Memaparkan catatan dengan label Ruang Tamu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ruang Tamu. Papar semua catatan

Selasa, 4 Julai 2017

Deko Ruang Tamu Raya 2017

Tahun ni hanya ruang tamu di ubah sikit.Ruang-ruang lain sama saja.Biasanya memang ruang tamu saja yang menerima perubahan.Alas kerusi diletak.Dah lama alas kerusi tu dibeli.Sarung bantal hiasan tu dibeli pada tahun lepas tapi tak digunakan.Perabot diubah sikit tapi masih yang sama.Tak sabar nak tukar kerusi baharu tapi apa kan daya,tak tahu tempat nak jual kerusi jati yang lama.Sementara tu gunalah dulu.Bila dah rasa sangat bosan dengan kerusi tu,nanti akan diusahakan.






Nota kaki:Masih dalam proses untuk mengemas rumah kerana kerja-kerja mengemas baru bermula selepas raya.Banyak ruang yang belum dikemas,buat mana-mana yang patut dahulu.Rumah masih ditutup untuk terjah raya.Bila dah ok semuanya,in sha Allah pintu akan dibuka untuk terjah raya.

Selasa, 6 Jun 2017

Ruang Tamu 2010



Isnin, 5 Jun 2017

Proses Mendeko

Salam 10 Ramadan.
Seminggu berkurung dalam rumah kerana puasa dan menyudahkan kerja2 menanda kertas PPT.Mengemas rumah pun belum lagi kerana selagi kerja yang bergaji tu belum selesai,tidak ada hati nak buat perkara-perkara lain.Cepatlah selesai kerja tu.Bekerja pada bulan puasa pun bukan boleh pulun sangat sebab akan datanglah rasa mengantuk,penat,bosan dan macam-macam..Sabar jelah.Makanya,buat sikit2 moga2 akan habis juga..
Untuk deko2 ruang tamu,sambung yang dah dibuat sebelum ni.Ranting dah kering dan dah letak ranting tu dalam pasu tu,kad raya belum ada.Macam mana jadinya nanti tak pasti tapi harap2 akan menjadi.

Jumaat, 10 Jun 2016

Ruang Tamu Inggeris Melayu


Salam 5 Ramadan..cepatnya masa berlalu.
Masih dalam proses lagi kerana langsir yang dah siap belum ditukarkan.Alang-alang langsir ni baru digantung,biarlah hingga raya baru ditukarkan.Alas kerusi belum ada lagi.Misi ke Pasar raya Sakan atau beli melalui internet saja pun tak pasti tapi lagi jimat jika beli di Sakan kerana spannya tebal.Mungkin akan tahan lama.Alas kerusi yang sebelum ni dah lembik.

Bunga di sebelah kiri tu belum digantung lagi.yang ni gantung acah-acah saja dengan tack it yang tinggal satu baris.Semalam pasu tu dah jatuh,pecah dah pasu tu.nasib baik ada pasu lain,hijau lagi..

Masalah biasa bila pasang sendiri,bila tiba bahagian bawah,ada2 saja masalahnya:tak sama atau terlebih.bila potong dua,nampak pula bahagian penyambungnya.memang susah nak dapatkan hasil yang sempurna.kena kreatif untuk tutup segala cela tu dengan letak hiasan pula..



Nota kaki:Sangat puas hati kerana semuanya dilakukan sendiri.Selama ini pun begitu juga.Itulah ubat stress.

Khamis, 26 Mei 2016

Ruang Tamu Berwajah Baharu dengan Kertas Dinding Berpelekat dari Mr Diy

Akhirnya wujud juga ruang Inggeris Melayu tanpa diduga.Ahad lepas,ruang ni berjaya diubah suai tapi belum siap sepenuhnya lagi kerana bahagian yang ada pintu sliding belum dikerjakan.Nak membuka langsir,leceh sikit jadinya.Pada mulanya memang tak bercadang nak ambil corak ni tapi bila 3 kali ke Mr Diy,corak yang dikehendaki masih tidak ada dan ada banyak pula corak ni,makanya ambillah corak ni.
Pada mulanya pinggan di bahagian atas tu nak digantung di bawah tapi bila gambar tu digantung rendah sangat,memang kena gantung ataslah pinggan tu

Guna perabot yang ada saja.nyaris nak beli rak jati untuk letak pinggan dan pasu hijau kerana nak mewujudkan elemen Inggeris Melayu



Pinggan bahagian tu agak rapat sikit,reda sajalah macam tu sebab dah tak boleh nak buat apa-apa.Nasib baiklah warna biru tu boleh ditutup dengan kertas dinding murah dari Mr Diy ni.Walupun murah saja harganya,RM 8.90 untuk 5 meter tapi bila kena cahaya,nampak berkilat coraknya.


Masa proses nak menggerudi dinding untuk gantung pinggan hiasan,memang kena ukur betul-betul.Memang gerudi sendiri..


Inilah yang dijadikan contoh...

Nota kaki:Mesti siapkan sebelum puasa ruang ni..

Ahad, 17 Ogos 2014

Aksesori Untuk Ruang Tamu

Gambar ruang tamu dalam tahun 2009...

Langsir ditempah di Puchong dengan harga RM 400 untuk 4 keping.Tak pasti mahal atau murah tapi bila ganti langsir untuk tahun ni,baru rasa langsir sekarang lebih murah.Langsir tu dipakai hingga sekarang tapi bahagian 'day curtain' dah koyak.Koyak langsir yang ada barulah tukar yang lain,memang jimat.Bila suami cat biru pada 2011,mata jadi biru dan kebuntuan idea untuk serikan ruang tamu.Maka,mulalah saya mencari apa-apa aksesori untuk ceriakan ruang tamu ni.Sekarang,tak pastilah dah ceria atau serabut di mata orang lain tapi dah puas hati juga.Warna biru dah nampak sudah comot,sudah masanya untuk ubah warna lagi.Sebelum ditukar warna,kita rakam dulu gambar kenangan ruang tamu biru ni dengan aksesori-aksesorinya.


Mula-mula beli alas tempat duduk sebab bila duduk di atas kerusi,terasa keras saja punggung.
Untuk tempat duduk dua,ada yang jenis ini.warnapun agak kusam masa beli tapi hanya itu saja saiz yang ada.Bila dah ada span,boleh tempah jahit sarung kerusi di mana-mana kedai jahit yang menerima tempahan.Disebabkan tak ada span,kain biru yang saya beli dulu tak jadi dijahit walaupun berbulan-bulan kain dihantar.saat-saat akhir,baru kata tak boleh jahit.nak ubat kecewa,belilah alas tu...sarung bantal hanya dibeli di Mr Diy,RM7 lebih rasanya untuk dua helai..


Kononnya nak hijaukan ruang tamu,saya beli   'on line' alas pelbagai guna ni.sesuai untuk alas kereta/kerusi.yang ini RM120/125/130(dah lupa) untuk satu set yang mempunyai satu yang bersaiz panjang dan dua jenis ini.saya beli dua set dengan Qaseh Syafini.






sebelum ni mana ada bunga yang digubah dalam rumah saya.saya tak berapa gemar nak letak kerana anak-anak yang semua hero suka main.sekarang ni yang ketiga pula agak lasak.tapi kalau tak ada bunga,tak berseri juga.mulalah beli bunga yang digubah dua tiga tahun lepas.yang pasu kuning tu bunga daripada  daun yang direndam.kerangka daun dibentuk menjadi bunga.jarak dekat,beginilah rupanya.

Cadang nak tambah aksesori di langsir,nak ikat tengah tapi pelik pula bila cuba buat macam tu...kekal macam nilah.pasu banyak disimpan tapi tak boleh nak letak di bawah bunga kuning tu sebab Akmal sangat suka mengemas,juga mewarisi minat ibunya yang suka deko-deko tapi bila budak kecil yang buat,bukannya tahu bahaya atau tidak.tak pasal-pasal pecah nanti.

Ketiga-tiga gambar ni dibeli di sekolah tapi berlainan sekolah.Yang tengah dibeli masa mengajar di Sabah dan bunga tu dibeli bila dah pindah ke Selangor.Gambarnya murah saja tapi kos nak memingkaikannya agak mahal.Macam dah jemu gambar ni,kononnya nak tukar kepada khat Kufi pula.Masalahnya,mana nak letak gambar ni pula?

Pinggan hiasan dan penyangkutnya ni dibeli di KK Home Deco.RM19.90 satu..mahal juga tapi bila dah jadi ahli dapatlah murah sikit.Pinggan ni digantung kiri dan kanan langsir.Suka dengan hobi mengumpul pinggan hiasan ni kerana rumah jiran-jiran tak ada pula nampak mereka gantung pinggan hiasan.Lampu rotan tu suami yang beli,tak pastilah pula berapa harganya.

Ruang tamu Ogos 2014...

Agak pelik jika kerusi yang satu tempat duduk tu digandingkan bersama-sama tapi alasnya berbeza.Maka sekarang dah tukar alas tu.Alas yang merah disimpan dan punggung kembali menjadi keras jika duduk di kerusi tu...
Karpet ni dibeli dua saiz tapi sama corak.gara-gara nak warna hijau.yang ini dibeli dengan Qaseh dan yang kecil sikit dibeli di kedai dekorasi Inggeris di Sungai Buloh.

Nota kaki:seronok mengimbau pengalaman membeli-belah barang-barang deko hingga nak tersungkur  di tangga bergerak dek berat membawa barang-barang.Hasilnya,rumah saya jadi warna-warni,tak macam rumah orang lain yang ada satu tema saja.Saya suka rumah yang ceria....



Sabtu, 26 Julai 2014

Biru,Merah dan Hijau di Ruang Tamu Raya 2014

Untuk raya tahun ni,saya memilih langsir warna merah  kerana ingin sesuaikan dengan warna sofa dan alasnya manakala hijau pula warna kegemaran.Malam tadi sempat tukar susun atur perabot dan deko-deko sikit ruang tamu ni.Lampu di ruang tamu sudah rosak dan ditambah pula telefon bimbit sahaja digunakan untuk merakam gambar ruang ni,maka hasilnya taklah sebaik manapun.
Sebenarnya,sangat ketandusan idea untuk serikan ruang tamu biru ni.Sejak Disember lalu lagi usaha untuk menyerikan ruang tamu ni dibuat dengan mencari alas kerusi tu.Akhirnya pencarian berakhir apabila alas tebal yang berwarna merah tu dijumpai di kedai perabot jati, Meru.Satu tempat duduk berharga RM70 manakala yang rendah dan warna-warni RM25 setiap satu dibeli di kedai deko Inggeris.
susah juga nak menjaga perabot jati ni terutamanya di bahagian kerawangnya.saya gunakan berus pencuci puting susu bayi untuk mencuci bahagian kerawangnya.berus tersebut dicelup dalam minyak zaiton,maka tanggallah habuk di bahagian tu...mesti rajin tapi saya tak berapa nak rajin sekarang...perabot jati pun yang biasa-biasa saja.saya tak berapa gemar gunakan sofa kerana ukurannya yang agak besar.dah mula bosan dengan perabot ni tapi masih ok,memang tak ada alasan nak tukar yang baharu...

Langsir untuk sliding 8 kaki yang sudah dijahit ni dibeli pasar raya yang ada dalam taman perumahan saja,berharga RM118.Kebetulan warna merah dan kainnya ok.Saya hanya beli kain yang jarang saja di Nagoya.Empat keping langsir ni berharga dalam dua ratus lebih sahaja,bolehlah tahan juga jimatnya..bila dipasang,langsir yang dibeli agak singkat...hati mula cuak.

basi kain di bahagian bawah dibuka jahitannya dan dikelim halus(jahitan tepi tudung),maka selesailah masalahnya.kelim halus tu mahal sikit berbanding kelim biasa tapi untuk kedua-dua langsir ni baru  RM3.60...

Kedua-dua jenis alas kerusi ni mempunyai bilangan yang terhad ,maka terpaksa beli kedua-dua jenis untuk cukupkan dengan bilangan kerusi.dah bercampur corak pula.Hanya ada satu saja alas tinggi yang berwarna merah.


dua suasana yang berbeza.karpet kain yang dibeli tu disimpan saja kerana karpet jenis ni tidak boleh digunakan di tempat yang lasak.kalau dah kotor,mesti basuh.bila dibasuh dengan kerap akan luntur warna sikit...itulah kelemahan karpet ni.memandangkan anak bongsu suka mengemas,maka alas kerusi yang berwarna hijau itu disimpan semula kerana bimbang ditariknya.sebagai ganti hijau,saya letak karpet hijau tu




Jumaat, 20 Disember 2013

Ceriakan Ruang Tamu



Inilah wajah ruang tamu yang dah dua tahun tak berubah.Baru-baru ini baru dapat cari alas kerusi tu.Alas kerusi tu untuk mengelakkan habuk melekat di kerusi di samping memberi keceriaan di ruang tu.Nampak macam tak ceria lagi.Bunga,bantal-bantal kecil dan alas meja tu hanya sementara saja.Anak-anak suka mengemas dan saya pula suka menghias sepanjang cuti ni hingga suamipun perasan.Tiba-tiba dia bersuara apabila saya asyik menilik gambar rumah di laman deko fb:"nak hias apa lagi,anak masih kecil lagi".Hahaha,ummi dah terkena tapi kerja menghias tak habis lagi.
Anak masih kecil tiada alasan untuk tidak menghias rumah,cuma saya akan pastikan tiada hiasan kecil diletakkan atas meja dan almari.Setakat ini hanya dinding yang menjadi mangsa,setiap sudut,ada-ada saja hiasannya.Hiasan-hiasan yang tidak perlu pun patut dielakkan.

Nota kaki:Seronoknya apabila modul BM t3 tidak perlu buat lagi kerana RPT tiada lagi.Bolehlah deko-deko lagi sehingga sekolah buka.Alhamdulillah,keputusan PMR meningkat,semua pelajar lulus walaupun tak dapat capai target bilangan A.

Isnin, 17 Disember 2012

Ruang Tamu

Pada mulanya  ruang tamu seperti ini.

Dinding berwarna hijau sebenarnya, namun tidak kelihatan warna hijaunya.Warna hijau tu warna yang asal tetapi agak sukar untuk mencari warna itu.Apabila tv berada bersama dengan sofa di ruang tamu,maka tempat itulah menjadi tempat lepak dan bermain untuk Ammar dan Adib.Apabila ada orang datang,kelam kabut nak mengemas.....susah juga begini...
pandangan dari atas...

Sudah berubah wajah dengan menempatkan tv di bahagian tengah ruang.Ruang tamu ni dah kurang dikerjakan dua beradik tu.
suasana yang paling cantik masa ni


ok saja nampak dari ruang makan

Sekarang sudah begini.Rasa susahnya nak serikan ruang macam ni...
mata agak terkejut dengan warna birunya..


Rabu, 7 Mac 2012

Menaikkan Seri Sofa Ruang Tamu

Terdapat beberapa cara untuk ceriakan kembali ruang tamu anda:-

1) Gandingkan sofa dengan hamparan permaidani
Carilah permaidani yang senada dengan warna sofa ataupun jika mahukan kelainan, carilah permaidani yang mempunyai corak yang menarik!!

2) Hamparkan Throw Sebagai Penambah Hiasan
Percaya atau tidak, kain "throw" mampu menaikkan seri sofa anda!! Letakkan Throw secara bersahaja di atas sofa anda

3) Ayuh!! Pasangkan Lampu Itu
Carilah lampu meja yang menarik & sedondon untuk diletakkan bersebelahan dengan sofa anda!!

4) Side Table Yang Menarik
Kadang-kadang meja sisi juga berfungsi untuk menambahkan seri pada sofa. Pilihlah meja yang sesuai dengan warna sofa & tema ruang tamu anda

5) Hiasi Dengan Kusyen-Kusyen Kecil
Sofa tentunya menarik jika digandingkan bersama dengan kehadiran bantal-bantal kecil. Pilihlah yang bermacam-macam warna & letakkan di setiap bucu sofa anda

6) Sedondon Dengan Langsir
Tentunya menarik jika kita dapat menempah langsir sedondon dengan sofa atau kusyen kecil

7) Pelbagaikan Jenis Sofa
Gandingkan sofa 3 tempat duduk dengan sofa jenis arm chair. Barulah tak jemu mata memandang!!

dipetik daripada zailamohamad dalam Hias Kediaman Anda

Mari lihat apa yang sudah saya buat di ruang tamu rumah saya:
1.Permaidani digantikan dengan tikar Sarawak
2.Tak minat.Macam buat-buat saja
3.Ada.Cuma satu saja di tengah penjuru dinding
4.Tak ada.Nak kena beli ke?
5.Dah buat walaupun kusyen2 tu selalu jadi mainan Adib
6.Tak
7.Dah

Banyak yang sudah dibuat tetapi tak juga menarik.Mungkin warna dinding puncanya..


Rabu, 7 September 2011

Sedia Merai Tetamu

ada  balang biskut di atas meja kerana gambar diambil semepana Hari Raya
Tak tahu nak komen dari segi kesesuaiannya.Apa-apa pun terima kasih kepada suami yang bertungkus lumus mengecat dinding dan menggantungkan langsir serta gambar di dinding.Semua kerja suami yang buat biarpun tiga hari tak berlangsir.Dalam masa itu jugalah rumah ditutup untuk dikunjungi.Contengan yang agak ketara di dinding sudah dihapuskan.

Ahad, 28 Mac 2010

Cuci Gambar Ruang Tamu...

Gambar ni belum dicuci lagi,maka tak dapatlah nak menghantar peraduan tu..


Untuk mencuci gambar, beberapa kedai telah saya pergi.Hanya satu kedai sahaja setakat ni yang gambar memuaskan.Saja untuk mencuba setelah tidak berpuas hati dengan satu kedai tu, saya pergi pula ke kedai yang satu lagi.Kedua-dua kedai terletak dalam deretan yang sama.Saya berpuas hati apabila juru jual memberitahu harga untuk satu keping gambar ialah 60 sen sahaja.

Sebaik sahaja saya meyerahkan pen drive,juru jual tersebut menyambung lagi bahawa caj RM 2 dikenakan jika mengambil gambar itu hari ini tetapi RM 1.00 sahaja jika mengambilnya esok.Dalam hati saya hanya mampu berkata,dah terkena dah.Nak tak nak, saya terpaksa juga membayar RM 10 untuk lapan keping gambar.Macam-macam taktik pekedai.Nasib baiklah gambar kali ini agak baik berbanding dengan kedai yang satu lagi.

Walau bagaimanapun, satu gambar tidak dapat dicuci kerana gambarnya telah rosak.Masalah lagi.Balik dari kerja, saya segera melakukan operasi kerana esok saya akan menyelesaikannya. Sudah lama saya ingin menyertai pertandingan anjuran Majalah Keluarga.Walaupun semuanya sudah siap, namun hingga kini masih belum berkesempatan untuk mengeposnya kerana minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk.