Ini dah kali ke berapa pun tak pasti saya ke sini tapi memang tak perasan ada kedai makan ni.Sangkakan gerai di depan saja yang ada tapi ada lagi kedai makan nasi campur yang lain.Boleh tahan mahal juga makanan di sini tapi reda je kerana banyak pilihan makanan.Dah habis makan,masa masih panjang untuk tonton wayang Tombiruo.Makanya,jalan-jalanlah dulu ke kedai-kedai yang ada,itupun tak banyak kedai yang ada.Sebelum sampai di Mr Diy,ada pameran robot ni,apa lagi,berswafotolah kami.Si Akmal merajuk kerana tak sabar nak masuk panggung tapi wayang lambat lagi bermula,permintaannya tak dipenuhi..tarik mukalah dia.
Dah tinggi daripada ummi..





















































