Ahad, 3 September 2017

Cuci-cuci Mata di Eco 2 Rawang

Cerita menjelang Merdeka..30/8
Dah lama tak ke Kedai Eco RM 2 di Rawang.Hari ni nekad juga akan pergi setelah beberapa kali menundanya.Bawa anak-anak memang dia akan teruja juga.Lepas makan tengah hari dan solat zohor,kami bertolak.Misi kali ni nak mencari pelekat tiles  yang tular dan mencari kertas dinding berpelekat.Tak pernah lagi saya membeli kertas dinding berpelekat di Kedai Eco.Teruja melihat banyak pinggan hijau.Bukan setakat pinggan mangkuk hijau saja,banyak barang yang teruja sebenarnya cuma saya tak mahu membeli banyak barang kerana di rumah sudah banyak barang dapur yang ada.Pinggan plastik memang saya tak guna,begitu juga bekas-bekas yang lain melainkan basen saja yang saya guna.Makanan pun banyak tapi rasa macam was-was pula nak beli sekarang setelah tular biskut raya dari China tempoh hari.Barang-barang yang saya selalu beli di Kedai RM 2 ialah mainan anak-anak biarpun sehari saja yang tahan,barang-barang deko,alat tulis dan bekas plastik.





coraknya macam pinggan kaca



yang tular sekarang..ada hitam putih banyak,tak menarik pun tambahan pula ada lut sinar tu


ada sikit yang warna-warni tapi tak menarik juga sebab ada lut sinar.






berkenan juga dengan bekas ni tapi nak isi apa yer.dulu dah banyak saya borong bekas macam ni di Mr Diy


kertas dinding berpelekat,terbeli juga yang batu-bata tu

anak menunggu di situ sambil baca komik yang dibeli di Aeon Rawang sebelum ke sini



habuan si bongsu.di Aeon tadi dah beli 2 buah kereta.umi dah kena pau ni..


3 ulasan:

  1. kedai macamni saya pun suka masuk. banyak pilihan barang dgn harga yg sgt berpatutan. memang rambang mata dibuatnya, terutama barang dapur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang rambang mata bila masuk ke sini..kalau ikutkan hati,semua barang nak dibeli..

      Padam
  2. Geram tngok smua brg2 kat kdai
    nie ,walaupun murah tapi berkualiti lagi2 brg2 dpur rambang mata dibuatnya..y6t

    BalasPadam