Khamis, 11 Mac 2010

Denda Oh Denda...


Menanda kertas ujian bagi kelas yang pandai merupakan satu cabaran kerana mereka semestinya akan menjawab dengan baik.Tetapi,sekiranya mereka masih lagi membuat kesalahan yang tidak patut dilakukan,perasaan geram memang tidak dapat dielakkan.Sudah berkali-kali saya mengingatkan mereka bahawa perkataan ialah,adalah,ini,ianya(memang tidak wujudpun perkataan ini tapi masih digunakan secara berleluasa)merupakan perkataan larangan.Mereka perlu beringat-ingat apabila ingin menggunakannya.Namun, masih ada lagi kesalahan yang dilakukan oleh murid-murid saya. Denda yang saya kenakan sekiranya mereka membuat kesalahan menggunakan perkatan-perkataan tersebut masih tidak diendahkan.Denda dikenakan kerana saya sudah letih mengingatkan mereka tentang larangan tersebut.Biarlah dengan denda yang akan dibayar nanti,mereka akan ingat dan mula berhati-hati apabila menulis.

Pada masa ujianlah sesetengah daripada mereka cuba untuk yang menunjukkan kelebihan masing-masing dengan menggunakan perkataan-perkataan yang jarang-jarang digunakan sehingga saya terpaksa merujuk kamus.