Khamis, 19 Mac 2015

Papan Tulis..

Dah lama papan tulis ni diletakkan di dapur basah tapi bila melihat satu gambar di fb deko tentang peranan papan tulis,terlintaslah nak gunakan semula papan ni.Kebetulan pula,sekarang ni masih dalam mood nak menghijaukan dapur,sesuai sangatlah tu.Papan tulis ni dibeli di kedai deko Inggeris dengan harga RM 50 untuk tulis perkara yang nak dibeli supaya tak lupa tapi tak digunakan sepenuhnya.Kapur yang digunakan selalu disalahgunakan oleh anak-anak,dia pula conteng dinding padahal dah simpan kapur tu.Bila dipadam selalu tulisannya,papan pun akan berkabut seperti tu.
Memasak...kerja yang dipermudahkan jika sibuk.Musim cuti sekolah ni sibuk menghabiskan penandaan kertas ujian,nak memasak pun agak malas...

tulisan asal...

tampal guna kertas saja.cari corak label dalam google dan tulis di atasnya.kemudian,cetak dan gunting sebelum ditampal.


Menu hari Isnin..3 jenis ikan kerana nak mencari kuah...semuanya dari kedai gara-gara 3 kali berulang dari bank untuk tukar kad ATM baharu



pantang dilihat si kecil ni,Akmal.mulalah dia nak menulis...



Menu kegemaran...


Rancangan yang disukai.Novel dah ada dan dah habis bacapun,tapi masih suka tengok cerita ni.Abaikan kertas dinding yang tak terpasang sedikit tu...

Nampaknya cukuplah menjadi hiasan di situ 
kerana hijaunya bentuk teko tu...

Di sekolah dah tak guna papan hijau ni lagi sebab penggunaan kapur ada kesan negatifnya.Sekarang dah ditukarkan kepada papan putih(Whiteboard).Agak kekok menggunakan papan tulis ni kerana permukaannya agak kesat.Kapur yang digunakan untuk menulis tu pun dapat dikesan oleh Akmal walaupun dah simpan.Sempat dia menconteng dinding pula tu.Nampaknya,papan tu memang tak boleh digunakan sepenuhnya juga.

2 ulasan:

  1. peminat asam pedas untuk dia ya..sama la dgn saya walaupun novel dan habis baca. Cantik rumah awak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha3...kalau boleh tak nak buat apa2 masa tu...seadanya rumah saya ni...

      Padam