Ahad, 27 Oktober 2013

Maggie Ketam

saya tak suka makan kuah sangat,ambil kering saja,kuahnya sekadar saja..
Tiba-tiba nak makan maggie ketam, macam megidamlah pula.Dua hari mencari ketam di pasar tetapi tidak dijual.Selepas mesyuarat post mortem SPM, bak kata salah seoarng KP yang hadir ke mesyuarat tersebut,baru kena marah jawabnya secara berseloroh apabila dia ditanya sebab balik lambat pada hari itu.

Disebabkan teringin sangat,ketam yang mahal pun saya beli di Econsave.RM 11 untuk dua ekor,satu besar dan satu lagi kecil.Mahal juga barang-barang basah di sana.Banyak plastik yang telah ditimbang dibiarkan saja.Mungkin pengguna tu tak berkenan dengan harganya,maka dia letak semula barang yang telah ditimbang di tempatnya.Bila sampai rumah,antara nak masak maggie kering atau maggie yang berperisa,saya memilih untuk memasak maggie berperisa tomyam kerana dah hampir jam 4 petang.

Sekadar menumis bawang dan rebus ketam hingga masak,maggie tomyam ketam tiada istimewanya.Yang beza,hanya ketam jelas kelihatan dalam pinggan,rasa tetap sama.Begitukah rasa maggie ketam?Tak pastilah pula tapi kehadiran ketam agak menyusahkan kerana kena kopek sebelum makan sedangkan isinya taklah banyak.Itulah yang melambatkan sebenarnya.


Ujian Kompetensi ICT





Kerja hanya cikgu saja tapi macam-macam kena buat.Yang ini satu hal juga,mesti jawab 30 soalan tentang ICT dalam masa 40 minit.Soalan pula tu bukannya mudah,istilahnya yang menyebabkan kita susah nak mencari jawapan.

Tapi,alhamdulillah... dalam masa 20 minit dah siap jawab.Kalau lulus, memang boleh tabik springlah.

Sabtu, 26 Oktober 2013

Ahad, 20 Oktober 2013

Love You Mr.Arrogant

Saya beli novel ni kerana terpengaruh dengan slot Akasia di tv.Antara nak beli atau tak, akhirnya beli juga.Satu lagi tema kahwin paksa.Sekarang, tema ni makin laris.
Zaara Amirah mempunyai impian yang sama seperti impian gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.
Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.
Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan. Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.
Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti…

Novel Nasi Lemak Buah Bidara

Novel ni termasuk dalam senarai novel yang perlu dibeli untuk memenuhkan koleksi novel di perpustakaan mini di rumah.Beli dah agak lama tapi tak sempat nak baca.Beberapa hari yang lalau,saya ada membeli beberapa buah novel lagi.Antara 3 novel yang menjadi keutamaan untuk dibaca,sememangnya novel dari Karya Seni amat mendukacitakan.Belek saja novel Love You Mr.Arrogant,bahasanya memang saya tak berkenan.Memang dah ada dalam hati,jangan beli novel dari Karya Seni kerana bahasanya kurang menarik untuk pencinta bahasa seperti saya.Saya guru bahasa,makanya bahasa menjadi keutamaan apabila membeli novel.
Makanya,saya membeleklah pula novel ni.Bahasanya baik sikit dan agak menarik novel ni kerana dimuatkan hadis di dalamnya.Setiap bab dimulakan dengan hadis.Pertama kali saya jumpa cara sebegini dalam novel.







Sinopsis:
Pahitnya perjalanan hidup Siti bermula sedari umurnya masih hijau lagi. Sejak kecil dia dipinggirkan, tidak punya teman… apatah lagi ahli keluarga. Nenek angkat yang dipanggil wan pula telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat membongkar identiti sebenar ibu dan bapanya. Hanya pesanan wan agar Siti bertanyakan hal tersebut kepada Datin Junainah mampu meleraikan persoalan yang bersarang di benaknya.

Namun, tidak semudah itu Siti mendapat jawapannya. Dia dijadikan hamba abdi di rumah Datin Junainah. Benci benar Datin Junainah kepadanya. Kata-kata cacian, herdikan, penghinaan, maki hamun adalah santapan telinganya sehari-hari. Ditambah pula dengan pembulian demi pembulian yang dilakukan oleh Zurene (anak Datin Junainah) terhadap dirinya. Sabarnya Siti menahan segala penyeksaan tersebut bertunjangkan akidahnya kepada Yang Maha Esa. Siti percaya, dengan kesabaran yang berpanjangan, in sya Allah doanya akan termakbul. Dia akan tahu juga siapa ibu dan bapanya.

Akibat tindakan Siti yang keluar dari biliknya semata-mata mahu melihat pernikahan Zurene, Datin Junainah bertindak mengasarinya sekali gus menghalaunya keluar dari banglo mewah yang memayungi hidupnya selama lebih enam bulan di situ. Mujurlah ada insan-insan yang berhati mulia, menerima kehadirannya yang tidak diketahui asal usulnya itu.

Di rumah baru, Siti dijadikan pengasuh kepada Ben, anak tunggal Akhmal. Budi pekertinya telah mencuri hati Ben dan neneknya, Puan Aishah. Puan Aishah pantas sahaja jatuh sayang kepada Siti. Dia ingin sekali bermenantukan Siti setelah Akhmal lama menduda akibat kematian isterinya. Mujur sahaja Akhmal dan Siti saling jatuh cinta. Mudah kerja Puan Aishah.

Akhmal : “Saya mungkin tak pandai nak susun katakata atau merangkai ayat-ayat berbunga. Jauh sekali nak menyulam bahasa berjiwa-jiwa tapi saya nak Siti tahu… saya sukakan Siti sejak pertama kali melihat Siti. Saya... sayangkan Siti. Dan... sehingga kini sayang itu makin utuh di hati saya. Saya... harap Siti faham maksud saya.”

Siti: “Saya tak tahu nak cakap apa Encik Akhmal, cuma... saya rasa sangat gembira hari ini. Gembira sekali. Terima kasih kerana sudi terima saya yang entah dari mana asal usulnya ini. Terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sudi membuatkan saya rasa sangat bahagia hari ini. Terima kasih!”

Dua jiwa saling mengerti bahasa hati masing-masing. Janji diikat. Catatan jodoh yang terpahat di lohmahfuz termeterai penuh adat dan hukum di kanvas hidup kedua-duanya namun, bahagia itu bukan mudah digenggam. Dugaan hidup itu lumrah.

Kisah silam yang masih samar terus mengejar. Siapa sebenar dirinya ini? Siti pasrah. Akhmal tahu cinta itu tidak mudah. Onaknya sukar diramal. Siti tidak akan sesekali dipersia. Janji kepada-Nya tidak akan sesekali dipermain. Jawapan pasti ditemui. Dia pasti. Sangat pasti!


Kebanyakan novel sekarang bertemakan kahwin paksa.Membaca novel ni memberikan kelainan.Agak menarik.

Sabtu, 19 Oktober 2013

Aplikasi Android

Masa mula-mula pandai FB dulu,aplikasi gambar seperti ini boleh dibuat di komputer riba saja.Tapi sekarang,di telefon bimbitpun gambar boleh diedit sebegini.Lebih mudah dan menjimatkan masa.Gamabr-gambar ni diambil masa Raya Haji. Ammar tiada dalam gambar kerana  mengikut ayahnya menyempurnakan majlis korban di surau.Tinggallah kami tiga beranak di rumah dengan aktiviti seharian.Aktiviti saya,mengemas dan melayan kerenah dua beradik tu.    











Khamis, 17 Oktober 2013

Aktiviti Selepas PMR

Selepas PMR,pelajar-pelajar memang akan mengikuti prpgram selepas PMR sehingga cuti akhir tahun.Banyak aktiviti yang diatur untuk mereka mengikut panitia masing-masing.Ini merupakan satu antara aktiviti yang dijalankan oleh panitia Bahasa Melayu.Pada hari ni ada dua slot tetapi saya sempat rakamkan satu saja aktiviti kerana kebetulan masa aktiviti ni saya ada di dewan.
Aktiviti 'Fesyen Show' ini dijalankan oleh cikgu praktikum.








Hasilnya...


Isnin, 14 Oktober 2013

Skirt Kembang Garden Party

Seronoknya hari ni,kerja membuat catatan di blog saja tak pernah ditinggalkan tapi kerja sekolah belum diusik lagi.Malasnya nak memulakan kerja sekolah tu.Macam biasa,saya selalu bangun seawal 4 pagi kerana waktu tidurnya seawal jam 10 malam.Melampau-lampaulah kalau bangun lamabat sedangkan tidur awal.Biasanya saya akan buat kerja sekolah dan menyiapkan baju anak-anak ke tadika atau taska.Kerja-kerja mengemas kadangkala sempat tapi selalunya tak sempat buat semua.Bila dah cuti ni dan PMR pun dah habis,berblog,berFROG dan berFBlah kerjanya.
Pagi tadi,sempatlah baiki skrit untuk Hi Tea hujung minggu depan sebelum Akmal bangun.Tak sempat siap,dia dah bangun tapi nasib baiklah dia tak mengacau.Siap jahit, leganya.
Skirt ni murah saja.Pada mulanya nak membawanya ke kedai jahit untuk dibuat lapisan dalam kerana jarang.Dalam perjalanan,terfikir pula,macam mana tuan kedai tu nak nak buat?Nanti kena bayar dua kali ganda,dah jadi mahallah pula skirt ni.Makanya,tak jadi hantar ke kedai tapi saya singgah di kedai pakaian untuk mencari skrit yang sesuai untuk dijahit di dalamnya. 
jumpa skrit yang harga tak sampai RM16.kainnya lembut dan sesuai buat alas.skrit tu dijahit di bahagian bawah  pinggang

kebetulan skrit ni ada sambungan di bahagian pinggang.kain tu dilipat ke bawah sebelum dijahit supaya tak terlalu labuh..alhamdulillah ngam saja