Penggemar barangan antik pula sekarang ni.Layan sajalah..
Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Memaparkan catatan dengan label Minatku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Minatku. Papar semua catatan
Selasa, 14 Februari 2017
Memburu Pinggan Lagi
Jumaat, 25 Januari 2013
Menulis Bukan Kerana Nama
Hujung minggu ni dapat bercuti tiga hari,leganya.Terasa panjang sedikit masa yang ada untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah dan kerja sekolah.Dua beg buku latihan dibawa balik.Harap dapat menandanya dalam masa tiga hari ni.Buku kedatangan juga diseludup balik dengan selambanya kerana nak menyiapkan maklumat murid pada bahagian belakang.Sistem APDM belum lagi selesai.Begitu juga dengan SMM.Banyaknya kerja nak dibuat.Walaupun begitu,terapi mata dan otak hanya di blog ini.
Seronok pula saya singgah di rumah alam maya ni membaca catatan-catatan lama setelah beberapa hari tidak menjengah.Seronok juga kerana ada pengunjung yang sudi singgah di blog ini untuk mencari maklumat.Catatan tentang pengalaman mengandung dan ubahsuai dapur antara catatan yang banyak disinggah.Moga catatan itu dapat memberi maklumat kepada pembaca.Saya menulis bukan kerana nama dan bukan juga untuk duit tetapi untuk tatapan diri sendiri dan menyampaikan maklumat(jika sampai) kepada pembaca.
@@ Ralat sangat apabila gambar simpanan dalam pendrive telah dimakan virus.Nasib baiklah ada buat muat turun dalam blog,kalau tak sampai bila-bila pun akan ralat saja...
Khamis, 20 Disember 2012
Tahun 2013 Tahun Hasilkan Buku?
Saya mengikuti fb tentang kursus penulisan baru-baru ini. Kursus penulisan telah diadakan pada awal bulan Disember lalu tetapi tempatnya agak jauh.Susah juga hendak ke sana,maka saya tidak menyertai begkel tersebut.Tetapi disebabkan saya telah berdaftar dengan mereka,maka saya masih menerima emel daripada mereka.Terbaru,jika diberi satu pilihan,buku apakah yang akan saya tulis?Susah juga nak memberi satu jawapan sebab saya ada banyak idea nak menulis.Idea banyak tetapi usaha tiada....itulah masalah utama.
Jawapan saya,bukukan blog saya.Apabila difikirkan semula,siapalah saya ni nak membukukan kisah sendiri?Rendah dirilah pula.Maka jawapan yang seterusnya ialah hasilkan koleksi cerpen saya dan hasilkan buku tentang hobi-hobi yang ada.Manuskrip novel yang sudah lama saya cuba siapkan dah dilupakan padahal hasilnya yang ada cuma edit semula saja..
Apa-apapun moga tahun 2013 memberi ruang untuk ke arah itu....

Isnin, 3 Disember 2012
Semuanya Kerana Dekorasi...
Dah masuk bulan Disember,cepatnya masa berlalu.Setiap hari panjang saja masa berblog.Seronoknya menjengah blog orang terutamanya membacanya tentang rumah.Sangat seronok apabila membaca tentang ruang dalam ruang dan amat seronok sekali apabila menerjah hiasan rumah orang lain.Memang dah kemaruk deko rumah agaknya hinggakan apabila menonton dramapun mata asyik meneropong deko rumah juga.Beli majalahpun disebabkan suka melihat dekorasi rumah.Jika blog tersebut banyak memaparkan tentang dekorasi,saya akan mengikuti blog tersebut.
Ahad, 25 November 2012
Sulam Tampal
Tergodanya melihat jahit sulam tampal ni.Masa bula puasa dulu,saya membeli satu jubah di sekolah kerana sangat tertarik dengan sulam tampalnya.Masa tingkatan 3 dulu,saya mengambil KH aliran ERT.Jadi,memang pernah menjahit.Minat berubah mengikut peredaran masa.Mungkin aktiviti menjahit akan dilakukan apabila anak-anak sudah besar.
Kreatifnya.Sumber daripada orang yang sama.Jahit di baju kurung,menarik juga ni.
Jumaat, 2 Mac 2012
Penggemar Set Minuman Kecil
Saya sudah jadi penggemar set minuman kecil pula.Hingga kini gelas ni hanya disimpan di kabinet dapur saja.Jika dah banyak,mesti beli rak gantung pula untuk pamerkannya.
Sabtu, 10 Disember 2011
Sebab Suka Menghias

Teringin nak kabinet dapur yang ada kaunter bar seperti ini tapi memandangkan keluasan dapur tak seberapa,simpan sajalah hajat tu
Bila difikir-fikirkan,banyak sebab saya suka sangat menghias rumah sekarang walaupun keadaan rumah bukannya selalu kemas,tapi hiasan yang ada di dinding dapat menutup kekurangan yang ada.Walaupun hasilnya taklah seberapa, tapi saya puas hati.Untuk menghias rumah,semestinya hendaklah pastikan rumah selalu dikemas dahulu,baru kena caranya.Sememangnya itulah cara untuk merajinkan diri supaya sentiasa mengemas rumah,sekurang-kurangnya menyapu sampah.
1.Lepaskan tekanan.Itu pastinya kerana di sekolah asyik tension saja.Tension dengan perangai budak-budak sekarang yang jauh beza berbanding zaman saya menjadi murid dahulu.Sampai rumah,pandang kanan,pandang kiri lihat warna-warna di dinding,leganya.Belum lagi orang puji.Tak kisahlah ada orang puji atau tidak,yang penting diri puas hati.Saya menghiaspun ikut kata hati apa yang disukai.
2.Tarapi mata dan minda kerana selalu berada di rumah.Memang tak bosan berada di rumah malah sekarang sudah malas nak keluar pada hujung minggu sebab banyak aktiviti di rumah yang akan tergendala.
3.Bajet lebih.Ada wang,satu kemestian.Walaupun terpaksa mengeluarkan wang sendiri tapi puas hati kerana bermula dari A-Z,kita yang buat.
4.Pengaruh persekitaran.Adik-beradik saya semuanya sudah memiliki rumah sendiri yang cantik ,selesa dan semestinya lebih besar daripada rumah saya kerana tinggal di bandar kecil.Mereka bolehlah beli rumah tanah lot.Saya hanya mampu beli rumah teres saja.Itupun dah kira bersyukur sebab agak selesa untuk kami berlima.
5.Pengaruh media massa.Banyak majalah yang dibeli memang menggugat iman untuk mengaplikasikan bahan-bahan yang dibaca.
6.Tercabar.Semasa mula-mula nak berpindah ke sini,kakak ipar yang tolong mengemas barang berkata rumah sewa yang didiami dulu banyak habuk.Terasalah pula hati kecil ni kerana kata-kata itu bermakna saya malas nak mengemaslah ni.Rumah sewa dulu memang kecil tapi barang-barang banyak.Tahu-tahu sajalah bila meyewa rumah,bukannya kita boleh buat apa-apa di rumah tu melainkan terpaksa menerima seadanya keadaan fizikal rumah tersebut.Sekarang ni saya dah buktikan...
Ahad, 26 Disember 2010
Minat Beralih Arah
Tahun 2010 sudah hampir ke penghujungnya.Dalam kerjaya,nampaknya tahun ini tahun yang menggembirakan.Paling gembira, Rumah Hang Nadim berjaya muncul juara keseluruhan setelah bertahun-tahun iaitu selama 12 tahun gelaran juara dipegang oleh Rumah Hang Lekiu.Penat melayan kerenah pelajar 3B yang tidak seperti lagak budak cerdik,keputusan PMR untuk subjek BM meningkat.Alhamdulillah..
Nampaknya tahun ini bidang penulisan saya yang seakan suam-suam kuku makin tidak menyerlah.Sememangnya saya bukanlah penulis yang tersenarai dalam golongan penulis yang ada,cuma minat untuk menggilap minat dan bakat dalam bidang penulisan mendorong saya untuk semakin maju demi kepuasan sendiri.Tapi,nampaknya pada tahun ini minat tersebut kian terpinggir kerana minat saya lebih tertumpu kepada seni dekorasi.Dalam kepala hanya ada idea untuk menghias rumah.Tiada idea, tangan pula cuba mencari idea dalam majalah yang bersepah di rumah sehingga tiada masa untuk idea bagi cerita baru.
Rabu, 22 Disember 2010
Kelarai
Tiba-tiba teringat motif kelarai ni.Anak-anak asyik menonton cd,saya dengan kerja saya mencari kelarai ni dalam internet.Dengan broadband yang kurang laju,kesabaran kian diuji.Masa mengawas SPM lepas ternampaklah motif sebegini dijadikan hiasan di dewan.Mulalah berangan untuk dijadikan hiasan dalam rumah.Hari ni baru dapat menjejaknya.Tapi,mana nak mencarinya kalau tidak membuatnya sendiri.Cuti sekolah dah nak habis,sempat lagikah nak buat projek ni?

Gambar2 ni c&p dalam internet.tuan2 punya minta halalkan sajalah ye terutamanya yang bernama intan tu...

Gambar2 ni c&p dalam internet.tuan2 punya minta halalkan sajalah ye terutamanya yang bernama intan tu...
Khamis, 16 Disember 2010
Mengapa Saya Menjadi Blogger?
Sehingga kini,sudah 260-an bahan telah berjaya memenuhi di laman blog saya.Tak pasti pula blog saya ini ada peminatnya atau tidak,namun itu bukanlah penghalang untuk saya terus menulis di sini kerana saya ada beberapa sebab blog peribadi yang sunyi sepi ini terus hidup dalam aura tersendiri.
1.Minat menulis mendorong saya menjadi penulis bebas.Biarpun bahasa saya hanya bahasa biasa dan kata-kata yang disusun tidak seindah bahasa-bahasa orang lain,namun untuk menyusun bahasa yang biasa itupun kebiasaannya menjadi kelu.Berhadapan dengan netbok menyebabkan minda berfikir panjang untuk memulakan ayat dan menyusun kata-kata.Apatah lagi untuk menyusun kata-kata yang luar biasa.
2.Minat untuk mempunyai catatan sendiri mendorong saya untuk mewujudkan blog peribadi.Walaupun blog ini kurang dikunjungi oleh blogger lain,namun keinginan untuk merakam catatan sendiri tentang kehidupan seharian supaya tulisan saya dapat ditatap pada masa akan datang tidak mematahkan semangat saya untuk menghidupkan rumah alam maya ini.
3.Tulisan saya ini bukanlah untuk mendapat pujian daripada orang ramai,namun cukuplah sekiranya saya dapat berkongsi sesuatu dengan orang lain terutamnya tentang agama kerana sampaikanlah walaupun sepatah kata.Berdakwah melalui tulisan cuba saya terapkan dalam blog ini walaupun tidak banyak.
4.Minat dalam IT membolehkan saya memahirkan diri dalam IT walupun pengetahuan masih cetek.
5.Menambah kenalan melalui alam maya.Mengeratkan silaturrahim dituntut dalam agama.Saya memang suka berkawan.Zaman persekolahan dulu,ramai penpall.Kini dua antaranya masih berhubungan lagi...

berpandukan buku ini,saya berjaya membina blog sendiri...

Sabtu, 3 Julai 2010
Koleksi Gelang Tangan
Apabila berkenan dengan gelang tangan yang dijual semalam,saya mula tercari-cari semula koleksi gelang saya.Semuanya ada 10 utas gelang tapi dua tak dijumpai sebab tak pasti tempat simpanannya.Kiranya dah banyaklah tu.Beberapa utas dah putus sebabnya gelang tu dah lama dibeli.Terpaksalah diikat dengan benang dahulu supaya tidak terlerai.Jarang-jarang sekali gelang tu dipakai.Gelang yang diikat emas sahaja yang selesa dipakai sekarang selain sifatnya yang nampak klasik kerana berjuntai-juntai. Memang menang membeli, tetapi alah memakai.Sebab itulah saya tidak membeli gelang yang dijual masa Hari Koperasi semalam untuk mengelakkan pembaziran.
Sabtu, 8 Mei 2010
Koleksi Terbaru Potmeirion
Ronda-ronda ke blog orang lain,berkenanlah pula dengan pinggan jenis ini. Warna hijua pulak tu,itu yang tergoda sangat.Cuba risik-risik,dapat beli juga.Melayang duit yang ada sedangkan duit kutu belum dapat lagi.
Label:
Koleksiku,
Minatku,
Potmeirion Botanic Garden
Selasa, 15 Disember 2009
Ragamku
Kemaruk dengan FB menyebabkan saya tiada masa untuk menulis blog.Rumah petama telah ditinggalkan beberapa hari.Saya hanya nampak kebaikan mengenai FB ni.Ternyata dengan Fb saya dapat menyebarkan maklumat yang lain daripada orang lain.Tentunya maklumat itu bukannya hanya untuk suka2 tetapi yg bermaklumat.Itulah saya.
Dengan FB, saya dapat berhubung semula dengan rakan lama,abang yang kadang kala dihubungi dan merapatkan hubungan saya dengan guru semasa saya di tingkatan 6 dulu..Apa2pun ,saya cuba untuk tidak taksud dengan perkenalan baru saya dengan FB kerana makin lama saya menghadap note book,makin banyak perkara yang tergendala.Paling malang, manuskrip sudah beberapa hari tidak dijengah.
Mengerjakan manuskrip dengan mengerjakan FB,masing2 berbeza.Saya memang tidak boleh lama menghadap note book untuk menulis manuskrip tetapi boleh berlama membaca blog dan FB.Mungkin disebabkan menulis memerlukan saya berfikir, jadi saya cepat bosan, apatah lagi untuk menghasilkan novel.Rasanya biarlah ini percubaan pertama dan terakhir kerana saya tidak ada kekuatan untuk menjadi novelis.Itu kenyataannya.
Siang tadi saya membeli novel mini di MPH. Sebenarnya istilah novel mini masih baru bagi saya, jadi saya memang nak mengetahuinya. Apabila ternampak sahaja buku tersebut,memang saya tidak berfikir panjang untuk membelinya walaupun penulisnya saya tidak kenal.Hanya untuk menjawab pertanyaan hati, saya membeli dua buah buku.Buku setebal 100 lebih itu memang sesuai untuk saya tangani jika saya benar2 ingin menjadi penulis kreatif.

Jumaat, 11 Disember 2009
Kemudahan IT
Salam pagi Jumaat. Catatan saya semalam tentang seorang sahabat dari Sabah.Tidak lama selepas saya menghantar mesej melalui FBnya,saya dihubunginya dan kami berhubung semula.Ternyata FB dapat menghubungkan rakan2 yang terputus hubungan kerana majoriti masyarakat yang celik IT akan menggunakan perkhidmatan ini.Ada juga saya terbaca tentang keburukan FB ni,tapi harap2 perkara itu tidak terjadi.
Geram melihat Fbnya yang mempunyai beberapa album yang dipenuhi dgn berpuluhan gambar,saya cuba untuk menerokai FB pula.Alhamdulillah,dapat juga saya buat 2 album.Anak2 memang suka melihat cd di runag tamu manakala saya buat kerja saya dlm bilik di tingkat bawah.Gambar dapat menceritakan segala-galanya tanpa bercakap panjang.Sekarang ni saya kemaruk FB dan bloglah pula.Pagi2 lagi buka FB di notebook sebelum anak2 bangun dari tidur.Yang penting, kenalan yang dah lama terputus hubungan dapat dijalinkan semula dan sekurang2nya perkembangan terkini antara rakan2 dapat diketahui melalui FB.
Jumaat, 2 Oktober 2009
Minat Saya Hanya Pada Buku Penulisan
Sekarang ni berlambak novel cinta antara kekasih menyebabkan kita sebagai pembaca sukar untuk membuat pilihan. Menghayati novel sebegini sudah saya alami sejak di tingkatan 3 dulu. Selepas SRP, saya menghabiskan masa dengan menikmati novel cinta di perpustakaan sekolah.Kini, saya mula jemu dengan tema sebegitu dan beralih arah kepada cinta dalam keluarga.
Tetapi yang paling dicari-cari kini ialah novel tentang dunia penulisan. Pahit getir menjadi penulis tidak lagi menjadi kegemaran penulis kerana novel sebegitu agak sukar dicari di pasaran.
Yang saya jumpa dan paling digemari hanyalah Sara Kirana. Banyak info tentang penulisan disentuh seperti cara untuk menghantar karya.Ilmu ini tidak dimiliki oleh orang yang baru nak bergelar penulis seperti saya. Untuk menambah kefahaman, saya bertanya sendiri kepada penulisnya iaitu Kak Ila. Terima kasih Kak Ila kerana tidak lokek memberi panduan.
Koleksi cerpen pula merupakan himpunan cerpen yang dikumpul semasa di USM dulu. Sukar untuk mencari buku sedemikian, saya mengumpulnya sendiri dengan sedikit kerajinan membelek-belek buku di perpustakaan U semasa hujung minggu. Jika orang lain sibuk 'outing' sama ada bersiar-siar, saya di perpustakaan. sekiranya koleksi tersebut dapat dibukukan, alangkah bagusnya. Tetapi, apalah daya saya, saya hanya mengumpul sahaja dan bukannya penerbit buku.
Ketiga-tiga buku yang dirangkum itu pula merupakan cara saya untuk mendapat panduan bagi menjadi penulis. Pantang ada buku sedemiian, cepat saja saya membelinya. Masalah wang tidak timbul kerana duit gaji tidak pernah kehabisan setiap bulan. Alhamdulillah...berkat belanja berhemat.
Selasa, 8 September 2009
Tulis di buku dahulu
Sudah seminggu cerita yang cuba saya siapkan tergendala. Ilham dan mood sudah kering dan hilang.Bila tiada idea dan mood untuk menulis, saya mulalah melayari blog penulis yang ingin saya dekati. Seronok apabila membaca blog mereka yang mengupas tentang proses kreatif masing2. Terima kasih kepada Kak Ila dan Kak Aina Emir. Tulisan di blog akak jadi panduan untuk saya.
Setiap penulis ada cara tersendiri. Begitu jugalah dengan saya yang baru nak belajar bagaimana nak berhadapan dengan komputer. Sememangnya saya tidak boleh menghadap komputer lama-lama kerana akan kebosanan. Memang begitulah selalunya. Apa jua yang saya buat, saya tidak mampu bertahan menghadap perkara tersebut lama-lama kecuali jika membaca novel yang minat.
Menyentuh mengenai cara saya menulis, saya akan menulis di buku terlebih dahulu. Kemudian barulah akan menaip di komputer. Semasa menaip, saya selalunya tidak akan terikat dengan apa yang ditulis di buku.Perubahan akan berlaku lagi bergantung kepada idea yang datang semasa menghadap komputer. Keadaan ini akan menyebabkan proses kreatif saya akan menjadi lambat.Biarlah, saya baru mahu belajar.Saya pernah juga cuba untuk terus menulis di komputer, tetapi tak menjadi. Lama saya termenung di depan komputer untuk mencari kata-kata yang sesuai. Lama membuang masa, terpaksa beralih di buku dahulu. Bila menghadap buku, laju pula jari-jemari saya menurunkan kata-kata. Sudah banyak buku yang telah digunakan untuk menyiapkan 200 muka surat cerita yang cuba saya tulis.

Sabtu, 29 Ogos 2009
Blog oh blog ...
Sejak dapat bina blog sendiri, saya makin seronok menerokai laman blog. Malang tak berbau apabila anak kecil saya pun seronok nak belajar sama. Tiba-tiba bahagian untuk buat editing menjadi kecil sekecilnya. Alamak, tak dapat nak bacalah pula. Kesannya nak buat editing pun tak boleh disebabkan tulisan tak dapat nak dibaca. Terbantut semangat nak belajar buat blog. Puas mencuba tapi tak berjaya sebab buta mata bab teknikal, akhirnya saya cuba untuk layari blog dengan windows internet explorer pula. Sebelum ni guna Mozilla Firefox. Alhamdulillah tak terjejas pun blog pada windows.Rupa2nya tak sama antara dua ni...Keadaan ini menyebabkan masa saya habis menghadap blog dan bukannya menyiapkan cerita yang tertangguh sekian lama. Apa2pun yang pasti saya bersungguh-sungguh apabila melakukan sesuatu perkara yang baharu.Itulah saya.Kini, saya belum pandai nak masukkan gambar.Puas mencuba tapi masih tak menjadi.Mesti cuba lagi. Cuba lagi...
Selasa, 25 Ogos 2009
Sekadar catatan diri
Keinginan untuk menghasilkan blog sendiri bermula apabila saya dapat bertukar sekolah.Pada minggu terakhir persekolahan di sekolah lama, saya mula bertukar-tukar alamat dengan murid kelas saya.Maka, salah seorang daripadanya iaitu ketua kelas yang agak becok mulutnya memberi alamat emelnya dan berserta blog kelas yang telah dibuatnya.Saya agak terkejut kerana murid yang baru berusia 13 tahun sudah pandai memanfaatkan teknologi. Murid2 sekarang lebih cepat meneroka bidang ini berbanding dengan gurunya.Apabila saya memberikan alamat emel, dia berkata,"dah maju cikgu sekarang". (Walaupun pada ketika itu saya menulis alamat emel di papan tulis,tapi dia seorang saja yang bersuara sebab dia memang banyak mulut.) Sememangnya saya agak maju kerana saya meminati IT dan cuba untuk menguasainya walaupun dengan inisiatif sendiri.
Pada mulanya saya minta dia yang ajar saya, tapi mungkin disebabkan dia sibuk kerana di sekolah, dia terlibat dengan perbagai aktiviti. Maklumlah murid2 kelas saya ni harapan sekolah. Mereka merupakan lepasan UPSR yang dapat 5A tapi tak nak ke mana-mana sekolah asrama.Saya faham keadaan mereka, jadi berpandukan buku, saya cuba sendiri.Kepada murid2 1 Gemilang SMK S19, jangan lupa diri.

Langgan:
Catatan (Atom)