Dah lama nak tukar lapik pinggan dengan pelekat ni.Hujung minggu tempoh hari baru sempat kerana buat awal-awal pagi.Jam 5.30 pagi peti ais dah dikerjakan.Orang lain,bangun awal pagi untuk siapkan sarapan tapi saya pula mengemas rumah.Tak perlu nak kalut buat sarapan pagi-pagi kerana kami hanya makan roti bakar saja.Kalau rajin sangat barulah masak untuk sarapan.
dah lama kd ni ditampal untuk menutup cela
lapisan plastik yang mesti dibuang.susahnya nak buka plastik tu
bahagian bawah memang dibiarkan tak dilekat supaya mudah untuk melihat isi dalamnya
nampak kelas coraknya bila dialas dengan lapik pinggan
nota kaki:tak pasti dapat bertahan berapa lama





