Selasa, 28 Mei 2013

Ruang Dobi

Perlukah ada ruang dobi di rumah?Mungkin ya atau tidak kerana bergantung kepada cara hidup seseorang.Rasa-rasanya di dalam rumah sesiapapun,memang ada ruang dobi cuma tidak dilabel dan dihidupkan ruang tersebut menjadiruang yang menonjol.Di mana-mana kita mencuci pakaian, di situlah ruang dobi di rumah kita.

Mungkin ruang mendobi merupakan ruang yang kurang penting, maka pemaju kurang menekankan ruang kecil ini.Sekadar mencuci mata untuk ruang dobi yang kecil bagi rumah teres,
 gambar-gambar daripada GOOGLE ni boleh dijadikan panduan.

Jika ruang dobi ada dibenak fikiran masa mula-mula memasuki rumah baharu dulu, mungkin idea ini boleh diambil. Kini, buatlah yang termampu dan seadanya kerana ruang di belakang yang seluas 5 kaki tu dah sempit sangat.




Tersembunyi...

Ceria ruang ni.Warna  hijau lagi...


@Projek ruang dobi di ruang belakang belum selesai lagi.Rak gantung belum dijumpai.Rak gantung tu untuk apa ye jika dah ada tempat untuk letak perkakas mencuci?

Seni Menyusun...

Teruja, terpegun dan kagum juga melihat susun atur baju dan barangan dalam beg tangan seperti ini kerana saya bukanlah seorang yang sebegitu.Apa-apapun, gambar ini boleh dikongsikan juga..

 
 Tas tangan perlu ada banyak ruangan yang diasingkan sebegini. Bagi seorang cikgu,beberapa item tambahan mesti ada dalam tas tangan seperti pen,kertas,wang(duit PIBG,persatuan,kelas,buku pelajar mungkin akan  bercampur aduk dengan duit sendiri jika tidak diasingkan),buku catatan,tisu dan kadang kala alat tulis pun mesti ada perlu diletakkan dengan sistematik.
Saya memang kagum dengan wanita berkerja yang sempat menyusun baju sebegini.Sangat kagum jika dapat bertahan lama(tidak berselerak apabila mengambil baju)Dah dua tahun rasa-rasanya saya menyangkut semua baju yang ada.Sekarang,baju si kecil Akmal yang berumur setahun lebih pun digantung juga kerana saya MALAS nak melipat kain.Dah sangkut bajupun tapi masih ada sisa-sisa pakaiana dalam bakul...

Isnin, 27 Mei 2013

Cerita Apabila Subjek Lukisan

Sekolah rendah:
Sebelum peperiksaan PSV bermula,Ammar dah mula cuba buat.Jika nak diikutkan kehendaknya,mahu saja dia membuat topeng mata tapi tak pandailah pula nak tebuk bahagian matanya.Tahun lepas,dia nak buat topeng, saya cuba buatkan di rumah dahulu.Di sekolah barulah dia siapkan kerana dah saat akhir pun semua benda dia tak tahu.Makanya lukisannya hanya mendapat C kerana telah disiapkan separuh di rumah.
Kali ini,biarlah perkara itu tak berlaku lagi.Soalan paling mudah ialah teknik capan dengan benang bulu?Apa kah benang bulu?Satu masalah juga.Setelah digoogle,barulah tahu.Rupa-rupanya benang kait.

Macam mana nak buat cap?Tanda tanya juga tapi disebabkan malas nak bertanya sesiapa, saya hanya merujuk contoh yang ada dalam buku lukisannya.Dicap begitu sahaja tetapi cat janganlah cair sangat.Makanya,kena buat di kertas lain dahulu untuk beberapa cap supaya nampak kesan benang di kertas lukisan.




Sekolah menengah:
Soalan untuk kertas lukisan juga diberi awal supaya pelajar boleh melukis terlebih dahulu di rumah.Rata-rata soalan apabila dah nak ambil SPM ni mesti ada objek orang.Jika tak pandai melukis,belajarlah rajin-rajin masa di tingkatan 3 supaya tidak tercampak di aliran sastera yang ada subjek lukisan.

Apabila dah besar panjang ni,rata-rata pelajar malas nak membuat persedian yang secukupnya di rumah.Di sekolahlah baru terhegeh-hegeh nak melukis.Keseluruhan lukisan yang dihasilkan tidaklah baik kerana saya yang merupakan guru yang bertanggungjawab mengutip kertas lukisan mereka sempat memerhati satu-persatu lukisan yang dihasilkan.Hanya yang ini agak menarik.

Semasa mengawas pelajar yang sedang menduduki kertas lukisan ni, sempatlah saya pergi meja ke meja memerhatikan kerja mereka.Rata-ratanya akan tersenyum apabila saya mendekati hasil kerja mereka yang tak seberapa tu.Apabila sampai di meja salah seorang daripada mereka, pelajar berkenaan bertanya saya: "cikgu pandai lukis?"soal pelajar lelaki bukan Melayu itu dengan nada menyindir seolah-olah lukisan yang dihasilkannya tu sangat cantik hingga saya tidak akan setandingnya jika saya melukis.
"Memang cikgu tak pandai melukis.Tapi cikgu belajar bersungguh-sungguh supaya tak akan masuk dalam aliran sastera,tak akan ambil subjek lukisan."Saya menjawab dengan geram.
Dalam hati,boleh pula dia nak menyindir cikgu.Budak sekarang memang beza dengan zaman saya menjadi pelajar dulu.

comelnya  ketam ni...

kena tunggu lukisan  kering dulu walaupun perut dah berkeroncong...
cantik wanita ni...

Ahad, 26 Mei 2013

Kad Kahwin




Sekadar berkongsi kad undangan perkahwinan yang diterima.Menarik dan pasti akan diingati kerana lain daripada yang lain..Kad dalam bentuk buku latihan,sesuai untuk para guru yang akan melangsungkan perkahwinan...

Gelagat Ibu & Anak


 ummi yang terover pose...

 dah mengantuk ke?hahaha...tak siap sedia lagi dah diambil gambar...Akmal kata JANGAN ...TAK READY LAGI!
 aktiviti di rumah,apa-apa yang dibuat nampak dek mata kepungan yang baik dah dibuat.(tangga dah dipasang pagar, pintu bilik sentiasa ditutup,benda-benda tajam mudah-mudahan sentiasa diletak tinggi)bila balik ke rumah neneknya,Ya Allah...penatnya ummi nak mengepung

Kucing Makin Banyak...

Tak puas lihat gambar yang diedit sebegini...Tengok blog orang macam cantik saja...

Akmal Gunting Rambut

Sebelum ni hanya sekali Akmal gunting rambut.Dah setahun,rambutnya kembali panjang.
Dengan cuaca yang panas,nampak sangat merimaskan. Nak dibawa ke kedai gunting,tak
nampak jalan sebab dia sangat aktif seperti abang-abangnya.Abang-abangnya pun bila dah
 umur 6 tahun baru boleh dibawa ke kedai gunting.Makanya, ayahnyalah yang jadi tukang gunting.Itupun,setahun sekali rasa-rasanya dia menggunting rambut Ammar dan Adib.
Sebab itulah,rambut selalu panjang.

Anak bongsu nipun samalah kisahnya.Rimas sangat tengok rambut Akmal yang
dah menutup mata, masa mandikannya,saya gunting rambut.Bahaya juga
 cara ni tetapi masa itulah dia boleh diam kerana
 leka main air.Harap-harapnya lepas ni ayahnya akan gunting jadi cantik selayaknya wajah anak lelaki tetapi tidaklah pula.

Tak apalah,umur baru nak masuk dua tahun,muka ada iras perempuanpun tak apalah.Nanti dah masuk sekolah,terpancarlah wajah kelelakiannya tu macam abang-abangnya...




Jumaat, 24 Mei 2013

Cuti Sekolah Lagi...

Hari ni seharian melayan Akmal yang masih kurang sihat kerana ulsernya belum baik.Gusinya bengkak-bengkak kerana gigi baru nak tumbuh.Lain macam sikit perkembangan si bongsu ni.Abang-abangnya tak pernah pula kena ulser dan mulut bengkak apabila ada gigi baru nak tumbuh.Nasib baiklah kertas pepeiksaan sudah habis ditanda.Satu kelegaan yang amat terasa apabila sudah selesai menanda kertas peperiksaan.

Nampaknya cuti dua minggu boleh diisi dengan aktiviti bebas tapi kerja sekolah belum selesai juga lagi.Folio sejarah belum disemak lagi.Fail ULBS dan PLBS juga belum disentuh.Markah lisan pelajar belum dimasukkan dalam fail.

Pelajar 3 E juga bersemangat nak mengecat kelas.Sudah habis satu semester sekolah baru nak mengecat kelas?Sebenarnya,awal-awal tahun lagi mereka nak mengecat tapi saya tidak izinkan tapi saya tak yakin mereka boleh uruskan sendiri.Apabila jamuan Hari Guru baru-baru ini mereka boleh uruskan,maka saya mesti yakin bahawa mereka boleh buat.Makanya,cuti ni kena ke sekolah kerana mereka nak mengecat kelas.

Sabtu, 18 Mei 2013

Forum Remaja Selangor 2013

Forum Remaja Selangor 2013 telah berlalu pada 14 Mei yang lalu.Saya merupakan guru yang mengendalikan forum di peringkat sekolah,makanya saya terlibat secara langsung dalam majlis ini.Sebagai Ajk pendaftaran,kerjanya sememangnya sebagai penyambut tetamu.Sayalah yang meletak label hakim,penjaga masa dan pendaftaran.Jika saya yang duduk di meja depan,memang itupun tugas saya.Tapi,paling tidak disangka,saya yang baru ada sedikit pengalaman menjadi hakim bagi forum tiba-tiba perlu  berada di depan untuk sama-sama mengadili pertandingan tersebut. Apa-apapun,pengalaman yang amat berharga pada hari itu.Daripada pengalaman,kita belajar.

 



Ahad, 12 Mei 2013

Kisah Duit RM 1 dan RM 100


Wang kertas RM1 dan RM100 diperbuat dari kertas yg sama dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Ketika dicetak, mereka bersama, tetapi berpisah di bank dan beredar di masyarakat.

Bagaimanapun, 4 bulan kemudian mereka bertemu semula secara tidak sengaja di dalam dompet seorang pemuda. Maka mereka pun berbual:

Wang RM100 bertanya kepada RM1: "Kenapa badan kamu begitu lusuh, kotor dan berbau hamis?"

RM1 menjawab : "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus ke tangan orang bawah daripada buruh, penjaja, penjual ikan dan di tangan pengemis."

Lalu RM1 bertanya balik kepada RM 100; "Kenapa kamu kelihatan begitu baru, rapi dan masih bersih?"

RM100 menjawab : "Kerana sebaik saja aku keluar dari bank, terus disambut perempuan cantik, dan beredarnya pun di restoran mahal, di kompleks membeli-belah dan juga hotel berbintang serta keberadaanku selalu dijaga dan jarang keluar dari dompet."

Lalu RM1 bertanya lagi : "Pernahkah engkau berada di tempat ibadah?"

RM100 menjawab : "Belum pernah"

RM1 pun berkata lagi : "Ketahuilah walaupun aku hanya RM1, tetapi aku selalu berada di seluruh tempat ibadah, dan di tangan anak-anak yatim piatu dan fakir miskin bahkan aku selalu bersyukur kepada Tuhan. Aku tidak dipandang sebagai sebuah nilai, tetapi adalah sebuah manfaat."

Lantas menangislah RM100 kerana berasa besar, hebat, tinggi tetapi tidak begitu bermanfaat selama ini.

MORAL CERITA INI :
Bukan berapa besar hasil pendapatan kita, tetapi berapa manfaat hasil pendapatan kita untuk diguna ke jalan yang benar kerana kekayaan bukanlah untuk kesombongan.

Kisah Duit 20 Sen

Tersebut kisah ada seorang Imam yang telah dipanggil ke suatu tepat untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang... baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut.

"Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya.

"Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," hati kecilnya berkata-kata.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti.

Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"

Ps/
Janganlah gadai iman kita dengan seberapa besar pun nilai wang.. kerana iman tak boleh dijual beli...



Khamis, 9 Mei 2013

Terkesan...

Kata-kata di atas sangat terkesan.Sejarah tentang proses kemerdekaan yang diajar kepada pelajar tingkatan 3 masih terkesan.Jerihnya untuk menuntut kemerdekaan negara.
Bahang pilihan raya baru-baru ini sangat mengejutkan.Bukan untuk menyalahkan sesiapa tetapi sekadar ingatan untuk diri sendiri,hayatilah lagu WARISAN.Semasa praktikum dulu,saya hampir menitiskan air mata semasa menyanyikan lagu tersebut(persembahan Hari Guru) kerana mengenangkan pelajar-pelajar yang malas dan tak minat belajar.

Isnin, 6 Mei 2013

Sejarah Pilih Raya Umum Malaysia

Blog ini bukanlah blog politik tetapi sebagai rakyat Malaysia yang juga merupakan guru sejarah,tulisan ini perlu ada dalam blog saya.Lagipun,saya juga telah lupa dua tarikh penting dalam hidup saya iaitu
@@@bila saya mengundi untuk kali pertama.Memori yang ada dalam kepala mengatakan semasa di USM.Memori diganggu pula oleh ingatan yang mengatakan waktu pertama kali saya mengundi iaitu selepas saya berkahwin.Kelirunya??
@@@bila tarikh saya berpindah ke sekolah yang kedua ketiga kerana sekolah kedua berlebihan guru.Seingat saya,selepas pilihan raya,tetapi bila?...


PRU PERTAMA(1959)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 27 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 Julai, manakala hari pengundian ialah pada 19.Ogos. 1959.

Keputusan PRU 1959, adalah seperti berikut:

Parti Perikatan(kini dikenali sebagai Barisan Nasional) : memenangi 74 kerusi.
Parti Negara : memperolehi 1 kerusi
Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- kini dikenali sebagai PAS : memperolehi 13 kerusi
Barisan Sosialis : memperolehi 8 kerusi
Parti Malaya : memperolehi 1 kerusi
Bebas : memperolehi 8 kerusi

PRU KEDUA(1964)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 1 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 25.April. 1964.

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:
Parti Perikatan : memperolehi 89 kerusi.
Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 9
Barisan Sosialis : memperolehi 2 kerusi
Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 2 kerusi
Parti Demokratik : memperolehi 1 kerusi
Parti Tindakan Rakyat( PETIR) : memperolehi 1 kerusi

PRU KETIGA(1969)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 20 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 5 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 10.Mei. 1969. Tempoh berkempen ialah selama 35 hari.

Keputusan PRU 1964, adalah seperti berikut:
Parti Perikatan : memperolehi 74 kerusi.
Parti Islam Pan-Malaysia(PMIP)- memperolehi 12 kerusi
Parti Progresif Penduduk (PPP) : memperolehi 4 kerusi
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) : memperolehi 13 kerusi
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 13 kerusi
Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) : memperolehi 8 kerusi
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP): memperolehi 5 kerusi
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi
Parti Pesaka Sarawak(PESAKA): memperolehi 2 kerusi
Persatuan Cina Sabah (SCA) : memperolehi 3 kerusi
Bebas: memperolehi 1 kerusi

PRU KEEMPAT (1974)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 31 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 8 Ogos, manakala hari pengundian pula ialah pada 24. Ogos. 1974. Tempoh berkempen ialah selama 16 hari.

Keputusan PRU 1974, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 135 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) : memperolehi 9 kerusi
Parti Keadilan Masyarakat Malaysia(PEKEMAS): memperolehi 1 kerusi

PRU KELIMA (1978)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 12 Jun. Tarikh penamaan calon pula ialah 21 Jun, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Julai. 1978. Tempoh berkempen ialah selama 17 hari.

Keputusan PRU 1978, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 130 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 16 kerusi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi
Pertubuhan Rakyat Sarawak (SAPO): memperolehi 1 kerusi
Bebas : memperolehi 2 kerusi

PRU KEENAM (1982)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 29 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 7 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 22. April. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 15 hari.

Keputusan PRU 1982, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 132 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 5 kerusi
Bebas : memperolehi 8 kerusi

PRU KETUJUH (1986)
Tarikh pembubaran parl
imen ialah pada 19 Julai. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Julai, manakala hari pengundian pula ialah pada 3. Ogos. 1986. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari.

Keputusan PRU 1986, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 24 kerusi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 1 kerusi
Bebas : memperolehi 4 kerusi

PRU KELAPAN (1990)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Oktober. Tarikh penamaan calon pula ialah 11 Oktober, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Oktober. 1982. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari.

Keputusan PRU 1990, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 127 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 20 kerusi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi
Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 14 kerusi
Parti Semangat 46 : memperolehi 8 kerusi
Bebas : memperolehi 4 kerusi

PRU KESEMBILAN (1995)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 6 April. Tarikh penamaan calon pula ialah 15 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 25. April. 1995. Tempoh berkempen ialah selama 10 hari.

Keputusan PRU 1995, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 162 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 9 kerusi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 7 kerusi
Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 8 kerusi
Parti Semangat 46 : memperolehi 6 kerusi
Bebas : memperolehi 4 kerusi

PRU KESEPULUH (1999)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 10 November. Tarikh penamaan calon pula ialah 20 November, manakala hari pengundian pula ialah pada 29. Novemberl. 1999. Tempoh berkempen ialah selama 9 hari.

Keputusan PRU 10, pada tahun 1999, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 148 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 10 kerusi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 27 kerusi
Parti Bersatu Sabah (PBS) : memperolehi 3 kerusi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 5 kerusi

PRU KESEBELAS(2004)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 4 Mac. Tarikh penamaan calon pula ialah 13 Mac, manakala hari pengundian pula ialah pada 21. Mac. 2004. Tempoh berkempen ialah selama 8 hari.

Keputusan PRU 11, pada tahun 2004, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 199 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 12 kerusi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 6 kerusi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 1 kerusi
Bebas : memperolehi 1 kerusi

PRU KEDUA BELAS (2008)
Tarikh pembubaran parlimen ialah pada 13 Febuari. Tarikh penamaan calon pula ialah 24 Febuari, manakala hari pengundian pula ialah pada 8. Mac. 2008. Tempoh berkempen ialah selama 13 hari.

Keputusan PRU 12, pada tahun 2008, adalah seperti berikut:
Barisan Nasional : memperolehi 140 kerusi.
Parti Tindakan Demokratik(DAP) : memperolehi 28 kerusi
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) : memperolehi 23 kerusi
Parti Keadilan Rakyat (PKR) : memperolehi 31 kerusi
Bebas : memperolehi 1 kerusi

PRU KETIGA BELAS
Tarikh penamaan calon pada 20 April, manakala hari pengundian pula ialah pada 05 Mei 2013.

Ahad, 5 Mei 2013

Jom Istiqamah

Bicara Tentang Kubur





Nasihat Kubur:

1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan berSILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH

5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"..



Sabtu, 4 Mei 2013

Dekorasi Rumah Islamik

Perkara yang dilarang
1) Islam mengharamkan membuat bejana dari emas atau perak dan seperei-seperei sutera murni dalam rumah seorang muslim

. Nabi sendiri memberikan ancaman keras terhadap orang yang cenderung kepada cara-cara ini.Perhiasan berupa pinggan mangkuk yang diperbuat daripada emas dan perak tidak dibenarkan.
- Ini kerana boleh menimbulkan sifat riak atau sombong atas kelebihan yang dimiliki oleh seseorang.


2)Islam mengharamkan dalam rumahtangga Islam meliputi masalah patung. Sebab adanya patung dalam suatu rumah, menyebabkan Malaikat akan jauh dari rumah itu, padahal Malaikat akan membawa rahmat dan keridhaan Allah untuk isi rumah tersebut.

Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Malaikat tidak akan masuk suatu rumah yang di dalamnya ada patung." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

3)Gambar berupa penyanyi yang mendedahkan aurat tidak dibenarkan.
-Hal ini kerana  melambangkan keagungan dan perasaan memuja-muja manusia.

Rumah yang ada hiasan patung serupa macam kuil.Malaikat rahmat tidak akan masuk kerumah yang ada patung.Sebaliknya jadi sarang syaitan tempat berteduh.

Ibnu Abbas pernah solat tempat ibadah agama lain kecuali tempat ibadat mereka yang ada patung di dalamnya.[HRBukhari] 

4)Jangan Memelihara Anjing

Hadis riwayat Ibnu Umar ra., ia berkata : "Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa memiliki anjing selain anjing penjaga ternak dan anjing pemburu maka setiap hari pahala amalnya berkurang dua qirath." (Shahih Muslim No.2940) 

Perkara yang digalakkan
1) Perhiasan yang dibenarkan merupakan gambar-gambar yang memaparkan pemandangan alam atau tulisan khat.
- Gambar dan tulisan khat ini boleh menyuntik perasaan insaf akan kebesaran dan keagungan ciptaan Allah s.w.t.
2)Islam mengharuskan kita memaparkan foto orang alim atau orang yang mempunyai kelebihan dari ketokohan dan kelebihan ilmu Islam. 
- Gambar-gambar ini diharuskan kerana ia boleh dijadikan contoh dan akan memberikan semangat kepada orang lain yang memandangnya.
3)Gambar keluarga untuk kenangan dan haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan dalam Islam.
4)Bekas acuan atau bekas-bekas kuih raya yang berbentuk haiwan seperti acuan kuih dibenarkan
5)Perhiasan seperti permaidani yang berlatar belakangkan gambar haiwan dibenarkan, kerana permaidani diletakkan dikedudukan yang rendah atau atas lantai, yang dipijak setiap hari dan tidak membayangkan ianya diagungkan. 
6)Tanamlah Pokok agar Teduh dan Sejuk - Tanamlah pokok dan pokok hiasan di rumah anda sehingga rumah anda teduh dan mendapat udara segar dari oksigen yang dikeluarkan pohon tersebut. Kenyamanan naungan pohon ini digambarkan Allah sebagai berikut: 

"Dan naungan (pohon-pohon Syurga itu) dekat di atas mereka dan buahnya dimudahkan memetiknya semudah-mudahnya." [Al Insaan:14]




Rumah Islamik Pemangkin Ruh Muslim

Rumah Islamik Pemangkin Ruh Muslim

Jumaat, 3 Mei 2013

Internet dan Quran...

Mungkin kita tidak sedar kenyataan ini.Hanya renungan untuk semua...

Subhanallah...

Subhanallah .. sebuah Al-Quran yang berusia 1400 tahun telah ditemui .. Al - Quran ini ditulis tangan.. Subhanallah!

Rabu, 1 Mei 2013

Proses Buat Mural

Minggu lepas,saya bekerja tujuh hari seminggu.Maknanya tiada cuti untuk saya pada minggu lepas.Semuanya gara-gara Mural KPJ.Banyak proses untuk membuat mural,tetapi jika tidak mencuba, mana pula datangnya pengalaman.Sememangnya kerja luar seperti ini sangat digemari oleh pelajar, tetapi sayangnya sedangkan minggu lepas merupakan minggu akhir sebelum menjelang peperiksaan pada minggu ini.Dengan rasa bersalah (menyebabkan mereka keluar kelas),saya asyik berpesan sahaja supaya mereka  ulang kaji pelajaran di rumah.
Sebenarnya,untuk membuat mural,banyak proses yang mesti dilalui.Peralatan juga mesti diambil kira.Nasib baiklah Panitia Seni ada menyediakan warna untuk mural.Jika tidak,mana pula nak ambil wang untuk beli warna?Sesungguhnya,pengalaman menghasilkan mural ini  menyedarkan saya bahawa kita jangan mengharapkan segala perancangan kita akan berjalan lancar kerana kita hanya merancang tetapi tuhan jua yang menentukannya.

Proses membuat mural:


Mula-mula sekali mesti buat lakaran.Lakaran jangan pula setakat sahaja tapi menggambarkan gambar yang sebenar yang.Jangan pula tiba masa nak melukis,berubah fikiran nak melukis objek lain...tak menjadi nanti.

Kemudian,cat putih dinding.Nak ukur dahulu atau terus cat,tak kisah.Tetapi biarlah kita tahu ukuran mural dahulu supaya bila dah habis cat,tak timbul masalah ukuran tak cukup.Lepas tu,buat garisan grid sebab gambar yang nak dilukis nanti dalam saiz yang besar.Hari Selasa baru boleh melukis kerana waktu petang hujan turun.

Barulah proses melukis.Disebabkan masa agak suntuk,melukis dan mewarna dibuat serentak.Hari yang ketiga baru tiba proses ini.
Lukisan sebelum diubah yang baharu.Hari Jumaat,gambar kena tukar kerana tidak menepati tema.
Hari Ahad,terpaksalah cikgunya buat juga kerana kesuntukan masa...
Hari Ahad...jam 1 lebih baru siap...

pada orang yang tak tahu seni nampak cantik saja mural ni tapi banyak yang  tak kenanya pada mata cikgu seni...biarlah,ini yang termampu buat....

Alhamdulillah,siap juga akhirnya walaupun mereka kerap mengecat dinding kerana salah teknik.Tujuh hari mereka menghadap mural ni.Jika lakaran mereka betul dan tiada sikap suka mengubah pada saat-saat akhir,mungkin hasilnya lebih baik.


Nota kaki:
Apabila buat kerja saat akhir,agihan kerja tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang kerja tersasar.Makanya,ramailah yang ambil kesempatan meloloskan diri dan tidak laksanakan kerja dengan bersunguh-sungguh.