Memaparkan catatan dengan label Aktivitiku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktivitiku. Papar semua catatan

Khamis, 31 Ogos 2017

Salam Kemerdekaan dan Aidiladha







 Aktiviti hari ni..
Pagi-pagi dah ada siaran langsung sambutan kemerdekaan tapi memang tak boleh nak tonton kerana anak dah kuasai tv.Tonton melalui fb asyik sangkut-sangkut saja.Makanya,bermula aktiviti membaik pulih baju yang dibeli.Susah nak jumpa baju kurung yang dijual atas talian.Bila dah jumpa dan dijual dengan harga murah,(RM50 sepasang) memang saya tak lepaskan peluang.Begitu juga dengan skirt lace yang bersaiz besar.Biasanya jumpa yang bersaiz kecil.Skirt tu memang labuh sangat,kena potong untuk pendekkannya.

Nota kaki:Hingga petang belum buat persiapan untuk masak menjelang raya.Baju dulu yang dikerjakan..hihihi

Isnin, 25 Januari 2016

Ke Nilai Memburu Pinggan Hiasan Hijau

Tak berpeluang ke Air Hitam,saya ambil pendekatan yang dekat dengan ke Nilai.Pinggan yang ada tak banyak.Nak buat macam mana.Reda sajalah.Sekurang-kurangnya sampai juga ke Nilai 3.Sebelum ni tak pernah sampai pun.Gara-gara nak cari pinggan,terlupa pula nak cari penghadang kelarai yang pernah saya nampak dalam fb.Dah nak sampai di rumah baru teringat nak cari penghadang tu.Sangkakan dapatlah juga cari pinggan yang corak Inggeris satu dua keping tapi langsung tak ada.Apa saja yang bercorak hijau,memnag saya beli,dah alang-alang sampai sini.
























Ahad, 18 Januari 2015

Aktiviti Hujung Minggu

Ini bukan aktiviti biasa saja tapi bekerja di rumah.Rutin yang selalu dibuat di rumah bagi seorang yang bergelar guru.Ada juga orang yang tak melakukan kerja sekolah di rumah.Bagi saya,tak membawa balik kerja sekolah pada hari minggu akan menyebabkan diri makin tertekan kerana kerja makin bertambah tapi kerja yang lama masih juga tak siap-siap.Sememangnya nak balik lambat semata-mata nak menyiapkan kerja yang ada memang tak ada dalam diri saya.Susah nak cekalkan hati untuk bertahan lama di sekolah selepas waktu sekolah.
Sejak semalam lagi saya cuba siapkan maklumat untuk Buku Rekod Mengajar.Tahun ni merupakan tahun kedua penggunaan folder bagi BRM.Tahun lepas,saya hanya cetak yang kosong dan menulis tangan saja maklumat yang diperlukan tapi kali ini semua maklumat yang diperlukan untuk BRM akan ditaip dan disimpan untuk tahun depan pula.
Semalam dan hari ni juga saya cuba menyiapkan hal-hal yang berkaitan dengan SPBT tingkatan 4.Mencetak maklumat untuk kelas memandangkan hari Jumaat ni sudah bermula gotong-royong untuk kelas.Mencetak peta pemikiran untuk digunakan sebagai maklumat mata pelajaran di papan kenyataan belakang kelas.


Kata-kata yang akan ditampal di dinding kelas.Belum dilaminat lagi.Mesin laminat memang dah beli.Kertas warna dan kertas bunga memang perlu ada dalam simpanan terutamanya pada awal tahun..

Tahun ini merupakan tahun yang ke-14 saya menjadi cikgu.Selama itulah tugas sebagai guru tingkatan disandang.Tak ada masalah pun menjadi guru tingkatan,cuma agak penat jika menjadi guru kelas bagi kelas tercorot kerana kerenah mereka agak berlainan sedikit dengan pelajar lain.Apa-apa pun reda saja dengan kerja ni.
Dua tahun saya menjadi guru tingkatan bagi kelas tingkatan 4 yang hampir corot.Pening kepala juga dibuatnya.Remaja yang sedang meningkat naik.Majoriti tak minat belajar tapi datang ke sekolah.Jadilah guru di dalam kelas sebagai pengasuh mereka.Bila tiba bulan Ogos,hampir sepuluh orang telah berjaya dibuang sekolah dan dipujuk supaya berhenti sekolah.Masa ni memang seronok kerana pelajar yang bermasalah dah tak ada.Jika tidak,susahnya nak mulakan kelas kerana masing-masing tak diam. 

Rabu, 4 Jun 2014

Dah Terjebak Dengan 'Decoupage'

Sangat tertarik apabila nampak bunga ni dalam fb.Rupa-rupanya ada dijual di Romantika.RM 15.Pada mulanya tak dapat nak gambarkan rupa asal bunga ni.Dua minggu sebelum cuti sekolah hari tu,sempatlah ke Plaza Alam Sentral seorang diri saja.Dapatlah ke sana kerana minggu tu dah peperiksaan,taklah terbeban sangat nak fikir hal-hal sekolah.
Rupanya-rupanya bunga ni dalam bentuk pelekat.Ada 11 kuntum bunga rasa-rasanya dalam satu kertas pelekat,rapat-rapat pula tu.Memang kena gunting mengikut bunganya.Tak dapatlah nak letak bunga ni dalam bingkai gambar kerana tak dapat nak fikirkan caranya.
Semalam,cubalah buat deko ni dengan Ammar,seronok pula menolong.Mudah saja,cuma tak tahu nak gunakan pengilat untuk kilatkan lapisan bunga ni bila dah siap.Biarkanlah,guna sendiri,itupun dah cantik..
kebetulan pinggan ni dah lama dibeli hingga jadi menyemak di rak pinggan,guna saja pinggan ni...kuranglah pinggan di rak pinggan yang memang dah semak tu...hijau tetap menjadi pilihan

pinggan ni pinggan lama...ambil 3 sahaja dari kampung




Jumaat, 25 Januari 2013

Menulis Bukan Kerana Nama

Hujung minggu ni dapat bercuti tiga hari,leganya.Terasa panjang sedikit masa yang ada untuk menyelesaikan kerja-kerja rumah dan kerja sekolah.Dua beg buku latihan dibawa balik.Harap dapat menandanya dalam masa tiga hari ni.Buku kedatangan juga diseludup balik dengan selambanya kerana nak menyiapkan maklumat murid pada bahagian belakang.Sistem APDM belum lagi selesai.Begitu juga dengan SMM.Banyaknya kerja nak dibuat.Walaupun begitu,terapi mata dan otak hanya di blog ini.

Seronok pula saya singgah di rumah alam maya ni membaca catatan-catatan lama setelah beberapa hari tidak menjengah.Seronok juga kerana ada pengunjung yang sudi singgah di blog ini untuk mencari maklumat.Catatan tentang pengalaman mengandung dan ubahsuai dapur antara catatan yang banyak disinggah.Moga catatan itu dapat memberi maklumat kepada pembaca.Saya menulis bukan kerana nama dan bukan juga untuk duit tetapi untuk tatapan diri sendiri dan menyampaikan maklumat(jika sampai) kepada pembaca.


@@ Ralat sangat apabila gambar simpanan dalam pendrive telah dimakan virus.Nasib baiklah ada buat muat turun dalam blog,kalau tak sampai bila-bila pun akan ralat saja...

Rabu, 16 Januari 2013

Pakaian Sekolah di Karnival

Agak lama juga saya peram idea nak berkongsi cerita mengenai pakaian sekolah anak.Dua tahun lepas,saya membeli pakaian sekolah Ammar di Tesco.Harganya murah tetapi saya dah lupa harganya.Tahun ini,suami beli pakaian sekolah Ammar di Tesco lagi cuma baju sekolah kebangsaannya agak berlainan sikit kali ini kerana tiada poket dan kolarnya agak luar biasa sedikit.Suami tersalah pilih atau memang itu saja pilihan yang ada,tak pasti sebab urusan membeli dibuat oleh suami.
kolar baju yang lembik

tiada poket...
Baju sekolah agama pula hanya dibeli dua pasang saja kerana suami menganggap baju yang saya beli pada pertengahan tahun masih boleh dipakai  padahal baju tu dah singkat.Ammar makin membesar.

Apabila kolar baju dah pelik sikit kerana lembik dan tiada poket,saya membeli dua pasang baju lagi.Pada mulanya nak membeli di Kedai Hari-hari tapi jauh sangat dengan rumah.Saya pun meninjau-ninjaulah di Kedai Karnival.Pada pertengahan tahun lepas, saya ada menanyakan baju sekolah di kedai itu tetapi kualiti kainnya tidak seberapa.Nampak sangat baju murahan walaupun saya tidaklah mementingkan jenama.
Maka,selepas itu saya memang anggap baju sekolah di Karnival tidak elok sangat berbanding Kedai Hari-hari.

Tahun ini,saya dapati baju sekolahnya memang cantik cuma tidak berjenama terkenal.Jenama Cemerlang dilekatkan di kolar baju.Baju daripada kain kapas sudah kehabisan,maka saya membeli baju daripada kain licin yang bersaiz 16 berharga RM 18.90.Biasanya masalah juga nak membeli baju kerana tidak dapat mengagak saiz yang sesuai.Jika di Tesco,saiznya mengikut umur,senanglah sikit.Baju untuk sekolah agama pula saiz 28 yang berharga RM 20.90 sepasang.Jadi,saya tidak perlulah ke Kedai Hari-hari.
baju seragam sekolah dihantar dobi untuk diseterika sahaja..RM 0.80 sehelai  dan mendapat diskaun 10 %.jika 6 kali mendapat perkhidmatan mencuci pakaian secara percuma bagi 2 kg pakaian

Cara Jahit Lencana Sekolah

Sudah minggu ketiga persekolahan bermula namun kerja menjahit lencana sekolah baru selesai.Setiap hari memang kepenatan.Hingga kini banyak kerja yang belum selesai tapi mengemaskini blog menjadi terapi tekanan.Disebabkan tahun lepas saya berseronok saja pada awal tahun,maka tahun ini memang terasa tak terkejar rutin harian.

Apa-apapun saya nak kongsikan skil yang tak seberapa menjahit lencana sekolah Ammar.Semuanya jahit tangan kerana malas nak membuka mesin jahit.Apabila tiada,mesin jahit dianggap perlu tapi bila sudah dimiliki,malaspula nak memanfaatkannya..

Dua cara jahitan saya buat iaitu jahit jelujur halus dan jahit kia iaitu jahit secara undur ke belakang dan cubit sedikit kain

letak peniti dahulu supaya lencana tak senget.lagi bagus  jahit  jelujur   besar  supaya lencana  tetap pada kedudukannya  sebelum dijahit


jahit jelujur
jahit kia

Khamis, 22 November 2012

Mesin Jahit

Dah lama saya membeli mesin jahit ni.Harga tunai RM745 dan jika membeli secara ansuran boleh mencecah seribu lebih.Maka,saya membelinya secara tunai setelah mengambil masa yang agak lama untuk mencari mesin jahit seperti ini.Baru sekali menggunakannya.Sekarang disimpan dalam bilik stor kerana hari menjahit belum tiba lagi.Banyak pakaian yang perlu dibaiki tetapi perasaan malas sangat menebal.


Sebelum ini,saya mempunyai mesin jahit yang seakan ini cuma jenamanya bukanlah Singer tetapi "Juki" jika tak silap.Mesin jahit ni agak berat hingga tak larat nak mengangkatnya apabila nak digunakan.Saya membelinya dengan harga seratus lebih sahaja di Makro Shah Alam masa itu.Sekarang Makro telah bertukar menjadi Tesco Extra.Disebabkan terlalu berat dan jahitannya agak kurang baik,saya telah menjualnya dengan harga RM 5 sahaja.MAsa itulah baru saya tahu beratnya 15 kg.


Selasa, 6 Mac 2012

Cross Stitch

Zaman sekolah dulu iaitu semasa menunggu STPM,sempatlah saya membelek-belek buku cross stitch(silang pangkah) yang ditulis dalam bahasa Jepun di perpustakaan awam.Disebabkan saya memang tidak faham tulisannya,maka saya hanya melihat gambarnya saja.Melalui gambarnyalah saya menghasilkan cross stitch.Disebabkan perasaan tidak sabar juga,saya hanya memilih corak yang mudah untuk membuatnya.Sebenarnya,banyak buku tentang kraf dalam bahasa asing yang ada.Mungkin masa itu tiada penulis tempatan yang ingin menulis tentangnya.Kini,sudah banyak buku tentang kraf yang ditulis dalam bahasa Melayu tetapi masa pula tidak mengizinkan kerana semua perkara nak dibuat.Sekiranya ada minat nak menulis, banyak perkara yang boleh ditulis tetapi kesungguhan pula tiada.



Jumaat, 2 Mac 2012

Penggemar Set Minuman Kecil

Saya sudah jadi penggemar set minuman kecil pula.Hingga kini gelas ni hanya disimpan di kabinet dapur saja.Jika dah banyak,mesti beli rak gantung pula untuk pamerkannya.

Selasa, 7 Februari 2012

Cuti Empat Hari

Cuti empat hari ni memang banyak aktiviti yang boleh dilakukan.BAgi saya yang sedang berpantang ni tak ada apa-apa yang boleh dilakukan kecuali melayan kerenah Akmal dan membuat sedikit pembaharuan pada blog ni.Cerita pasal blog ni,pada mulanya berdebar-debar juga bila kerja pengubahsuaian yang belum siap terpaksa diberhentikan kerana gangguan daripada anak yang kedua.Apabila nak menyambungnya semula,tiba-tiba tak dapat cari tempat untuk 'sign'.Puas mengodek,akhirnya dapat juga masuk,tetapi tak tahu pula macam mana.

Pengubahsuaian ini sebenar bertujuan untuk menyeimbangkan halaman blog dengan kotak di sisi.Puas mencuba,akhirnya inilah yang jadi.Makan masa beberapa hari juga untuk perubahan ini,maklumlah baru nak belajar tambahan pula sekarang ni masih dalam fasa terakhir tempoh berpantang.Buat sikit,si kecil mula menangis,terpaksa berhenti seketika.

Layan saja gambar Akmal ni.

.
tersedu lagi.kerap sangat tersedu kerana nak membesar...


selalu saja kepalanya seperti ini.ambil gambar dulu sebelum posisi kepalanya dibetulkan...

Sabtu, 25 Disember 2010

Kitar Semula

Semalam sesi mengitar semula barang-barang yang tidak diperlukan giat dilakukan.Botol2,dan tin2 biskut berjaya diasingkan dan dibuangkan ke tempat tong sampah.Kerja-kerja mengasingkan barang2 tu dah dikira agak baik dalam usaha mengitar semula walaupun barang2 tersebut tidak dihantar ke tempat yang sepatutnya.Itulah sebab kempen kitar semula ni kurang berjaya.Masalah nak menghantar barang2 ke tempat pengumpulannya menyebabkan kebanyakan orang hanya mengasingkannya dengan harapan pemungut sampah akan melakukan apa2 yang patut.semasa di sekolah lama dulu,kempen kitar semula yang dijalankan oleh pihak sekolah membolehkan kita membawa semua barang yang berguna ke sekolah untuk membuangnya.Kelakarlah pula,buang sampah di sekolah.Tapi dengan cara itulah pihak sekolah boleh mengumpul banyak barang yang tidak digunakan lagi.Hasilnya,sekolah berjaya mendapat no 1 dalam kempen kitar semula.Bagus juga cara tu.Semasa mengemas botol2 yang tidak diperlukan,barulah saya terperasan mayonis yang digunakan semasa membuat telur dadar beberapa hari lalu telah luput tarikhnya.Patutlah berketul semacam je,tapi tak sangka pula dah tamat tarikhnya.Nasib baik tak sakit perut...

Selasa, 21 September 2010

Semangat Hari Raya

Semalam sesi mengubahsuai yang dilakukan pada hari Ahad diteruskan.Anak sulung yang suka menghias rumah pun turut main peranan.Walaupun dinding di belakang kerusi merah masih banyak kesan contengan,semangat nak mengubah suai masih membara.
tempat yang selalu digunakan.
tak banyak yang berubah di sudut ni.hanya tambah bunga mawar saja...taklah pandangan sepi bila memanjat tangga untuk ke atas..sambil panjat tangga,bolehlah cuci mata membaca hadis yang digantungkan...
sudah banyak mainan yang disorokkan ke dalam stor.ubah posisi tv dan kerusi supaya sudut ni dapat dikurangkan penggunaannya.mural di belakang kerusi tidak nampak dalam gambar,tapi jika dilihat secara dekat,memang kreatif anak2 terunaku
harap bunga orkid ni akan terus bergantung di situ.barang hiasan termasuk bunga terpaksa digantung demi keselamatan