Sabtu, 18 April 2015

Cara Menanggalkan Kesan Contengan

Dah lama saya simpan gambar ni untuk catatan blog tapi tak tertulis entrinya.Sekadar nak berkongsi saja di fb,saya poskan gambar ni apabila ada orang bertanya cara nak hilangkan kesan contengan di kertas dinding sedangkan saya tak pernah mencuba pun sebelum ni.3 minit kemudian,tuan punya soalan memberi respon,berjaya.Alhamdulillah.Terima kasih kepada orang yang mengepos gambar ni dahulu. 


Kesan contengan pen boleh hilang di kertas dinding Korea dengan menggunakan ubat gigi..
Kemas kini 19 April:Cuka dan soda bikarbonat pun boleh digunakan untuk tujuan yang sama...

Tema Hari Guru Peringkat Sekolah

Dah bulan April,tiba-tiba kembali ke sekolah.Memang ada yang tak kena.Rupa-rupanya itu ialah tema sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun ini (18 Mei nanti).Semua guru telah dikelaskan dari tingkatan 1 hingga 5.Pengelasan bukan mengikut umur tapi ketinggian.
Ha3,memang sudah pasti kena jadi adik yang paling kecil,tingkatan 1.Macam mana rupa pembawaan pelajar tingkatan 1?Tak boleh nak dibayangkan.Apa-apa pun tunggu sajalah nanti.Baju sekolah dan kainnya sudah dibeli,mahu juga hampir RM 100 dibelanjakan untuk ini.Dengan GST sekarang,rasa macam agak berkira, tapi bila memikirkan pakaian tu boleh disedekahkan kepada Badan Kebajikan sekolah selepas itu,apa salahnya.

Ahad, 12 April 2015

Deko Bunga dan Basikal...Ralatnya...

Kononnya sekarang ni tak nak membeli benda- benda yang tak penting tapi bila jamu mata lihat deko bunga di basikal ni,berkenan pula.Mulalah sesi singgah di Mr Diy semalam.Bakul basikal ada,bakul kereta pun ada.Cantik sangatlah tu.Dah pegang-pegang,cuma tak ambil untuk ke kaunter saja.Tiba-tiba mata terpandang bunga yang dah siap dalam pasu kecil.Terus ambil yang itu ke kaunter.Hari ni lihat lagi deko bunga dalam bakul basikal tu,cantiknya.Rasa rugi pula beli bunga dalam pasu.


yang ni dah ada bunga tapi masih ralat

Nota kaki:Kalau dah ditakdirkan nak rugi,terimalah seadanya..ada hikmahlah tu.Sesi memujuk diri sendiri

Minggu Sibuk...Belanja Deko Dinding Ni Lagi

 Minggu ni memang balik lambat hingga  blog pun tak sempat nak dikemaskini.
Isnin,balik lewat kerana menyiapkan jadual kelas ganti untuk Selasa.
Selasa pula bermesyuarat untuk Aku Janji T3.Walaupun tak memakan masa lama,masih tidak dapat balik seawal 1.30 petang.
Rabu pula tak ada apa-apa aktiviti tapi siapkan kerja sekolah walaupun tak siap sepenuhnya.Nak mengemas meja kerja biar nampak kurang sikit buku di atas meja tapi otak fikir nak balik awal sikit.
Khamis pula ada latihan sukan Rumah Nadim hingga 4.30 petang.
Jumaat,jengok-jengok sudut Kelab 1 Malaysia hingga 1.30 juga baliknya.Nasib baik dapat keluar dari sekolah sebelum orang keluar dari masjid menunaikan solat Jumaat.Jika tak,jalan memang sesak.

Waktu maghrib pada hari Sabtu minggu lepas lagi suami tebuk sikit dinding ni  untuk pasang lampu garam ni.Nasib baiklah jiran sebelah tak ada di rumah.



Ahad, 5 April 2015

Ayam Asam Pedas


 Drama Asam Pedas untuk Dia dah tamat minggu lepas.Dalam guruh dan hujan
 lebat,saya bertahan juga untuk tengok episod yang akhir.
Penangan drama ni agaknya,semalam saya masak ayam asam pedas.Bila dah GST ni,elok sangatlah tak membazir.Biasanya saya masak ayam asam pedas menggunakan perencah asam pedas ikan yang dibeli tapi kali ni buat perencah sendiri saja.Mudah saja pun tapi selama ni malas nak menumbuk bawang dan nak kerja mudah.
GST ni memang terasa kesannya.Semua barang kena cukai.Barang di Kedai RM 2 pun dah naik 12 sen.Seorang kawan di sekolah berkata,dia tak akan membeli sembarangan barang dah sekarang.Hanya akan beli barang perlu sahaja.Memang terkena dengan batang hidung saya yang suka membeli ni.Alang-alang dah dapat daun kesum dan bunga kantan percuma,memang kena digunakan,jika tidak akan membazir saja.Dahlah bunga kantan berharga RM 3 di kedai.
Kali ni sikit rasanya untuk anak-anak kerana daun kesum dimasukkan sekejap saja,api periuk dah dimatikan.Masak ikan keli tempoh hari,daun kesum dimasak agak lama kerana saya suka daun kesum tu layu dalam kuah untuk dijadikan ulam hingga bau dan rasanya menguasai kuah asam pedas tu.

Sabtu, 4 April 2015

Misi Nak Gantung Pinggan Hiasan Pula

Menghitung hari nak ke Vietnam...
Menghitung hari konon.Dalam menghitung hari tu,sebaik-baiknya mesti siapkan proses untuk menstepler kertas soalan cuti terancang dulu sebelum peperiksaan pertengahan tahun bermula.Sebelum peperiksaan menjengah,satu lagi kerja yang perlu disiapkan ialah soalan kertas 1 sejarah tingkatan 4.Barulah seronok makan angin di Vietnam kerana balik saja dari sana,peperiksaan pertengahan tahun akan bermula.
Terfikir juga,nak beli barang apa bila ke sana?Bila diajukan soalan tu kepada kawan,memang jawapannya pakaian dan kain.Simpan buat stok.Sebenarnya tak berapa pandai nak beli pakaian untuk orang lain kerana bimbang tak kena dengan seleranya.Nak simpan untuk stok akan datang,memang tak akan jadi stok kalau kain dah cantik.Semua akan jadi baju.
Makanya,terfikirlah nak cari pinggan hiasan.Ha3.Barang untuk hiasan rumah juga nak dibelikan.Tapi,memang saya suka dengan pinggan hiasan.In sya Allah,nak beli pinggan hiasan untuk digantung di ruang tamu.Harap-harap akan ada yang sesuai.
Tahun lepas,pelekat warna merah dah ditampal di bahagian bawah bingkai gambar tu tapi beberapa bulan kemudian,semuanya gugur kerana saya hanya menampal menggunakan double side tape yang nipis sahaja.


Jumaat, 3 April 2015

Cat Dinding Bersegi-segi

Tak tahu nama sebenar untuk corak dinding sebegitu,berilah nama sendiri.Sudah menjadi trend sekarang agaknya,ramai orang mengecat dinding dengan corak sebegini.Disebabkan tak pasti  nama untuk corak segi-segi sebegini, nak cari dalam En Google pun tak jumpa.
Semua gambar ni saya salin daripada fb kerana menariknya idea ni.Minta halalkan kalau tuan punya gambar ni ada baca blog ni.Kalau ada kerajinan,bolehlah dibuat sebegini.













Tazkirah Jumaat

Bersempena kempen Tutup Aurat,tazkirah ringkas selepas bacaan Yassin di Dataran Ilmu berkait dengan aurat.Agak susah nak terapkan penampilan yang memenuhi syarak kepada pelajar-pelajar sekarang.Kepala berbonggol pun ada.Pelajar yang memakai tudung yang singkat pun memang ramai.Walaupun begitu,masih ada segelintir yang memang menjaga auratnya.
Tazkirah disampaikan oleh guru BI yang juga merupakan Guru Disiplin.Masa mula-mula berpindah dulu,tertanya-tanya juga tentang Kak Ros ni.