Blog ini sekadar untuk merakam detik-detik dalam kehidupan seharian kerana rumah duniaku,keluarga kebahagiaanku,minat kepuasanku dan kerjaya inspirasiku.
Sabtu, 17 Februari 2018
Sabtu, 10 Februari 2018
Hias Kelas Lagi
Malang sikit tahun ni kerana dapat anak-anak yang langsung tak kreatif dan tak peka.Mereka hanya tahu meminta tapi tak sudi memberi waima tenaga untuk menghias kelas.Makanya,berlapang dadalah saya sebagai guru kelasnya.
Nota kaki:Mungkin mereka tidak dididik di rumah untuk membantu ibu bapa,makanya berat sangatlah mulut mereka untuk menghulurkan bantuan semasa saya terkial-kial untuk mengukur kertas dinding yang dipasang..
Blaus dan Sudut Klasik
Blaus yang dipadankan dengan kain sedia ada.Beli melalui butik Ayanna.Setahun ni banyak pula beli baju kurung moden.Apa nak buat,baju kurung berpesak tak banyak dijual atas talian.Kalau ada pun,harganya tak murah.Blaus ni hanyanya tak sampai RM 40 pun..Kenapa mesti beli yang mahal jika cepat bosan memakainya?
Mr Diy di Saujana Utama
Tak sabar menunggu Mr Diy ni buka.Nanti,bolehlah tilik-tilik kertas dinding berpelekat untuk ruang tamu.Projek cuti sekolah bulan 3 nanti tu.
Langgan:
Catatan (Atom)














