Ahad, 15 Mac 2015

Dapur Hijau

Cuti sekolah ni mesti siapkan minit mesyuarat,menanda kertas ujian dan teks ucapan untuk Hari Kecemerlangan.Memikirkan kertas ujian yang belum sempat ditanda kerana sibuk dengan soalan cuti terancang,memang tak rancang nak balik ke kampung.Sebelum memulakan kerja-kerja ni,cuci mata dulu dengan dapur hijau ni,sejuk mata memandang.






Dah banyak perkakas hijau di dapur, nampaknya tak perlulah kabinet saya nak dicat hijau.Nanti tenggelam pula perkakas hijau tu..
Nota kaki:bila nak jahit langsir,siapkan pemegang periuk hijau
(dah lama potong kain tapi tak dijahit lagi) dan siapkan bilik bawah kalau asyik banyak kerja saja ni?

1 ulasan: