Selasa, 31 Mei 2011

Sudah Empat Tahun...




si abang kena jahit 3 jahitan gara2 main bola dan terhantuk kepada di bucu simen masa nak ambil bola...

Jumaat, 27 Mei 2011

Hari Guru 2011

Anak-anak murid yang cikgu kasihi sekalian.
Hari guru disambut saban tahun dan saya bersyukur kerana kita dapat menyambut lagi Hari Guru pada tahun ini. Syabas diucapkan kepada Kelab Guru dan kakitangan.
Pada pagi ini, cikgu akan bercakap bagi pihak guru-guru kamu di sekolah ini. Rasanya tidak perlulah cikgu bercakap panjang, hanya sekadar meluah rasa dan berkongsi suka dan duka kami sebagai guru di sekolah ini.

Anak-anak murid yang cikgu kasihi sekalian.
Izinkan kami mengimbas kembali pengalaman kami semasa menjadi murid di sekolah dulu. Sekolah merupakan tempat kami belajar, tempat kami bermain, tempat kami bertemu kawan-kawan dan berkongsi cerita. Setiap hari kami tertunggu-tunggu untuk ke sekolah kerana sekolahlah satu-satunya tempat kami berhibur dan menghabiskan usia remaja kami. Satu-satunya guru kami ialah cikgu di sekolah. Jika “ya” kata mereka, “ya”lah juga kata kami dan jika “tidak” kata mereka,” tidak”lah juga kata kami.
Akan tetapi hari ini semua itu sudah berubah. Anak-anak murid cikgu hari ini ada banyak tempat berhibur. Ada yang melayari internet di rumah, ada yang di Cyber CafĂ©, ada yang di pusat-pusat rekreasi seperti di Sunway lagoon dan ada yang di pusat-pusat beli belah seperti Mid valley. Anak-anak murid ada ramai kawan selain dari kawan di sekolah. Ada rakan “fb”, “twitter” dan sebagainya. Sekolah hanyalah tempat belajar. Itupun bukanlah satu-satunya tempat belajar kerana ada yang belajar di pusat tiusyen juga. Cikgu kamu bukanlah kami sahaja tetapi juga “Skor A” dan guru-guru pusat tiusyen. Justru itu, kami tidak boleh mengharap untuk dihargai sepertimana kami menghargai guru-guru kami. Kami hanya berharap agar janganlah hati-hati kami dilukai dan disakiti. Berkata-katalah dengan sopan dan terimalah teguran kami. Jika kami tidak dikatakan sebagai penyumbang kepada kejayaan anak-anak pun kami redha tetapi kami tidak redha jika dimalukan di dalam kelas kami sendiri.
Anak-anak murid yang cikgu kasihi sekalian.
Cikgu ingin berkongsi kata-kata ini supaya anak-anak dapat memahami hati dan perasaan kami.
“Orang kata senang jadi cikgu hanya mengajar, tapi orang tak tahu senang lagi jika murid itu mahu diajar”
“Orang kata senang jadi cikgu balik cepat, tapi orang tak tahu senang lagi kalau balik kepala tak berat”
“Orang kata senang jadi cikgu bergaji besar, tapi orang tak tahu senang lagi kalau beban dan tangungjawab cikgu bukan sebegini besar”
Akhir kata, kami guru-guru hanya mampu menjalankan tugas kami sebaik mungkin walaupun kadangkala kami tidak dihargai oleh anak-anak murid kami. Hanya satu harapan kami, walau di mana jua anak-anak berada selepas alam persekolah ini, jadilah manusia yang berguna demi bangsa, agama dan negara kita yang tercinta. Sekian, terima kasih.

Rabu, 18 Mei 2011

Selasa, 17 Mei 2011

Berita Gembira Hari Guru

Lepas sekolah semalam,kawan-kawan yang lain meraikan Hari Guru di sebuah restoran.Entah mengapa, saya tidak berminat pula nak ikut serta.Bila sampai rumah, suami dah balik.Peluang ni diambil untuk mengajaknya ke farmasi.Kata hati, rasa macam ada berita gembira sebab period belum datang lagi.Beberapa tanda dah ada,cuma tak pasti pula.Nak kena buat ujian dulu,baru yakin.Bila dah sampai rumah,tak sabar-sabar nak tahu keputusannya.Alhamdulillah.Masa ni baru teringat saya pernah melihat tarikh jangkaan bersalin dalam majalah Pa&Ma.Mulalah saya membelek majalah tersebut.Gembiranya bila dapat tahu tarikh jangkaannya pada bulan Januari depan.Dah lama mengidam nak bersalin pada bulan Januari.Mudah-mudahan kandungan kali ini tiada masalah seperti kandungan-kandungan sebelum ini.

10 TANDA ANDA HAMIL

Sekiranya anda sangat memahami tubuh anda, anda mungkin mula terasa sesuatu yang tidak kena pada badan anda. Kebanyakan wanita tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!
1. Rasa lapar yang berpanjangan
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.
2. Perubahan pada warna di sekliling payudara
Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.
3. Kerap membuang air kecil
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.
4. Merasa tidak bermaya
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.
5. Sakit dan tegang pada buah dada
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.
6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.
7. Rasa loya dan muntah
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.
8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.
9. Missed period
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..
10. Ujian air kencing yang positif
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...
...Tahniah!


PETIKAN DARI BLOG PORTAL KEHAMILAN MALAYSIA
alamhamil.com

Ahad, 15 Mei 2011

Sudut Tangga





Kerap sangat mengubah posisi perabot dalam rumah, sehingga kini sudah empat gambaran di sudut tangga.

Jumaat, 13 Mei 2011

Ceritera Merah Hitam

Berhari-hari juga saya mencari baju berwarna merah dan hitam untuk dipakai pada Hari Guru nanti.Akhirnya jumpa juga yang berkenan walaupun ia taklah secantik dan seglamour pakaian orang suka berfesyen.Baju tu pun sekadar nak meraikan hari istimewa untuk diri sendiri.Tanpa disangka, mesyuarat Kelab Guru yang lalu memutuskan bahawa majlis Hari Guru akan diadakan secara sederhana saja memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan.Semua rancangan yang tekah diatur terpaksa dipinda.Nak buat macam mana, lelah sahajalah yang dapat selama ini.Terkedek-kedek saya menghantar borang penyertaan untuk anugerah tokoh guru ke setiap kelas, akhirnya acara tersebut tidak akan dijalankan.Mengeluh dalam hati sajalah nampaknya. Ada juga guru yang telah membeli pakaian untuk hari tersebut mengeluh kerana majlis hanya berlangsung secara sederhana.Mungkin pakaian tersebut hanya sesuai dipakai semasa majlis sahaja sehingga dia mengeluh sebegitu. Nasib baiklah saya hanya membeli sehelai baju kurung moden yang sesuai dipakai ke sekolah.Jadi, majlis berlangsung meriah atau tidak, tak jadi masalah.Cuma, sebagai AJK Kelab Guru, memang kecewa apabila tiba-tiba ramcangan terpaksa dibatalkan.Apa-apapun, ada hikmahnya juga.Tak perlulah kami bersusah payah membuat persediaannya.Masa yang ada boleh digunakan untuk menghabiskan penandaan kertas peperiksaan pertengahan tahun sebelum cuti sekolah muncul.

Selasa, 10 Mei 2011

Pinggan Hiasan

Ada teguran daripada jiran-jiran,'banyaknya pinggan hiasan".Nak buat macam mana, hati dah berkenan nak buat koleksi pinggan hiasan.Rasanya ada dalam 30 semuanya.


Isnin, 2 Mei 2011

Cuti Hari Pekerja:Masa Terisi

Lama sungguh saya tidak bertandang ke rumah alam maya ini. Kesibukan pada bulan April memang terasa.Pertandingan pantun, latihan rumah sukan, persatuan, menggubal soalan peperiksaan, menghantar buku semakan dan masalah disiplin pelajar merupakan rutin baharu pada bulan April.Tiga hari bercuti sempena Hari Pekerja memberi ruang kepada saya untuk menyiapkan banyak kerja sekolah.Jika orang lain tidak mahu membawa balik kerja ke rumah kerana ingin menikmati cuti sepenuhnya, namun bagi saya,membawa balik kerja sekolah ke rumah sudah menjadi rutin pada hujung minggu apatah lagi jika musim sibuk seperti ini.Cuti tiga hari dinikmati bersama kerja sekolah dan kerja rumah yang perlu disiapkan.Dalam melaksanakan rutin harian seperti membasuh,memasak,mengemop lantai, dan mengelap habuk-habuk, sempat lagi saya mengetuk dinding rumah.Apa lagi,menghis rumahlah pula.Itulah satu-satunya terapi yang boleh menghilangkam stress kini.Tidak perlu pergi keluar rumah untuk mengambil angin atau mencuci mata, aktiviti dalam rumahpun boleh juga menghilangkan stress.

Tiba-tiba sahaja pagi Isnin ni idea datang untuk memanfaatkan pinggan hiasan yang sudah lama tersadai kerana ragu-ragu nak menggunakannya.Setelah saya perasan ada gambar orang kena salib(secara tidak jelas) pada pinggan hiasan,saya sudah tidak menggunakannya lagi.Maka,statusnya sebagai pinggan hiasan sudah dilucutkandan ditempatkan di bakul sampah.Suami pula yang menyimpannya.Maka, tak jadilah nak membuangnya.Hari ini datang pula ideal nak menghias ruang dinding yang dilihat masih kosong. Kebetulan, saya memang nak meletakkan gambar di dinding tersebut, maka kenalah tempatnya pinggan hiasan itu digunakan untuk melekatkan gambar pada permukaannya.
Setelah saya menunjukkan hasil kreatif, suami pun tidak kurang juga ingin menunjukkan bakatnya yang suka bertukang.Inilah hasilnya.Bila ditanya, nak buat apa,macam biasalah rahsia.Tunggu jelah bila betul-betul dah siap nanti, ke mana dia nak letakkannya.