Beberapa orang rakan masih merancang untuk menziarah walaupun hari raya telah berlalu.Semua ni gara-gara kunjungan ke rumah seorang daripada rakan pada hari Isnin yang lalu.Memandangkan kunjungan kali ini ke beberapa buah rumah,maka rakan-rakan yang akan menerima kunjngan yang kedua dan seterusnya tidak menyediakan banyak makanan, hanya satu sahaja supaya tiada pembaziran yang ketara.Saya hanya menyediakan triple sahaja.Nampaknya kali ini barulah triple menjadi seperti yang pernah saya buat pada tahun-tahun lepas.Rumah saya merupakan rumah yang ketiga.Apa yang kelakarnya, seorang daripada rakan hanya datang ke rumah semata-mata ingin melihat kabinet dapur di rumah saya memandangkan saya pernah memberitahu bahawa kabinet dapur saya pernah disiarkan dalam Anjung Seri.
Paling kelakarnya,sebaik saja masuk ke dalam rumah, rakan saya itu bertanya,"mana dapurnya?"Setelah melihat ruang dapur yang tak seberapa tu, akak tersebut terus pulang tanpa sempat minum air pun kerana tergesa-gesa ada urusan lain.Tetapi,demi memenuhi hasratnya untuk melihat keadaan rumah saya terutamanya ruang dapur, dia sanggup singgah seketika.Secara peribadinya, kabinet dapur yang ada di rumahlah menjadi satu tempat untuk mencuci mata.Menghias rumah menjadi satu cara untuk melepaskan tekanan.Menikmati suasana di dalam rumah menjadi terapi mata dan minda bagi saya.Oleh sebab itu, setiap sudut saya penuhi dengan pelbagai corak hiasan yang menarik mata saya memandang.





