Sebenarnya saya tak tahu macam mana tiba-tiba boleh terjebak dalam penggunaan kertas dinding di rumah.Pada asalnya hanya disebabkan bosan dengan kesan contengan mural anak-anak ribena di dinding terutamanya di bawah cermin.Tapi yang peliknya,saya mula menampal kertas dinding di bahagian depan pintu.Tak tahu nak fikir macam mana boleh jadi begitu,mungkin juga disebabkan kertas dinding yang mula-mula saya beli berwarna cerah,maka kena cari tempat yang selamat untuk menampalnya.
Hingga sekarang,sudah 4 corak saya gunakan.Ada cerita di sebaliknya tu.Akibat beli secara 'on line',warna yang ditunjukkan dalam internet sebenarnya tidak dapat menceritakan wajah sebenar.Apabila sampai di tangan,lain pula warnanya.Di bahagian tangga memang pilih yang itu tapi disebabkan kertas yang bercorak batu-bata sangat berbeza dengan yang biasa(mengembang apabila ditarik berulang kali) dan sangat susah untuk menampalnya ,maka saya memilih batu-bata biasa pula untuk ruang bawah cermin sedangkan sebelum ini saya tidak suka kepada batu-bata biasa kerana beranggapan seperti rumah tidak siap.


Kertas dinding untuk ruang makan dipilih kerana kononnya warna hitam itu nampak seperti blue black tetapi apabila sampai di tangan dan nak menampalnya,baru perasan itu warna hitam dan bukannya biru.Ya Allah,bukan salah gambar tapi salah penglihatan sendiri.Tak salahkan sesiapapun dalam hal ini.Apabila dah tampal,suami tanya kenapa warna lain pula?Ada orang buatkah macam tu,tampal separuh saja tu?Dia pun serabut tapi dia diam saja.Nasib baik.Orang lain tak buat,biar kita buat.Hahaha,jawapan untuk selamatkan diri.Sebenarnya saya tak berani nak menampal kertas dinding hitam & kuning hingga ke bawah kerana kawasan tu kawasan hitam.Kawasan yang paling kotor kerana anak-anak suka mengecap tangan di situ.Laratkah saya nak mengelapnya selalu kalau kotor?Sebab itu dibuat separuh batu-bata.

Cadangnya nak buat sama jenis di ruang menuju ke bahagian dapur tu supaya selari saja mata memandang dan nak sambung lagi untuk ruangan menonton.Itulah yang pujuk suami pergi ke Paradigm Mall.Nampaknya kena pujuk suami ke GM Klang pula kali ni.Dalam kepala sebelum ni nak buat bingkai untuk ruang makan tu tapi tak beranilah pula.Bimbang nampak pelik semacam.
Apabila dah terjebak dengan penggunaan kertas dinding murah ni,saya mula tahu tempat yang ada menjual kertas dinding dan harganya.Kaison,Mr Diy dan GM Klang & Kedai dekorasi di Tesco Setia Alam menjual kertas dinding yang berbeza.Kertas dinding di Mr Diy merupakan kertas dinding yang paling murah dan kualitinya sudah tentu tidak setanding di GM Klang.Kertas dinding yang dibeli secara atas talian sama kualitinya di GM Klang dan kedai dekorasi,cuma harganya saja yang berbeza.
GM Klang ~RM 50 satu gulung
Kedai dekorasi Setia Alam~RM 75 tapi sekarang diskaun RM 50 segulung
MR Diy~RM 3.50(2 meter)8.50 (5 meter) segulung
Kaison~RM 19.90-10 meter
Apabila dah tampal,barulah terfikir:
kalau dah bosan dengan kertas dinding tu macam mana?Boleh ditanggalkan kerana ia hanya tahan 2-3 tahun saja menurut tauke yang menjualnya.
Nota kaki:Semua kertas dinding berpelekat di rumah saya seorang saja yang mengerjakannya.Semuanya untuk memuaskan hati di samping memenuhi masa cuti serta nak menguji diri.Semua kerja dibuat semasa ketiadaan suami di rumah.Saja ambil kesempatan untuk membuat kejutan kepadanya...Suami pula tak melarang,banyak lagi projek deko akan dilakukan...tunggu cuti sekolah lain kali pula....Semuanya dapat inspirasi daripada kawan-kawan fb deko yang boleh mengecat rumah sendiri...