Isnin, 30 Disember 2013

Projek Kertas Dinding

Alhamdulillah,hari ni makin sihat setelah hampir seminggu kurang sihat.Masa mesyuarat guru yang pertama pada 26 Disember hari tu,kawan ada tanya,:"Kenapa mata merah.Menangis ke?"Sebenarnya kurang sihat tapi disebabkan mesyuarat pertama dan tugasan menulis minit pula tu,memag mesti hadir walaupun saya  tak boleh fokus untuk menulis minit,tapi masih mengurus bahagian itu.
Cepatnya masa berlalu.Tahun-tahun lepas pun begitu juga tapi tahun ni agak terasa kerana projek kertas dinding belum siap sempurna,dah nak mula sekolah.Persiapan untuk ke sekolah pun belum buat lagi sebab sibuk nak mendeko.Masih ada 6 gulung kertas dinding yang tak sempat nak tampal kerana kurang sihat hampir seminggu lalu.Duduk di rumah nak baring saja.Buat kerja sikit dah penat.Masak pun ala kadar saja.Mengemas rumahpun ala kadar juga.Esok nak teruskan misi membuat persiapan ke sekolah untuk diri sendiri.Cikgu pun mesti bersiap juga.Persiapan untuk anak-anak pun belum juga dibuat tapi biarlah ayahnya yang uruskan.Biarlah si ayah ada tanggungjawab juga.Jika ibu saja yang uruskan,memang si ayah akan lepas tanganlah.

2 ulasan:

  1. Hihi...memang betul..kena biarkan bapa yg uruskan..sekali mak uruskan..next2 anak pun mak yg kena uruskan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah tu.tiap2 tahun suami yg uruskan hal sekolah anak kerana maknya kena uruskan hal sekolahnya..bila ayah uruskan hal sekolah anak,maknya kena byk bsabar kerana saat2 akhir baru siap..

      Padam