Rabu, 23 Februari 2011

Lima ruang..



Siapnya kabinet dapur yang baharu memberi perubahan yang besar kepada ruang yang lain.Meja konsul yang diletakkan di dapur mesti dialihkan.Begitu juga dengan meja Jepun yang berada bersebelahan dengan tv.Untuk menempatkan perabot yang ada,secara tidak langsung ada 5 ruang di ruang tamu.Ruang tamu,menonton,membaca,makan dan belajar ada tingkat bawah yang berkongsi satu ruang.

Ahad, 20 Februari 2011

Akhirnya Lega...

Kerja-kerja mengemas bilik bawah belum selesai lagi memandangkan barang-barang di atas rak belum dialihkan ke bilik atas.Nampaknya sesi mengemas bilik kerja ni tak berkesudahan lagi.Itulah jadinya bila orang yang tak ada skil mengemas terpaksa mengemas rumah.Kemas…kemas …kemas tapi tak nampak kemas pun.Kesempatan diambil apabila pekerja ABS datang untuk menyiapkan kabinet dapur beberapa hari lalu.Dengan kudrat mereka berdua,nampaknya rak tv yang ditransitkan di dalam bilik ni dapat dialihkan ke bilik di tingkat atas.Lapanglah sikit bilik ni.Dapatlah nanti satu almari diletakkan di dalam bilik ni.Semasa sesi mengemas bilik kerja ni,beberapa barang yang memang dicari selama ini telah dijumpai.Alhamdulillah.Paling bersyukur apabila satu cerpen yang berjudul ‘Doa Buat Suamiku’ telah hilang selepas notebook diformat. Dahlah cerpen tu belum lagi dibuat salinan, sudah hilang pula. Merana juga dibuatnya.Berjam-jam mengodek notebook,mudah-mudahan akan menjumpai semula,namun tidak berjaya juga. Nak menulis semula,dah tak ingat sebab cerpen tu sudah agak lama ditulis.Berkat suka menulis di buku terlebih dahulu,buku catatan tersebut berjaya dikesan sedangkan saya sendiri sudah lupa bahawa cerpen itu saya ada membuat catatannya. Walaupun terpaksa menaip semula, sekurang-kurangnya karya yang tak seberapa tu tak hilang.Nampaknya,saya perlu memikirkan satu cara untuk membuat ‘back up’ bagi hasil penulisan yang suam-suam kuku tu.Sayangnya jika koleksi cerpen yang sukar nak bertambah itu tiba-tiba hilang dalam simpanan.