Ini wajah dapur basah setelah dikemas dan dideko beberapa hari lepas.
![]() |
| bekas bawang telah dipotong kerana tinggi sangat hingga susah nak cari apa-apa yang ada pada bahagian atas |
![]() |
| dalam kabinet untuk susun periuk,kuali.sebelum ni gantung saja di penyangkut S atas dapur ni tapi rasa macam serabut sangat |
![]() |
| tempat letak rempah ratus dan lebihan minyak dah beralih tempat |
![]() |
| troli ni untuk letak bekas plastik dan besen yang dah kering |
@selalu menyimpan pinggan mangkuk atau periuk yang dah kering sebelum sesi memasak supaya tempat letak pinggan mangkuk tidak serabut
@mengambil garam dan kunyit dengan sudu.sebelum ni ambil dengan tangan saja.mulalah bekas kecil tu cepat kotor
@menggantung hanya beberapa perkara saja di dinding dapur supaya tidak semak
Bahagian tengah pula ialah ruang mendobi.Kerusi tu tak tau nak letak di mana,makanya dah jadi tempat letak bakul pakaian.Satu bakul untuk pakaian ibu & ayah dan satu lagi untuk pakaian kotor anak-anak.
![]() |
Bekas biru dan tempat yang bergantung tu tempat letak stokin.Ada 3 semuanya tempat letak stokin.Tak perlu nak fikir dah pasal stokin.Ammar pun dah tahu cari stokin di sini.
|
Bahagian akhir pula ialah ruang menjemur baju.Setelah sesi mengemas dan membuang barang-barang yang tak diperlukan,ruang menjemur menjadi agak selesa walaupun ada lagi kerusi di bawahnya.Kerusi tu pun ada peranannya,bukan sembarangan letak.Kerusi tu dijadikan tempat untuk menjemur stokin.








suka tengok rak bertingkat hitam tu..nak cari kat mana ye.su first time tgok..kalau su mst cat putih..eee
BalasPadamhari tu beli di kedai Pakistan sblm raya.Rm 50 satu...sy memang nak elakkan keinggerisan tp kadang kal teringgeris juga...hehe
Padamkemas...dapur saya belum bertambah2 lg...huhu..kena kumpul RM dulu
BalasPadamdua hari buat kerja kerana tak tahu nak mula dari mana...bab2 mengemas ni tak berapa nak pandai.sbb tu ambil masa.kumpul duit sikit2,lama2 jadi bukit
Padamkemas sgt dah ni dear...janji sendiri nk guna da senang kann...sy pun kalu ngemas kemain lama..smpi kunfius encik suami, awat tak sudah2...hihi
BalasPadamterima kasih...suami sy pula asyik kata,selalu je alih barang2
PadamSalm,brpa kos utk tmbh dpur blkng dn ruang dobi rumh sis
BalasPadamPada mulanya hanya tambah dinding 6 kaki saja dengan table top serta bumbung...hampir 8 ribu juga rasanya.gambar ni dah diubahsuai kali kedua...tambah batu-bata lagi pd bhgn dinding dan baiki table top serta pasang jeriji pada bahagian atas...
Padam