Ahad, 28 Mac 2010

Cuci Gambar Ruang Tamu...

Gambar ni belum dicuci lagi,maka tak dapatlah nak menghantar peraduan tu..


Untuk mencuci gambar, beberapa kedai telah saya pergi.Hanya satu kedai sahaja setakat ni yang gambar memuaskan.Saja untuk mencuba setelah tidak berpuas hati dengan satu kedai tu, saya pergi pula ke kedai yang satu lagi.Kedua-dua kedai terletak dalam deretan yang sama.Saya berpuas hati apabila juru jual memberitahu harga untuk satu keping gambar ialah 60 sen sahaja.

Sebaik sahaja saya meyerahkan pen drive,juru jual tersebut menyambung lagi bahawa caj RM 2 dikenakan jika mengambil gambar itu hari ini tetapi RM 1.00 sahaja jika mengambilnya esok.Dalam hati saya hanya mampu berkata,dah terkena dah.Nak tak nak, saya terpaksa juga membayar RM 10 untuk lapan keping gambar.Macam-macam taktik pekedai.Nasib baiklah gambar kali ini agak baik berbanding dengan kedai yang satu lagi.

Walau bagaimanapun, satu gambar tidak dapat dicuci kerana gambarnya telah rosak.Masalah lagi.Balik dari kerja, saya segera melakukan operasi kerana esok saya akan menyelesaikannya. Sudah lama saya ingin menyertai pertandingan anjuran Majalah Keluarga.Walaupun semuanya sudah siap, namun hingga kini masih belum berkesempatan untuk mengeposnya kerana minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk.

Kasihannya Demam Tak Dapat Kek Ben 10...


Semalam Hari Lahir Ammar yang kelima. Sudah lama saya berjanji dengannya untuk membeli kek Ben 10 bagi meraikan hari istimewanya itu.Tanpa bertanya kepada sesiapa yang lebih maklum, kami hanya ke Tecso Setia Alam untuk mencari kek tersebut.Kecewanya apabila kek tersebut tiada.Nak tak nak terpaksalah beli kek biasa saja.Sampai sahaja di rumah, Ammar terus demam.Kasihan sungguh.Kek tersebut disimpan sahaja dalam peti ais.Pagi tadi dia sudah baik.Nasib baiklah tidak melarat. Celik sahaja mata pagi-paginya, dia sudah meminta untuk memakan kek.

Ahad, 21 Mac 2010

Tak Sempat Dah...

Hari ini tarikh tutup untuk penyertaan pertandingan anjuran Berita Harian.Tak sempatlah pula nak hantar penyertaan sebab bilik tidur tak sempat nak ditatarias.Mungkin tahun depan sajalah penyertaan tu.Apa-apapun keselesaan rumah banyak mempengaruhi aktiviti seharian. Sehari suntuk berada di dalam rumahpun tak jadi masalah kerana ketenangan memang sudah ada di dalammnya.

Jumaat, 19 Mac 2010

Baca Karektor ...



Melihat keadaan meja kerja dalam blog ini,sudah pastilah yang berselerak...realitinya macam itulah.Susah nak habiskan satu-satu kerja dengan cepat sebabnya saya mudah jemu.

Selasa, 16 Mac 2010

Cuci Mata..



Jalan-jalan ke Shah Alam,singgah ke Sacc MAll dan ternampaklah kedai lukisan ni.Seronoknya cuci mata,tak dapat beli pun tak apa asalkan puas mata menyapu pemandangan dalam kedai lukisan tu.

Isnin, 15 Mac 2010

Peraduan Dapur Impiana



Dapur kering saya sudah berpuas hati kerana saya mengambil masa yang agak lama untuk memikirkan reka bentuknya.Dapur basah pula lain jadinya apabila suami ambil mudah menyerahkan kerja-kerja membuatnya kepada orang yang tak berkemahiran. Akhirnya, bumbung dibina tinggi,permukaan kabinet juga tinggi sehingga kerja-kerja memasak sangat memenatkan.Singki yang dipasang juga terbalik sehingga kerja mencuci pinggan mangkuk menjadi satu kerja yang merenyahkan..Jika menang pertandingan ini,alhamdulillah bahagianya saya.Nampaknya saya mesti membeli beberapa naskah majalah agar dapat menghantar beberapa penyertaan.

Ahad, 14 Mac 2010

Baru Separuh...




Hari Jumaat,saya berjaya melunaskan hasrat untuk menggantungkan bingkai-bingkai tersebut.Kali ini agak mudah sedikit kerjanya kerana pengalaman melakukan kerja-kerja yang sama pada hari Selasa lalu.Ada lagi bingkai gambar yang tidak digantungkan.MAcam manalah nak habis,belumpun bingkai gambar yang digantungkan,saya sudah membeli yang baharu.Susah-susah sangat,buat sendiri saja.Tapi,terdayakah?

Sabtu, 13 Mac 2010

Perkhemahan T5




Hari ini saya dikehendaki bertugas untuk program Perkhemahan Tingkatan 5.Kalau diikutkan memang saya tidak terlibat dengan program ini kerana saya hanya mengajar tingkatan 4,tetapi disebabkan saya juga merupakan guru penasihat PBSM,secara tidak langsung saya tidak boleh mengelakkan diri untuk hadir membantu beberapa ahli PBSM yang bertugas pada hari ini. Untuk slot waktu pagi, ahli PBSM dikehendaki menerangkan cara-cara melakukan rawatan kecemasan kepada peserta perkhemahan.Selepas mereka didedahkan dengan cara-cara untuk membuat rawatan kecemasan,mereka dikehendaki membuat praktikalnya pula. Markah mereka akan diambil.Penglibatan mereka akan menyumbang kepada markah kumpulan.Semasa dua kumpulan sedang mendengar demonstrasi tentang rawatan kecemasan, dua kumpulan lagi akan mengikuti latihan kawad kaki.Mereka juga akan dinila semasa menjalani latihan kawad.

Akhirnya...


Hari ini mula menerima majalah Keluarga yang dilangganan untuk bulan April.Semasa membelek majalah tersebut,tiada yang menarik hinggalah ruangan cerpen ni.Cerpen saya telah disiarkan. Macam tak percaya sebab lama sangat.Sudah setahun lebih saya menghantar cerpen tersebut,kini baru disiarkan.Apa-apa pun saya mampu tersenyum lebar kali ni. Alhamdulillah, tersiar juga akhirnya.

Khamis, 11 Mac 2010

Denda Oh Denda...


Menanda kertas ujian bagi kelas yang pandai merupakan satu cabaran kerana mereka semestinya akan menjawab dengan baik.Tetapi,sekiranya mereka masih lagi membuat kesalahan yang tidak patut dilakukan,perasaan geram memang tidak dapat dielakkan.Sudah berkali-kali saya mengingatkan mereka bahawa perkataan ialah,adalah,ini,ianya(memang tidak wujudpun perkataan ini tapi masih digunakan secara berleluasa)merupakan perkataan larangan.Mereka perlu beringat-ingat apabila ingin menggunakannya.Namun, masih ada lagi kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid saya. Denda yang saya kenakan sekiranya mereka membuat kesalahan menggunakan perkatan-perkataan tersebut masih tidak diendahkan.Denda dikenakan kerana saya sudah letih mengingatkan mereka tentang larangan tersebut.Biarlah dengan denda yang akan dibayar nanti,mereka akan ingat dan mula berhati-hati apabila menulis.

Pada masa ujianlah sesetengah daripada mereka cuba untuk yang menunjukkan kelebihan masing-masing dengan menggunakan perkataan-perkataan yang jarang-jarang digunakan sehingga saya terpaksa merujuk kamus.

Rabu, 10 Mac 2010

Syabas Untuk Diri Sendiri


Entah apa angin yang melanda,balik dari sekolah saya rajin pula untuk mencuba menggantungkan pinggan hiasan dengan kudrat sendiri.Padahal masa itu boleh saya gunakan untuk menyemak kertas ujian yang telah berlangsung kerana perkara itulah yang patut diutamakan agar cuti sekolah nanti tidaklah terkejar-kejar untuk menyiapkan kesemuanya.Inilah hasilnya atas susah payah selama hampir satu jam.Menakjubkan juga apabila saya berjaya melakukannya walaupun terasa hampir muntah selepas selesai kerja-kerja tersebut.Syabas untuk diri sendiri.

Selasa, 9 Mac 2010

Beli atau Tidak?


Melihat resipi dalam majalah Nur ini,teringat saya kepada mangkuk besar yang mempunyai cawan yang boleh digantungkan di sisinya.Berkali-kali saya berhasrat untuk membelinya tetapi sering terbantut hasrat tersebut disebabkan selalu berfikir,"Bolehkah mangkuk ini dimanfaatkan?Bila masa pula saya nak menggunakannya memandangkan saya memang jarang-jarang mengadakan majlis di rumah." Untuk membeli pinggan mangkuk, saya akn melihat kegunaannya terlebih dahulu. Jika sudah ada, saya akan berfikir banyak kali.Mungkin disebabkan saya bukannya jenis yang suka menambah koleksi pinggan mangkuk,hasrat untuk memiliki mangkuk tersebut pun akan difikirkan semula.Tapi, untuk memiliki buku dan baju,saya tidak perlu berfikir berkali-kali...Itulah kuasa buku dan baju berbanding pinggan mangkuk

Isnin, 8 Mac 2010


Dipetik daripada majalah Nur November 2009

Tertarik dengan kata-kata sebegini,tiba-tiba muncullah pula idea untuk membingkaikan kata-kata tersebut. Idea sudah ada tapi agak lama juga untuk mengambil masa untuk ke kedai bingkai gambar dan membingkaikannya.Hari ini, saya telah berjaya membingkaikan kata-kata hikmat tersebut dan masih sedang menunggu masa untuk menggantungkannya di dinding.Sabar sajalah menunggu masa untuk melihat hasilnya kerana kerja-kerja menggantungkannya hanya dilakukan oleh suami.Disebabkan terpaksa bergantung kepada suami,terpaksalah saya menunggu moodnya untuk melakukan kerja-kerja tersebut.

Khamis, 4 Mac 2010

Alahai sudah Hari Jumaat..

Esok sudah hari Jumaat.Cepatnya masa berlalu dan kini kedatangan hari Jumaat seakan-akan tidak dirasai kehadirannya setiap minggu.Mungkin juga disebabkan hari Jumaat merupakan hari bekerja,jadi rutin-rutin harian dilakukan seperti biasa sehingga terlupa hari itu hari Jumaat.Sukarnya nak menjadikan hari Jumaat hari yang bermakna...