Sabtu, 24 September 2011

Jogathon 2011

tunggu nombor cabutan bertuah dibaca.berdebarnya.siapalah yang dapat notebook,basikal pixie dan motosikal tu...






Jogathon sekolah berlangsung hari ini.Matlamatnya ingin mengutip dana sebanyak RM 70 ribu untuk memperbaik keadaan sekolah.Hanya tiga minggu sahaja kutipan berlangsung.Pada mulanya,kutipan seperti tidak berjalan kerana kelas saya sendiri tiada pun pelajar yang membuat bayaran pada minggu pertama dan kedua.Saat-saat akhir barulah ada penyerahan wang daripada pelajar.Melihat situasi pelajar saya yang kurang berminat untuk membuat kutipan atau menderma, perasaan bimbang pula muncul jika tidak mencapai sasaran..Semasa majlis penutupan berlangsung, angka tidak rasmi ialah RM 67 ribu sudah dapat dikumpul.Alhamdulillah...hampir mencapai sasaran walaupun pada mulanya tidak menampakkan perkembangan yang positif.Nampaknya kebanyakan nombor bertuah berpihak kepada pelajar.Basikal,notebook dan motosikal pun menjadi milik pelajar.Sudah rezeki mereka. Kebanyakan guru pulang dengan perasaan hampa kerana nombor mereka tidak bertuah tetapi seronok kerana angka kutipan hampir mencapai sasaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan