Ahad, 15 Mac 2015

Kedai RM 0.99 di PKNS Shah Alam

Pagi semalam,gigih saya ke Shah Alam.7.30 pagi dah bertolak,macam nak ke sekolah pula tu.Bila sampai di PKNS dalam jam 8.05 pagi,bangunan tu sunyi saja.Dahlah masih gelap lagi.Naiklah ke tingkat dua untuk ke Pejabat Imegresen.Tak tahupun letaknya pejabat tu tapi redah saja.Dari jauh,dah nampak umat manusia sedang beratur.Alamak, panjangnya barisan!Sahlah memang itulah Pejabat Imegresen.Saya dah mula cuak,nak beratur atau nak balik ni?Hati dah berbelah bahagi.Akhirnya saya ambil keputusan untuk tidak beratur kerana baru beberapa hari sebelum ni ada bercerita dengan kawan:Buat pasport di Kuala Selangor cepat siap kerana tak ada orang.
Masa nak keluar dari lot pejabat tu,terserempak dengan pekerja Imegresen yang baru nak buka pejabatnya.Rupa-rupanya awal pagi lagi mereka dah beratur.Saya yang sampai jam 8 lebih ni memang dah agak lambatlah.Rasa macam dah awal sebab hari minggu.
Disebabkan masih awal pagi,kedai makan pun tak ramai orang,kedai-kedai lain pun tak buka lagi.Lepas sarapan,tak tahu tempat nak tuju sementara nak tunggu Gedung Harian dan Super 99 dibuka.Rupa-rupanya Super 99 tu kedai RM 2.Masa cuti Tahun Baharu Cina, tak perasan pula kedai yang berada di atas kedai Gedung Harian.
Gedung Harian,nak mencari tudung,taklah murah sangat tapi malas nak ke Pasar Kemboja...

Masa menunggu Gedung Harian dibuka,baru perasan kedai SUPER 99 ni...

Barang-barang yang dijual di kedai Super 99.Biasanya tak jumpa harga ni kalau di kedai biasa.Kena sbanding harga di Mr Diy pula.Semuanya berharga RM 1.99.






Jenuh menunggu kedai ni dibuka...


Masa balik,ada jalan ditutup tapi tak ditulis sebabnya.10 minit beratur di jalan raya tanpa  tahu sebabnya...


Rupa-rupanya ada perlumbaan basikal sempena Le Tour de Langkawi...

Selepas itu,memang jalan sesak kerana kereta banyak beratur.Jam 11.30 pagi keluar dari parkir kereta,jam 1 lebih baru sampai di rumah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan