Cerita menjelang Merdeka..30/8
Dah lama tak ke Kedai
Eco RM 2 di Rawang.Hari ni nekad juga akan pergi setelah beberapa kali
menundanya.Bawa anak-anak memang dia akan teruja juga.Lepas makan tengah hari dan solat zohor,kami bertolak.Misi kali ni nak mencari
pelekat tiles yang tular dan mencari
kertas dinding berpelekat.Tak pernah lagi saya membeli kertas dinding
berpelekat di Kedai Eco.Teruja melihat banyak pinggan hijau.Bukan setakat
pinggan mangkuk hijau saja,banyak barang yang teruja sebenarnya cuma saya tak
mahu membeli banyak barang kerana di rumah sudah banyak barang dapur yang
ada.Pinggan plastik memang saya tak guna,begitu juga bekas-bekas yang lain
melainkan basen saja yang saya guna.Makanan pun banyak tapi rasa macam was-was
pula nak beli sekarang setelah tular biskut raya dari China tempoh
hari.Barang-barang yang saya selalu beli di Kedai RM 2 ialah mainan anak-anak
biarpun sehari saja yang tahan,barang-barang deko,alat tulis dan bekas plastik.
coraknya macam pinggan kaca
yang tular sekarang..ada hitam putih banyak,tak menarik pun tambahan pula ada lut sinar tu
ada sikit yang warna-warni tapi tak menarik juga sebab ada lut sinar.
berkenan juga dengan bekas ni tapi nak isi apa yer.dulu dah banyak saya borong bekas macam ni di Mr Diy
kertas dinding berpelekat,terbeli juga yang batu-bata tu
anak menunggu di situ sambil baca komik yang dibeli di Aeon Rawang sebelum ke sini
habuan si bongsu.di Aeon tadi dah beli 2 buah kereta.umi dah kena pau ni..