Khamis, 20 Disember 2012

Tahun 2013 Tahun Hasilkan Buku?

Saya mengikuti fb tentang kursus penulisan  baru-baru ini. Kursus penulisan telah diadakan pada awal bulan Disember lalu tetapi tempatnya agak jauh.Susah juga hendak ke sana,maka saya tidak menyertai begkel tersebut.Tetapi disebabkan saya telah berdaftar dengan mereka,maka saya masih menerima emel daripada mereka.Terbaru,jika diberi satu pilihan,buku apakah yang akan saya tulis?Susah juga nak memberi satu jawapan sebab saya ada banyak idea nak menulis.Idea banyak tetapi usaha tiada....itulah masalah utama.

Jawapan saya,bukukan blog saya.Apabila difikirkan semula,siapalah saya ni nak membukukan kisah sendiri?Rendah dirilah pula.Maka jawapan yang seterusnya ialah hasilkan koleksi cerpen saya dan hasilkan buku tentang hobi-hobi yang ada.Manuskrip novel yang sudah lama saya cuba siapkan dah dilupakan padahal hasilnya yang ada cuma edit semula saja..

Apa-apapun moga tahun 2013 memberi ruang untuk ke arah itu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan