Minggu lepas,saya bekerja tujuh hari seminggu.Maknanya tiada cuti untuk saya pada minggu lepas.Semuanya gara-gara Mural KPJ.Banyak proses untuk membuat mural,tetapi jika tidak mencuba, mana pula datangnya pengalaman.Sememangnya kerja luar seperti ini sangat digemari oleh pelajar, tetapi sayangnya sedangkan minggu lepas merupakan minggu akhir sebelum menjelang peperiksaan pada minggu ini.Dengan rasa bersalah (menyebabkan mereka keluar kelas),saya asyik berpesan sahaja supaya mereka ulang kaji pelajaran di rumah.
Sebenarnya,untuk membuat mural,banyak proses yang mesti dilalui.Peralatan juga mesti diambil kira.Nasib baiklah Panitia Seni ada menyediakan warna untuk mural.Jika tidak,mana pula nak ambil wang untuk beli warna?Sesungguhnya,pengalaman menghasilkan mural ini menyedarkan saya bahawa kita jangan mengharapkan segala perancangan kita akan berjalan lancar kerana kita hanya merancang tetapi tuhan jua yang menentukannya.
Proses membuat mural:
Mula-mula sekali mesti buat lakaran.Lakaran jangan pula setakat sahaja tapi menggambarkan gambar yang sebenar yang.Jangan pula tiba masa nak melukis,berubah fikiran nak melukis objek lain...tak menjadi nanti.
Kemudian,cat putih dinding.Nak ukur dahulu atau terus cat,tak kisah.Tetapi biarlah kita tahu ukuran mural dahulu supaya bila dah habis cat,tak timbul masalah ukuran tak cukup.Lepas tu,buat garisan grid sebab gambar yang nak dilukis nanti dalam saiz yang besar.Hari Selasa baru boleh melukis kerana waktu petang hujan turun.
Barulah proses melukis.Disebabkan masa agak suntuk,melukis dan mewarna dibuat serentak.Hari yang ketiga baru tiba proses ini.
Lukisan sebelum diubah yang baharu.Hari Jumaat,gambar kena tukar kerana tidak menepati tema.
Hari Ahad,terpaksalah cikgunya buat juga kerana kesuntukan masa...
![]() |
| Hari Ahad...jam 1 lebih baru siap... |
![]() |
| pada orang yang tak tahu seni nampak cantik saja mural ni tapi banyak yang tak kenanya pada mata cikgu seni...biarlah,ini yang termampu buat.... |
Alhamdulillah,siap juga akhirnya walaupun mereka kerap mengecat dinding kerana salah teknik.Tujuh hari mereka menghadap mural ni.Jika lakaran mereka betul dan tiada sikap suka mengubah pada saat-saat akhir,mungkin hasilnya lebih baik.
Apabila buat kerja saat akhir,agihan kerja tidak dapat dilaksanakan kerana bimbang kerja tersasar.Makanya,ramailah yang ambil kesempatan meloloskan diri dan tidak laksanakan kerja dengan bersunguh-sungguh.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan