Ahad, 18 Januari 2015

Aktiviti Hujung Minggu

Ini bukan aktiviti biasa saja tapi bekerja di rumah.Rutin yang selalu dibuat di rumah bagi seorang yang bergelar guru.Ada juga orang yang tak melakukan kerja sekolah di rumah.Bagi saya,tak membawa balik kerja sekolah pada hari minggu akan menyebabkan diri makin tertekan kerana kerja makin bertambah tapi kerja yang lama masih juga tak siap-siap.Sememangnya nak balik lambat semata-mata nak menyiapkan kerja yang ada memang tak ada dalam diri saya.Susah nak cekalkan hati untuk bertahan lama di sekolah selepas waktu sekolah.
Sejak semalam lagi saya cuba siapkan maklumat untuk Buku Rekod Mengajar.Tahun ni merupakan tahun kedua penggunaan folder bagi BRM.Tahun lepas,saya hanya cetak yang kosong dan menulis tangan saja maklumat yang diperlukan tapi kali ini semua maklumat yang diperlukan untuk BRM akan ditaip dan disimpan untuk tahun depan pula.
Semalam dan hari ni juga saya cuba menyiapkan hal-hal yang berkaitan dengan SPBT tingkatan 4.Mencetak maklumat untuk kelas memandangkan hari Jumaat ni sudah bermula gotong-royong untuk kelas.Mencetak peta pemikiran untuk digunakan sebagai maklumat mata pelajaran di papan kenyataan belakang kelas.


Kata-kata yang akan ditampal di dinding kelas.Belum dilaminat lagi.Mesin laminat memang dah beli.Kertas warna dan kertas bunga memang perlu ada dalam simpanan terutamanya pada awal tahun..

Tahun ini merupakan tahun yang ke-14 saya menjadi cikgu.Selama itulah tugas sebagai guru tingkatan disandang.Tak ada masalah pun menjadi guru tingkatan,cuma agak penat jika menjadi guru kelas bagi kelas tercorot kerana kerenah mereka agak berlainan sedikit dengan pelajar lain.Apa-apa pun reda saja dengan kerja ni.
Dua tahun saya menjadi guru tingkatan bagi kelas tingkatan 4 yang hampir corot.Pening kepala juga dibuatnya.Remaja yang sedang meningkat naik.Majoriti tak minat belajar tapi datang ke sekolah.Jadilah guru di dalam kelas sebagai pengasuh mereka.Bila tiba bulan Ogos,hampir sepuluh orang telah berjaya dibuang sekolah dan dipujuk supaya berhenti sekolah.Masa ni memang seronok kerana pelajar yang bermasalah dah tak ada.Jika tidak,susahnya nak mulakan kelas kerana masing-masing tak diam. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan