanpa mengira masa.Tujuannya ialah untuk mengenali dengan lebih dekat pengantin lelaki/baharu yang baru menjadi sebahagian daripada keluarga.Sebagai penghargaan atas undangan,tuan rumah akan memberi buah tangan kepada pihak pengantin lelaki.Biasanya kain pelikat.Jika pengantin perempuan,biasanya kain pasang atau kain batik akan diberikan.Hingga kini,saya tidak perlu membeli kain pelikat kerana pemberian semasa kahwin dulupun ada lagi yang tidak dipakai.Sejujurnya,saya rasa adat ini perlu diteruskan kerana cara inilah kita dapat mengenali pengantin baru secara dekat di samping mengalu-alukan kedatangan pengantin baru sebagai sebahagian daripada keluarga.

Khamis, 23 Februari 2012

Drama Stairway To Heaven



Jadual waktu pagi apabila dua beradik ke sekolah ialah menonton tv.Jam 9.30 pagi cerita Filipina ni.Bila dah Adib balik dari tadika jam 12 tengah hari,dah tak ada peluang nak tonton tv.Jika nak sangat,kenalah panjat tingkat atas.Hari ni drama Filipina ni dah tamat.Satu-satunya drama yang memaparkan heroinnya mati.Sedih sungguh kerana cinta yang disemai sejak sekian lama berakhir begitu saja.Walau apa-apapun,watak jahatnya telah menerima balasan yang setimpal.

Ceritanya mengisahkan Jodi yang membesar bersama Cholo dan mereka terpisah apabila Cholo belajar di luar negara.Kematian ibu Jodi menyebabkan ayahnya Jovan berkahwin dengan Maita yang mempunyai dua orang anak iaitu Eunice dan Tristan.Eunice tinggal bersama ibunya manakala Tristan pula tinggal bersama bapanya.Eunice selalu iri hati dengan Jodi dan selalu berusaha untuk mendapatkan Cholo(kekasih Jodi) sehingga dia membuat rancangan untuk melanggar Jadi supaya Cholo menjadi haknya.Kemalangan yang berlau menyebabkan Jodi hilang ingatan dan dia dikhabarkan telah meninggal dunia.Dalam pada itu Eunice telah bertunang dengan Cholo.Jodi pula telah bercinta dan tinggal dengan Tristan.Lima tahun kemudian,Cholo telah bertemu dengan Jodi yang dipanggil Jenna(nama yang diberian oleh Tristan).Cholo berusaha mendekati Jodi.Peluang bekerja sebagai pereka fesyen di syariat Cholo membolehkan Jodi didekati dan keadaan ini menambah kemarahan Eunice.Eunice berusaha untuk mengusir Jodi di syarikat tersebut dengan menfitnah Jodi menggelapkan wang syarikat.Usaha tersebut berjaya apabila ibu Cholo iaitu Zoila tekah menemui wang yang hilang dalam laci Jodi dan dia diusir dari syarikat tersebut.Kemalangan kali kedua yang berlaku menyebabkan Jodi dapat mengingati semula peristiwa yang telah terjadi kepadanya.Saat cinta dapat bersatu semula,Jodi disahkan menghidapi kanser mata.Demi cintanya terhadap Jodi,Tristan telah mendermakan matanya setelah dia mati dalam kemalangan jalan raya(membunuh diri).Eunice pula telah dipenjarakan kerana tuduhan membunuh Jodi manakala ibunya telah mengalami tekanan jiwa akibat peristiwa yang berlaku.Dia juga gagal mendapatkan harta suaminya kerana semua harta suaminya telah diwasitakan kepada Jodi sebelu meninggal dunia.

Rabu, 22 Februari 2012

Cermin

Sebenarnya saya sangat meminati ukiran-ukiran kayu seperti dalam gambar ni tetapi disebabkan ia bukanlah murah,maka terpaksalah lupakan dulu.Lagipun,mesti ada idea untuk mendekorasikannya.Memandangkan setiap ceruk dinding sudah ada barang-barang perhiasan,nampaknya keinginan tu jauh lagilah.




Untuk mengubat hati,hanya cermin sebegini sahaja yang mampu dibeli.Lagipun cermin ada fungsinya.Untuk membeli barang,kita lihat fungsinya juga di samping mengukur baju di badan sendiri.


Selasa, 21 Februari 2012

Drama Kahwin Paksa

@@Tangisan Bulan Madu
@@Teman Tapi Mesra
@@Gemersik Kalbu
@@Vanila Coklat
@@Nur Kasih
@@Aishiteru
@@Asmara

Banyak juga drama yang mengisahkan perkahwinan paksa.Seronokkah tengok cerita seperti ini?Saya sebenarnya tidaklah menonton kesemua cerita tersebut kerana tv di rumah dimonopoli oleh anak.Cuma sekarang saya sedang mengikuti drama Tangisan Bulan Madu yang diulang jam 4 pagi setiap hari.Awal-awal pagi baru ada peluang untuk tonton tv.Drama-drama yang ada tidaklah sepopular drama Nur Kasih.Saya tidak pasti pula bagaimana watak utama dalam drama-drama tersebut boleh menerima dan berbaik-baik dengan pasangan masing-masing kecuali drama Tangisan Bulan Madu kerana kebetulan saya menonton babak tersebut drama TBM.

Agak menarik juga pendekatan dalam drama TBM.Penulis menggunakan pendekatan agama untuk menyedarkan Amira tentang hak Bada sebagai suami yang telah dikahwini kerana wasiat ibunya.Dalam hal ini bapanya yang memainkan peranan.Walupun tiada hadis yang dinyatakan oleh bapanya untuk mengukuhkan kata-kata,namun kata-kata tersebut menyedarkan Amira.Mereka berkahwin tetapi hati Amira tetap kepada arwah suami.Adilkah begitu?Mungkinkah ada realiti sebegitu?Apa-apa pun yang pergi tetap pergi,yang hidup mesti teruskan hidup.


Isnin, 20 Februari 2012

Prosedur Yang Menyusahkan

Sudah bertahun-tahun saya membayar bil untuk talian telefon yang digunakan.Plan 250 minit dengan RM 50 sebulan agak membazir kerana jumlah panggilan yang dibuat tidak pernah melebihi hadnya.Tambahan pula saya sering mendapat panggilan daripada orang yang tidak dikenali untuk bercakap mengenai kad kredit.Gangguan-gangguan sebegitu menyebabkan saya tidak mengangkat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.Kalau dah terangkat,tengah-tengah bercakap,saya matikan talian.Memang tidak beradab,tetapi itulah cara sebelum tertipu.
Dalam perkiraan untuk menutup talian tersebut,susah dan rumitnya.Dalam keadaan berpantang,maka tak adalah peluang untuk langkah panjang menyebabkan ia makan masa.
1.Setelah dimaklumkan saya kena menelefon bahagian pusat,saya mulalah mendail nombor 1111.Dahlah mesin yang menjawab dan kena ikut satu persatu,lamalah pula nak menunggu untuk bercakap dengan pegawai yang bertugas.Banyak soalan yang ditanya tetapi dia tiada kuasa untuk menutup talian tersebut sekiranya saya tidak membuat surat.Suratlah pula...
2.Nasib baiklah ada simpanan surat tukar sekolah,ubah sikit-sikit dah siap.Di rumah pun memang ada printer,(wajib ada bagi guru)tak ada masalah nak mencetak surat tu.KAlau tak ada,terpaksalah buat di tempat lain.Mungkin makan masa.
3.Surat tersebut mesti difakskan.Masalahlah pula nak faks ke bahagian pusat Celcom.Kalau tak bercuti,senang saja minta kerani di sekolah yang buat atau susah-susah buat sendiri tapi sekarang sedang bercuti.Terpaksalah minta suami yang fakskan di pejabatnya.Bahagian inilah yang makan masa.Suami selalu saja sibuk.Hampir dua minggu,barulah surat tu boleh difakskan.Itupun setelah bil untuk bulan 2 sudah sampai di rumah.Tak pasal-pasal melayang RM56.Dah boleh beli kain sepasang tu.
4.Kena telefon semula bahagian pusat yang menyatakan surat telah difakskan.
5.Kena tunggu panggilan daripada pihak Celcom untuk mengesahkan,barulah talian boleh dipotong.

Tak adakah sistem yang lebih menyenangkan?Bukannya apa pun,hanya nak memberhentikan talian saja.

Ahad, 19 Februari 2012

Petang Sabtu Yang Melucukan..

Agenda hari ini agak padat.Bangun awal pagi,saya dah ke dapur,bukan nak buat sarapan tapi sesi nak mengemas dapur basah yang dah lama terabai.Sejak mengandung lagi,kami biasa bersarapan dengan roti saja,maka hingga kini roti saja sarapan kami anak-beranak.Baru saja nak mula mengemas,Akmal mula merengek.Terpaksalah berhenti sekejap.Bila dia dah tidur semula,barulah sambung semula.Sambil tu sempatlah basuh kain.TAkkanlah tak sempatkan,campak saja dalam mesin basuh,yang cucinya mesin.Belumpun siap mengemas,Ammar dah bersuara lapar.Kena masaklah pula.NAsib baiklah suami tak kerja hari sabtu.Dialah yang jaga Akmal.Bila dah lepas makan,malaslah pula nak mengemas ruang tamu yang dah jadi macam tongkang pecah dikerjakan dua beradik tu.Tapi disebabkan sakit mata dengan permainan yang berterabur,saya hanya mengemas permainan tersebut saja.Sambil rehat-rehat berinternet,saya dapat sms daripada rakan yang memberitahu nak datang ke rumah.Masa ni mulalah kelam kabut.Serta merta jadi rajin dan sekejap saja ruang tamu dah kemas.Bila sudah siap mengemas,barulah selesa nak berinternet sambil menunggu rakan datang bertamu.Tiba-tiba jiran depan rumah pula yang muncul.Nasib baiklah rumah dah kemas,kalau tidak,malu juga seposen.Jiran dah lama balik tetapi kawan saya tak juga muncul-muncul.Ammar dah mula bising.Memang dah begitu perangainya,jika sebut saja ada orang nak datang ke rumah terutamanya kalau kawannya sendiri,mulalah dia bertanya,kenapa tak sampai lagi.Seteko air teh dah saya bancuh supaya tak kelam kabut nanti.Ammar yang memang hantu air teh mula terliur dengan air teh tersebut.WAlaupun tak dibenarkan minum air tu,dia minum juga secawan setelah penat bermain.Bila hampir jam 7 malam, barulah saya terdetik untuk melihat telefon saya.Sahlah sms tak sampai bila tertera di skrin penghantaran mesej gagal.Ya Allah,patutlah tiada balasan sms yang saya terima daripada rakan.Biasanya saya akan pastikan sms dihantar sebelum menutup telefon tapi kali ini tidak pula.Hairan juga kenapa sms tidak sampai.Mulalah saya berteka-teki sendiri.Setelah bersoal jawab dengan suami,barulah dapat jawapannya.Kredit saya sudah habis rupa-rupanya.Ini pertama kali saya menggunakan prepaid.Manalah saya tau kredit akan habis segitu saja bila sampai tarikh luputnya.Nasib baiklah saya tidak marahkan Ammar kerana telah minum air teh yang telah dibancuh tadi.Kalau tidak,percuma saja dia kena marah.Bila dah tak jadi orang nak datang,sekejap saja air teh habis dihadap dua beradik yang memang sukakan air teh.

Selasa, 14 Februari 2012

Novel dan drama Tangisan Bulan Madu




Drama ini sudah disiarkan pada Mei 2008 dulu.Saya sudah menontonnya tapi tak ingat sama ada sampai episod akhir.Dua tiga hari lepas,kebetulan minggu lepas semasa Akmal berjaga malam dalam jam 3-5 pagi,saya memasang tv sebagai teman dan kebetulan juga jam 4 pagi drama ini diulang tayang setiap hari.Mulalah saya menunggu cerita ini jika kebetulan Akmal berjaga malam pada masa tersebut.Saya terfikir-fikir sendiri,ada ke episod pencemaran dalam novel.Rasa macam tak ada.Tak puas hati,saya terpaksa membelek-belek semula keempat-empat novel yang ada dalam simpanan saya.Patutlah saya rasa babak pencemaran tu kerana drama tersebut telah disunting.YAng paling ketara dalam novel ini ialah hubungan kekeluargaan yang akrab selain konflik dalaman watak.Cerita tantang watak adik-beradik Mira juga tidak ditonjolkan.

SINOPSIS DRAMA TANGISAN BULAN MADU

Tangisan Bulan Madu mengisahkan saat tiga minggu paling bermakna yang dikecapi pasangan Bogatt dan Amira ketika berbulan madu. Amira, seorang gadis kampung miskin yang bertemu jodoh dengan Bogatt, anak ahli perniagaan berjaya di Kuala Lumpur.

Namun belum sempat mengecapi kebahagiaan suami isteri, Bogatt meninggal dunia kerana penyakit barah otak yang dirahsiakan. Bogatt tidak menyentuh Amira walaupun berkeinginan mengecap kebahagiaan suami isteri yang sah bersama wanita yang amat bermakna dalam hidupnya itu. Bogatt memutuskan mahu meninggalkan Amira dalam keadaan “suci” agar boleh menyambung impian bulan madu dengan lelaki lain. Lalu di depan Bogatt, Amira bersumpah untuk tidak berkahwin sekali lagi buat selamanya.

Amira kemudiannya menjadi guru di samping menghasilkan puisi menggunaka nama pena Delima. Antara puisinya yang terkenal termasuklah Pengantin yang diangkat daripada kisah benarnya dengan arwah suaminya. Dalam diam puisinya diminati R.Q.Amir yang sering menghubunginya melalui e-mel tapi tidak pernah dibalasnya.

Tetapi pertemuannya dengan penyair saling tidak tumpah seperti Bogatt mengejutkan Amira. Apatah lagi setelah lelaki bernama Razlan itu memperkenalkan diri sebagai R.Q.Amir yang meminatinya. Malah lebih mengejutkan, Razlan adalah adik kepada Bogatt tetapi berlainan ibu.

Razlan berterus-terang menyatakan rasa cintanya terhadap Amira tetapi ditolak kerana Amira masih setia terhadap sumpahnya pada arwah Bogatt. Kecewa dengan penolakan Amira,Razlan bersetuju menerima cadangan ibunya untuk menjodohkannya dengan Johanna.Pada hari pertunangan Razlan,Amira tidak datang ke majlis tersebut.Hakikatnya baik Razlan mahupun Amira memendam rasa di atas keputusan itu.

Masa berlalu Razlan asyik menunda pernikahan yang akhirnya membuatkan Johanna nekad memutuskan pertunangan mereka. Kemunculan Bada, seorang doktor yang menabur budi mengubati ibu Amira berkesudahan Amira terpaksa melunaskan wasiat ibunya supaya Amira menerima Bada sebagai suami.

Razlan kecewa lalu membawa diri ke luar negara menyertai projek kebajikan membantu mangsa perang. Sementara Amira pula tidak dapat menerima Bada sepenuh hati kerana kesetiaann cintanya terhadap Bogatt.

Lima tahun berlalu, hubungan Amira dan Bada masih dingin. Bada sengaja menyibukkan dirinya dengan tugas di hospital. Amira masih terdera perasaannya mengingati Bogatt yang sudah bertahun-tahun tiada. Dia kemudiannya berhenti mengajar lalu menguruskan perniagaan Butik Marina. Razlan pula kembali ke pangkuan keluarga untuk menguruskan perniagaan milik keluarganya.

Bada yang bosan dengan situasi itu nekad menceraikan Amira dengan talak satu. Detik itulah Amira semakin tertekan dan kerap mengunjungi pusara Bogatt.

Mampu kah Amira berpegang kepada sumpah setia itu? Apatah lagi dengan kemunculan semula Razlan yang tidak pernah putus asa menyatakan rasa cintanya terhadap Amira.

Sumber:http://www.budiey.com/tangisan-bulan-madu-

Masalahnya dalam pembikinan drama:
novel TBM TIDAK ADA watak jahat. Watak-wataknya lebih banyak berkonflik dengan diri sendiri berbanding dengan orang lain. Ini bermakna watak utama adalah protagonis dan juga antagonis. Amira VS Amira?

Sikap pengarangnya:
Samsiah cukup sporting dan mudah dibawa berunding. Beliau banyak bertolak ansur bagi menyesuaikan dengan kehendak stesyen. Sekalipun tidak pernah terlibat dalam mana-mana produksi TV, Samsiah mengakui dia memahami. Atas restu Samsiah sendiri, kami menjahatkan beberapa watak kecil dalam novel ini. Syafura, Cindy, Makcik Hindun dan Hakim terpaksa memainkan peranan besar di kaca TV. Kehadiran mereka dalam novel hanya tempelen sedangkan di TV mereka cukup dominan.

Sabtu, 11 Februari 2012

Bunga Lama di Laman

HAri ni saja nak kongsikan bunga-bunga yang ada di laman.Bunga-bunga ni bukan saya yang tanam tapi suami.Saya langsung tak bercucuk tanam.Menyiram pun kadang-kadang saja.Mungkin masa banyak dihabiskan mengurus hal ehwal dalam rumah,jadi saya lepas tangan pada bahagian luar rumah.Lagipun kita selalu berada di dalam rumah,jika bahagian luar rumah juga penuh dengan bunga-bungaan,bonuslah untuk cuci mata.Gambar-gambar ni diambil 2 tahun lepas,terkini orked dah tak berbunga lagi bila suami sekarang sudah tidak ada masa nak membelek-belek bunga.MAsa banyak habis dengan membelek-belek kucingnya.Laman pun seakan terbiar sekarang.Kasihan pada sesetengah bunga,terutamanya orkid, dah merajuk tak nak berbunga.





Khamis, 9 Februari 2012

Gelagat Anak-anak Bila Masuk Sekolah

Hari ini baru berkesempatan untuk menulis gelagat anak-anak masuk ke sekolah.Anak yang sulung masuk darjah satu dan kedua masuk tadika.

Gelagat Ammar di tahun satu
Pada hari pertama,dia terlupa memakai kasut ke sekolah dan hanya memakai selipar yang selalu dipakainya.Maklumlah,jarang-jarang sekali dia memakai kasut.Pergi sekolah tadika pun tak pakai kasut.Lupalah pula nak ingatkannya bahawa apabila masuk tahun satu,mesti pakai kasut sekolah.Sudah sampai di sekolah barulah ayahnya perasan,terpaksalah berpatah semula ke rumah.Nasib baiklah rumah taklah jauh sangat.Hari kedua dia terlupa pula nak memakai tanda nama yang digantung di leher.Ayahnya patah balik juga ke rumah mengambil tanda nama.Hari ketiga pun sama juga.Terlupa pakai tali leher pula.Tiga hari bersekolah,dia belum lagi diajar menaiki bas kerana kebetulan suami masih bercuti,dia masih berkesempatan menghantar dan mengambilnya di sekolah.Masuk minggu kedua barulah dia pandai naik bas sendiri.Setiap pagi,suamilah yang membuat persiapan untuk ke sekolah sama ada dari segi sarapan,bekal dan pakaian sekolah.Bila si kecil mula berjaga malam,kadang-kadang saya memang tak dapat nak membuka mata pada awal pagi kerana baru saja nak cuba melelapkan mata.Begitulah jika masih dalam berpantang selepas bersalin.Nampaknya jadual harian akan berubah bila anak sudah masuk ke sekolah.Banyak masa diperlukan untuk memantau dan membuat persediaan persekolahan mereka.Jika sebelum ini kesukaran nak menyental pakaian seragam pastinya memang terasa,kini kesukaran itu kian terasa apabila pakaian sekolahnya makin bertambah.Cumanya,nasib baiklah pakaian ke sekolah pagi dan agama berwarna putih.Masuk saja dalam kao bleech,habis cerita.

Dia seronok ke sekolah kebangsaan kerana di sana dia boleh menjelajah ke blok bangunan yang ada di sekolahnya.Bila balik ke rumah,banyaklah ceritanya hingga saya pula yang tak larat nak melayannya.Dia juga suka berbelanja di sekolah.Bekal yang diberikan tidak dimakan tapi masih membeli makanan di kantin.Mula-mula bersekolah,ada-ada saja benda yang dibelinya:pemadam Ben 10,pembaris Ben 10,pembaris Pooh,kad Boboi Boy dan yang tidak tahannya,dia sanggup nak membeli untuk kawannya.Minta duit dengan kita kerana nak membeli untuk kawan pula tu.

Adib Sudah Ke Tadika
Agak lewat Adib bersekolah.Setelah abangnya masuk ke sekolah,barulah dia pula yang bersekolah pada minggu kedua persekolahan.Mula-mula mendaftar di Tadika Little Calips,terkejut juga bila tengok yuran pendaftarannya yang hampir sama dengan perbelanjaan saya semasa mendaftar u dulu(RM 12++).Nasib baiklah saya sudah maklum tentang hal itu,kalau tak tahu langsung mahu berfikir dua kali juga.Memandangkan Adib lebih suka bercakap bahasa Inggeris,maka eloklah dia belajar di tadika tersebut.Lagipun dengan jumlah pelajar yang tak ramai,cikgu-cikgunya senang nak mendidik kanak-kanak yang lincah dan lasak sepertinya.Sudah sebulan Adib ke tadika namun aura untuk bersekolah belum muncul lagi dalam dirinya, mungkin disebabkan hingga sekarang dia belum mendapat pakaian seragamnya.Hari-hari ke sekolah dengan pakaian biasa saja.Tak boleh nak salahkan sesiapa kerana diri sendiri juga yang lambat mendaftarkan dia ke sekolah.Hari-hari kena pujuk dulu.Bila dia dah bersekolah,nampaknya ada perkembangan positif sedikit.Mungkin disebabkan pergaulannya di tadika walaupun cakapnya belum lancar lagi.Namun,dia sudah boleh bercakap BM yang boleh difahami dan masih tidak meninggalkan cakap BInya yang laju dan tidak difahami.

Berpantang

Catatan ini untuk melihat perkembangan Akmal dan aktiviti penting yang dilakukan sepanjang tempoh berpantang;
Hari ke-5
Luka pembedahan mula berdarah.Tak pernah pula terjadi sebegini.Bila petang,penuh bahagian seluar.Tak boleh jadi ni.

Hari ke-7
Saya ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya tapi doktor tersebut berkata tiada apa-apa.Luka tersebut hanya dicuci saja tanpa membuat apa-apa untuk menutup luka tersebut dan mengelakkan darah keluar.Kesalnya.

Hari ke-9
Darah masih keluar lagi.Tiada jalan lain,terpaksa ke PPUM.

Hari Ke-10
1.Pusat Akmal dah tanggal walaupun saya tidak berbuat apa-apa kerana kali ini saya tidak menggunakan set bersalin Salindah,maka tiadalah minyak tersebut.Kebiasaannya saya menggunakan minyak khas tersebut untuk merawat pusat bayi.Tak sangka juga agak cepat pusat Akmal tanggal.

2.Akmal juga sudah mula berjaga malam.Jam 3 pagi dia mula buka mata.Jika tidak,tidur memanjang.

3.Akmal juga dah berjalan-jalan hari ni.Itu gara-gara nak mendaftarkan Adib ke tadika.Dia langsung tak mahu ikut bila sebut saja ke sekolah.Dia sebenarnya agak takut nak ke taska kerana dua kali telah digigit oleh kawannya.Antara taska dan tadika/sekolah,dia masih keliru.Demi nak memujuknya, terpaksalah saya ikut bersama kerana dia akan ikut jika saya juga pergi.Lepas ke tadika,pergi ambil Ammar di sekolah agama dan selepas itu singgah pula di pasar raya.

4.Pendarahan pada luka pembedahan masih lagi ada walaupun tidak banyak seperti sebelum ini.Nampaknya tak ada lagi cara yang dapat menutup bukaan jahit itu.Perut juga sudah kembali kepada biasa,tak buncit sangat dah

Hari Ke-11
1.Adib mula masuk tadika hari ni walaupun agak lambat.Mati-mati dia tak mahu ke sekolah walaupun puas dipujuk sedangkan sebelum dia sibuk nak beg,buku dan kasut seperti abangnya Ammar.

Hari ke-18
Temujanji dengan doktor di PPUM.Akmal terpaksa ditinggalkan bersama sepupunya yang merupakan anak buah suami.Sebelum ini tak pula ada temujanji.Keliru juga,nak tengok bayi atau maknya.Terpaksalah saya menelefon ke PPUM sehari sebelumnya untuk memastikannya.Temujanji jam 2 petang,jam 1 lebih kami dah bertolak dan sampai dalam jam 2.20.Lengangnya klinik masa tu.Pekerjanya pun relak saja nampaknya.Jika waktu pagi,tempat duduk yang disediakan penuh dengan orang.Hanya ada seorang saja bayi masa tu,orang yang datang untuk menerima rawatan pun tak ramai.Tak sampai 10 orang.Jika macam nilah selalu,alangkah bahagianya.Dalam jam 3.05 petang,saya sudah selesai berjumpa dengan doktor.Luka pembedahan agak baik dan mengambil masa untuk baik sepenuhnya.Lega bila doktor kata begitu.Masa balik,sempat juga beli baju untuk Akmal memandangkan kebanyakan baju yang dibeli merupakan saiz yang agak besar.Tak banyak pilihan yang ada,hanya dapat beli dua pasang saja.

Pantang Hari ke-20
Temujanji lagi hari ni di klinik jantung pula.Jam 9 lebih baru bertolak tapi temujanji jam 11 pagi.Bila sampai,Ya Allah,ramainya orang.Sebenarnya,saya sendiripun tak tahu tujuan saya ke sini hari ni sama ada kena buat ECHO atau jumpa doktor.Sampai saja di klinik perubatan,saya terus meluru di kaunter untuk buat temujanji ECHO.Pekerja di situ memberitahu bahawa saya perlu ke kaunter 2.Kali kedua rasanya saya datang untuk berjumpa doktor tapi dah lupa prosedurnya.Terpaksalah tengok keadaan dulu supaya tak keliru sangat nak buat apa.Tapi pada mulanya saya main terjah saja kaunter 2 seperti yang ditunjukkan oleh pekerja di bahagian temujanji untuk ECHO.Pekerja dikaunter 2 pula meminta saya mengambil nombor dulu.Macam itukah?Kenapa ramai sangat yang berkerumun di kaunter 2 tu?Saya pun pergi jugalah.Rupa-rupanya kena ambil nombor pula untuk jumpa dengan doktor apabila nombor tadi dipanggil.Bila dah dapat nombor untuk berjumpa dengan doktor,tunggulah sehingga nombor tersebut dipanggil pula.Sebelum tu,kena ambil tekanan darah dulu.Entah macam manalah sistem nombor giliran,sejam menunggu barulah nombor yang bermula dengan 6 dipanggil.Sebelum ini hanya nombor yang bermula dengan 4 dan 5 saja yang dipanggil.Menunggulah saya sambil menonton tv yang dipasangkan di klinik tu dengan bosannya.Jam 1.30 tapi nombor saya belum dipanggil.Nombor giliran untuk pesakit yang datang waktu petang pula dipanggil sedangkan nombor pesakit yang datang dari pagi tadi belum juga habis.Jam 2.40 barulah nombor saya dipanggil.Bila masuk saja ke bilik doktor,doktor tu pula berkata,dalam pantang lagi ye,tak datang pun tak apa.Berderau darah mendengar kata doktor tu.Masuk dalam tu hanya bersembang,
bukannya nak perisa jantung macam mana.Sekurang-kurangnya periksalah nafas.Geram betul.Dahlah anak di rumah ditinggalkan agak lama, perut lapar pula tu.Dugaan betul hari ni.Macam buat kerja sia-sia saja.

Hari ke-26
Akmal mula ada tabiat baru iaitu tidur meniarap.Bila dia sukar untuk tidur,cara meniaraplah dia akan lena.

Hari ke 28
Lucunya perangai Akmal hari ini.Pada tengah harinya pak ngahnya datang,dia tidur selena-lenanya tanpa mencelikkan matanya sekejap pun.Bila saja pak ngahnya balik,barulah dia membukakan matanya.

HAri ke 41
Hari yang paling lama dia merengek untuk tidur iaitu dari jam 3-8 pagi.Mengantuknya saya.

Seronoknya Berpantang dan Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa:3 bulan saja...

Hari ni dah habis berpantang selama 40 hari.Pengalaman berpantang untuk kali terakhir ni memang menyeronokkan walaupun saya hanya berpantang cara koboi.Tak laratlah nak betul-betul berpantang.Dahlah berpantang seorang diri saja tapi taklah susah kerana ini dah kali kedua saya berpantang sendiri.Ada hikmahnya juga luka pembedahan berdarah semula pada hari yang kelima.Apa tidaknya,hingga hari yang ke-40 pun suami masih masuk ke dapur, anak-anak juga dia yang uruskan.Saya hanya uruskan yang kecil sahaja, itupun beri susu,tukar lampin dan berjaga malam tapi untuk mandikan Akmal,suami yang buat.

Sebelum ni,saya saja yang asyik ajak makan bila sudah siap memasak.Kali ini, suami pula yang panggil saya makan bila dia siap memasak.Masa suami sedang sibuk-sibuk memasak di dapur,saya bersenang-lenang dalam bilik menghadap notebook ataupun tidur.Bestnya rutin masa sedang berpantang ni.

Itu disebabkan luka masih belum baik,jika tak rasanya masa berpantang kali ini akan sama seperti sebelum ini.Kebiasaannya, minggu ketiga saya sudah masuk ke dapur untuk masak, untuk diri sendiri juga.Memanglah tak susah nak masak untuk orang berpantang,tapi prosesnya yang menyebabkan rasa renyah.Jadi,tepatlah jika saya katakan setiap perkara yang terjadi itu ada hikmah di sebaliknya.

Selasa, 7 Februari 2012

Bila Agaknya Hyundai i10(ai ten) Menjadi Milik Saya...


Bilalah kereta ni nak menjadi milik saya?Sukarnya nak mendapat maklumat tentang stok kereta ni.Sebelum ini sudah beberapa kali saya 'google' untuk cari maklumat tentang wakil jualan kereta ni.Susahnya nak dapat.Usaha berhenti seketika.Penghujung JAnuari usaha digiatkan kerana memikirkan si kecil Akmal.Mengikut maklumat yang dapat,tiga bulan ambil masa untuk menempah kereta ni.Lamalah juga.Tiga hari usaha gila-gila dibuat.Nasib baiklah usaha pencarian dipermudahkan.Bila dah dapat maklumatnya,senanglah pula caranya.
1.Masuk ke laman web Hyundai iaitu www.hyundai.com.my/v2/
2.Klik bahagian outlet.Pilih saja negeri dan daerah tempat tinggal anda.
3.Telefonlah wakil jualan yang ada untuk bertanyakan mengenai stok kereta ni.

Sebelum dapat maklumat seperti ini,saya cuba telefon pusat pengedaran kereta ini di Glenmarie dan bercakap dengan wakil jualannya.Belum sempat habis bercakap bateri pula yang habis,nasib baiklah wakil jualan tersebut menelefon saya semula dan memberitahu bahawa stok di Glenmarie sudah habis.Kenalah tunggu bulan MAc nanti.Lamalah pula.Tidak berpuas hati dengan kata-kata wakil jualan tu, saya cuba menelefon wakil jualan yang kecil/pusat pengedaran swasta di Tanjung Karang.Alhamdulillah,masih ada stok lagi.Mungkin kereta tu tak mendapat temapat di sana.Kereta yang saya impikan ada.Cumanya,hingga hari ni,belum berkesempatan untuk membayar wang pendahuluannya kerana suami asyik sibuk dengan kandang kucingnya sejak beberapa bulan yang lalu.Tak sabarnya...

Cuti Empat Hari

Cuti empat hari ni memang banyak aktiviti yang boleh dilakukan.BAgi saya yang sedang berpantang ni tak ada apa-apa yang boleh dilakukan kecuali melayan kerenah Akmal dan membuat sedikit pembaharuan pada blog ni.Cerita pasal blog ni,pada mulanya berdebar-debar juga bila kerja pengubahsuaian yang belum siap terpaksa diberhentikan kerana gangguan daripada anak yang kedua.Apabila nak menyambungnya semula,tiba-tiba tak dapat cari tempat untuk 'sign'.Puas mengodek,akhirnya dapat juga masuk,tetapi tak tahu pula macam mana.

Pengubahsuaian ini sebenar bertujuan untuk menyeimbangkan halaman blog dengan kotak di sisi.Puas mencuba,akhirnya inilah yang jadi.Makan masa beberapa hari juga untuk perubahan ini,maklumlah baru nak belajar tambahan pula sekarang ni masih dalam fasa terakhir tempoh berpantang.Buat sikit,si kecil mula menangis,terpaksa berhenti seketika.

Layan saja gambar Akmal ni.

.
tersedu lagi.kerap sangat tersedu kerana nak membesar...


selalu saja kepalanya seperti ini.ambil gambar dulu sebelum posisi kepalanya dibetulkan...

Ahad, 5 Februari 2012

Salam Maulidur Rasul


Antara amalan yang boleh dilakukan semasa Maulidur Rasul:
@@@Memperingati dan membesarkan Maulidurrasul dengan selawat, membaca kisahnya, merupakan perantaraan kepada mencintai nabi dan mencintai Allah. “ Tidak sempurna iman seseorang daripada kalangan kamu sehingga adalah aku terlebih dikasihinya daripada dirinya, hartanya, anaknya dan sekelian manusia.” ( al-Hadis ).

Sms yang saya diterima daripada seorang rakan:
"...Semoga segala sunnahnya menjadi amalan dan al Quran menjadi pedoman hidup seperti yang telah diwasiatkan sebelum kewafatan Baginda kepada kita umatnya.Banyakkan berselawat kepada NAbi saw kerana Allah swt juga berselawat ke atas junjungan Baginda.Selawat ke atasnya dapat membantu kita mendapat syafaat Baginda di padang mahsyar kelak."

Maulidur Rasul bukanlah cuti umum semata-mata tapi hari untuk memperingati Rasulullah.Selamat beramal..