Rabu, 19 Disember 2012

Pinggan Corell dan Botanic Garden

Semalam agak sibuk menyiapkan modul BM tingkatan 3 hingga tiada masa nak buat catatan.Hari ni qada...bukannya nak berbangga dengan koleksi yang sedikit tapi sekadar nak berkongsi kerana ada rakan bertanyakan mengenai pinggan corelle.Saya membelinya semasa projek perumahan saya sedang naik.Rumah diduduki,saya sudah ada set pinggan mangkuk untuk digunakan.Tak perlu nak pening-pening cari pinggan tapi terbeli juga pinggan milamin Leno...

masa mula-mula beli secara bayaran kutu.RM 300 satu set.Masa ni pada 2008 untuk digunakan harian.hanya jenis ini saha yang dibeli walaupun pinggan makannya agak leper...

masa beli di Langkawi pada November 2010,mangkuk kecil RM 24 sebiji,pinggan lauk tu RM 29.sekarang?disebabkan pinggan makan agak leper,saya gunakan pinggan lauk ni untuk buat makan dan lauk.maka,pinggan ini mesti banyak...

tak kesampaian lagi nak menggunakan pinggan ni kerana sayang...teko sahaja RM 320.beli masa harga biasa...
beli dua set lagi untuk dapatkan cawan ni...bayaran secara kutu,tak terasa sangat tapi sudah mahal berbanding masa beli pada 2009 dulu...apabila diteliti cawannya,alamak!Cacatnya...
tak cantiknya,melekat begitu kerana digam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan