Isnin, 20 Februari 2012

Prosedur Yang Menyusahkan

Sudah bertahun-tahun saya membayar bil untuk talian telefon yang digunakan.Plan 250 minit dengan RM 50 sebulan agak membazir kerana jumlah panggilan yang dibuat tidak pernah melebihi hadnya.Tambahan pula saya sering mendapat panggilan daripada orang yang tidak dikenali untuk bercakap mengenai kad kredit.Gangguan-gangguan sebegitu menyebabkan saya tidak mengangkat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali.Kalau dah terangkat,tengah-tengah bercakap,saya matikan talian.Memang tidak beradab,tetapi itulah cara sebelum tertipu.
Dalam perkiraan untuk menutup talian tersebut,susah dan rumitnya.Dalam keadaan berpantang,maka tak adalah peluang untuk langkah panjang menyebabkan ia makan masa.
1.Setelah dimaklumkan saya kena menelefon bahagian pusat,saya mulalah mendail nombor 1111.Dahlah mesin yang menjawab dan kena ikut satu persatu,lamalah pula nak menunggu untuk bercakap dengan pegawai yang bertugas.Banyak soalan yang ditanya tetapi dia tiada kuasa untuk menutup talian tersebut sekiranya saya tidak membuat surat.Suratlah pula...
2.Nasib baiklah ada simpanan surat tukar sekolah,ubah sikit-sikit dah siap.Di rumah pun memang ada printer,(wajib ada bagi guru)tak ada masalah nak mencetak surat tu.KAlau tak ada,terpaksalah buat di tempat lain.Mungkin makan masa.
3.Surat tersebut mesti difakskan.Masalahlah pula nak faks ke bahagian pusat Celcom.Kalau tak bercuti,senang saja minta kerani di sekolah yang buat atau susah-susah buat sendiri tapi sekarang sedang bercuti.Terpaksalah minta suami yang fakskan di pejabatnya.Bahagian inilah yang makan masa.Suami selalu saja sibuk.Hampir dua minggu,barulah surat tu boleh difakskan.Itupun setelah bil untuk bulan 2 sudah sampai di rumah.Tak pasal-pasal melayang RM56.Dah boleh beli kain sepasang tu.
4.Kena telefon semula bahagian pusat yang menyatakan surat telah difakskan.
5.Kena tunggu panggilan daripada pihak Celcom untuk mengesahkan,barulah talian boleh dipotong.

Tak adakah sistem yang lebih menyenangkan?Bukannya apa pun,hanya nak memberhentikan talian saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan