Khamis, 26 Mac 2015

Barangan Hello Kitty di Home Mart

Jalan-jalan cuci mata kerana sepanjang cuti seminggu,saya tak makan angin ke mana-mana.Nak ke Laman Seni 7 di Shah Alam pun tak sempat kerana nak menyiapkan kerja penandaan kertas ujian tapi tak sempat juga.
Hanya sempat cuci mata di Home Mart yang ada di kawasan perumahan saja. Home Mart ni merupakan kedai yang baru  dibuka di Saujana Utama untuk menjual peralatan rumah.Kedainya seakan Mr Diy juga tetapi harga barangan tidak semurah di Mr Diy.  Untuk mencuci mata,memang boleh kerana agak banyak barang yang ada.Ini satu-satunya kedai yang saya jumpa untuk produk Hello Kitty.Saya bukannya peminat HK tetapi seronok juga melihatnya.











Permainan untuk kanak-kanak pun ada juga di sini.Kalau anak-anak singgah di sini,mahu melompat mereka kerana banyak mainan dijual.




Basikal pun ada.Dah lama anak-anak tak berbasikal

 Barang yang dibeli.Ok saja.Plastiknya melekat di dinding dengan kuat sekali.

Nota kaki:Banyak kedai yang muncul di sini sekarang tetapi kadang kala ada juga yang  tidak dapat bertahan..

4 ulasan:

  1. Salam sis
    Tq ats perkongsian
    Boleh tak sis bagitahu area sebsnar kedai tu
    Saya nak sangat pergi sana..
    Terima kasih sis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Di Saujana Utama 3,berdekatan Bookworm...

      Padam
    2. Salam..Dekat mana ada lagi home mart ni ek?..kat area seri kembangan ada x.. ni kat area mana?

      Padam
    3. Saujana Utama di Sungai Buloh.tak pasti di tempat lain ada atau tak...cubalah cari di GM Klang atau Kenanga....

      Padam