Sabtu, 12 Oktober 2013

Buang Sampah


Catatan ini bukanlah nak mengumpat para suami tapi itulah realiti sikap kebanyakan suami sekarang yang boleh saya simpulkan.Mereka tak kisah tentang keadaan di rumah dan terlalu sayangkan barang-barang.
Daripada empat kawan yang lain,semuanya seperti itu.Beruntunglah jika dapat si suami suka ambil tahu keadaan di rumah dan membuang barang-barang yang tidak digunakan.Sangat beruntung sebenarnya.
Saya mula rimas apabila banyak barang terbuang yang masih disimpan di dalam rumah.Semasa operasi mengemas rumah dibuat,dah selamat saya buang barang yang nak dibuang ke tong sampah,belumpun diambil oleh lori,  barang yang dibuang telah disimpan semula oleh suami.Rasanya-rasanya dah buang tanpa pengetahuan tapi tak boleh buang juga.Stressnya.
Satu hari,saya bertanyakan hal ni kepada kakak-kakak  di sekolah.Maka, inilah keputusan yang terpaksa saya buat sebelum menjelang raya tempoh hari.Dalam rumah,jika banyak barang yang tak berguna disimpan,mata jadi rimas,kerja mengemaspun tak jadi kemas sebab sudah tiada ruang untuk menyimpan.Walaupun terpaksa sewa lori dengan harga RM 200,saya pejamkan mata saja supaya hati senang dan hilang stress apabila berada di rumah.
Memandangkan ada dua katil dan satu meja makan
(4 kerusi) yang terpaksa dibuang,maka saya tekad untuk sewa lori.Kerja-kerja angkut barang dilakukan semasa suami bekerja.Angkut dan terus buang.
setelah barang-barang ni dibuang,saya boleh menyidai kain di ampaian belakang dengan selesa..sukanya tak perlu keluar rumah apabila nak menyidai baju.

@@@Kehidupan moden sekarang menyebabkan kita mudah stress dengan persekitaran,oleh itu kita mesti kuat dan  jangan terlalu bergantung kepada suami untuk buat sesuatu.Kebergantungan kepadanya masih perlu kerana jika kita yang buat semua perkara,suami akan mula lupa diri dan tanggungjawab..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan